Ahlan wasahlan ke taman mawar berduri ^_^ puteri penyejuk_mata umi & baba tercinta..^_*

~ruangan taman mawar berduri yang dipagari dengan iman dan taqwa~

"ruangan taman untuk sang puteri berkongsi madah,pengalaman,cerita,ilmu dan lain-lain lagi"

Tuesday, May 8, 2012

~tarbiyyah ALLAH melalui proses menyiapkan TESIS...n alhamdulillah berbaloi (A=4 flat)^_^

ALHAMDULILLAH... itulah perkataan kesyukuran yang dipanjatkan kepadaMU ya ALLAH... HambaMu ini sering kali bersangka buruk dan mengeluh..( ampunilah dosa hambaMu yang hina ini ) Al kisah tersebut la semua hikayat mahasiswi Kolej Islam... Kehidupan yang sangat teruji dengan pelbagai dugaan.. Sehingga ada kalanya, mahasiswi ini merasakan sangat letih dan lemah.. Namun, pergantungan pada ALLAH menjadi penawar lukanya.. Jarak yang jauh memisahkannya dengan ibu bapa di perantauan ( dengan niat yang kental semata2 jihad menuntut ilmu di jalanNYA)Harapan keluarga, harapan guru-guru, rakan-rakan serta seluruh warga negerinya ( mendapat tajaan biasiswa dari Yayasan Negerinya~ seringkali mengingatkannya amanah yang dipikul apatah lagi sebagai khalifah dan hamba ALLAH.) Mahasiswi yang kecil molek ini terkenal dengan sangat aktif dan peramah. Seringkali diuji, namun ALLAH, ahli keluarga dan sahabat-sahabat disekeliling selalu membantunya. Sangat rajin menolong orang yang memerlukan bantuan.. Seperti mahasiswa/wi yang lain, dia juga perlu menyiapkan Tesis bagi membolehkannya bergraduasi. Kata orang, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Alhamdulillah, dia telah mendapat seorang ustazah yang sangat berdedikasi dan banyak membantunya dalam menyiapkan tesis tersebut. Penyelia tesis sering kali mengingatkan agar jangan sesekali suka menangguh dan perlu sentiasa rajin berusaha dalm menyiapkan tesis tersebut semata-mata kerana ALLAH. Semasa semester 5 sahaja, dia telah menyiapkan sehingga bab empat (4) iaitu penutup. Selama seminggu tinggal bersama penyelianya yang juga merupakan felo di asramanya. Rentetan ingin mengambil MUET, dia diajak tinggal bersama di samping menyiapkan tesis tersebut. Mahasiswi itu sangat bersyukur kerana dipermudahkan oleh ALLAH. Pada mulanya dia perna merungut ketika semester 5 sahaja, dia sangat ditekankan untuk menyiapkan tesis dengan cepat. Sedangkan, rakan-rakan yang lain selesa dan gembira tidak ditekankan untuk menyiapkan dengan cepat. Kadang kala wujud sifat cemburu melihat rakan-rakan yang lain. Namun, rasa syukur yang teramat sangat dia hargai kerana ALLAH sangat mengetahui. Allah takdirkan dia yang memang sangat aktif bergerak dan bekerja dengan persatuan dan sebagainya, ketika sem enam(6) iaitu sem terakhir, dia dapat membahagikan masa. Tanggungjawab yang banyak ketika sem 6 dapat dihadapi kerana hanya proses pembaikan dilakukan ketika sem 6. Namun, air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Proses pembaikan itu bukanlah mudah..Memerlukan penelitian dan sebagainya. Penyelianya telah memberi izin untuk menjilid kerana ramai yang sudah jilid dan mahu balik ke kampung halaman masing-masing. Walaubagaimanapun, tesis itu masih banyak kesalahan teknikal dan bahasa. Oleh yang demikian, dia sanggup untuk membaikinya walaupun terpaksa balik lambat. Perasaan sedih tidak dinafikan apabila sahabat-sahabat selalu bertanyakan kepadanya tentang tesisnya.( Memang sedia maklum dia seorang memang sudah siap hingga bab 4 dari sem 5 lagi) Namun senyuman sentiasa diberikan ^_^..( InsyaALLAH pasti ada hikmah disebaliknya) Sahabat-sahabat yang lain terpaksa mengambil short-sem bagi menyiapkan tesis mereka.Namun, disebabkan pemohon yang ingan melanjutkan pelajaran ke JORDAN tidak boleh mengambil short-sem, dia berusaha sedaya upaya menyiapkannya.. Alhamdulillah, tesis tersebut dapat disiapkan sebelum tamat tempoh. Jutaan kesyukuran dipanjatkan padaMU ya ALLAH kerana telah membantu mahasiswi tersebut, kepada ibu bapa, keluarga, guru-guru serta sahabat-sahabatnya... Keletihan dan kepayahan tersebut tersebut membuahkan hasil.. Ayuh kita ambik pengajaran, jika kita meletakkan pergantungan dengan ALLAH dan bersangka baik padaNya, insyaALLAH,,,^_^

No comments:

Post a Comment