Ahlan wasahlan ke taman mawar berduri ^_^ puteri penyejuk_mata umi & baba tercinta..^_*

~ruangan taman mawar berduri yang dipagari dengan iman dan taqwa~

"ruangan taman untuk sang puteri berkongsi madah,pengalaman,cerita,ilmu dan lain-lain lagi"

Saturday, May 21, 2011

CIRI2 CALON SUAMI SOLEH DAN CIRI2 ISTERI SOLEHAH {◕ ◡ ◕}

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.



ermm nak jadi lelaki yang baik antaranya adalah ;

jadikan lah amal ibadat amal soleh itu sebagai kekasih yang utama…

kerana dialah dapat manjaga kita selama-lamanya….

setia menemani kita dalam apa-apa jua keadaan

susah dan senang kita ,,

bila kita mati dialah akan menjaga diri kita,,

bila di akhirt dia lah akan membawa kita ke syurga

dialah akan membimbing kita semasa melalui titian siratulmustaqim dengan cepat dan selamat.. akan ke syurga bersama-sama.. selamanya…amin cintailah dia dan hidup kita akan sempurna dunia dan akhirat amin insyaallah..

ini janji Allah…

......











ciri ciri wanita solehah idaman lelaki soleh



1. Kecantikan Dalaman~

Wanita yang tulen adalah wanita yang lemah lembut dalam pewarakannya tetapi prinsip dan nilai hidupnya begitu agung dan tinggi merantai dirinya.Itulah kecantikan dalaman yang sukar ditandingi.



2. Keanak-anakan~

Lelaki suka membela, menjaga, membimbing dan melindungi justeru mereka boleh berperanan menjadi pelindung kepada mereka.Keperibadian wanita yang manja keanak-anakan memang merupakan salah satu keindahannya namun tidaklah berkeanak-anakan yang melampau kerana akan menunjukkan bahawa diri wanita itu tidak matang.





3. Cantik~

NAFSU mengatakan wanita cantik pada rupanya,AKAL mengatakan wanita cantik pada ilmu dan kepandaiannya,HATI mengatakan wanita itu cantik pada akhlaknya.



4. Berakhlak Mulia~

"Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah"Sebagai ibu, terukir di paparan dada.Sebagai isteri, pengubat duka nan lara.Sebagai kekasih, dirindui saban ketika.Sebagai mujahidah, berdiri dibelakang mujahidin.~Ciri-ciri wanita yang solehahTaat kepada Allah.Berbuat baik kepada ibu bapa.Sentiasa taat dan berkhidmat kepada suami dengan sepenuh hati.Menutup dan menjaga aurat.Tidak berhias apabila keluar rumah.Tidak keluar bersendirian atau bersama lelaki ajnabi kecuali bersama mahram.Berbuat baik dengan jiran tetangga.Suka mempunyai anak yang ramai dan berusaha untuk mendidik mereka.





5. Berpegang pada agama~

"Dikahwini wanita itu kerana 4 perkara, kecantikannya, hartanya, keturunannya, dan agamanya. Pilihlah yang paling beragama"



6. Dari keturunan yang baik-baik.~

Seorang wanita yang dari keturunan yang baik2 mudah diterima lelaki. Namun wanita yang berasal dari keturunan yang hina seperti anak zina atau sebagainya tidak wajar merasakan dirinya tidak layak menjadi wanita idaman. Islam mengangkat tinggi umatnya yang bertaubat dan sentiasa memperbaiki diri kerana taqwa menjadi darjat kemuliaan disisi Allah.



7. Bijaksana~

Saidatina Aisyah r.a. merupakan seorang tokoh intelektual terbilang. Sebanyak 2210 hadis sahih berjaya diriwayatkan selama 9 tahun hidup bersama Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan fuqoha' (ahli hukum) Madinah yang unggul dan juga berpengetahuan dalam bidang perubatan.~Wanita idaman lelaki ialah wanita yang pandai tetapi tidak menunjuk-nunjuk

pandai kerana ianya mencabar ego lelaki lalu menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.



8. Tidak mempamerkan keseksian~

"Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk (bonggol) unta, mereka itu tidak akan masuk syurga"



9. Tidak Cerewet~

Wanita yang cerewet boleh merimaskan lelaki dan mudah menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.



10. Memahami lelaki~

Contoh: Yang berlaku: "Itulah abang! Asyik bekerja aje. Mementingkan diri sendiri... Tak ingat nak balik rumah... Tak abis-abis layan kawan.. kawan.. kawan... Hal rumah ni takkan nak suruh saya buat sorang!"Yang sebenarnya berlaku: Di pejabat, bos sambung meeting hingga pukul 7 malam. Singgah solat Maghrib di masjid. Ada penceramah idola. Dengar ceramah sehingga solat isyak. Dalam perjalanan pulang, kawan lama telefon minta jumpa di warung ada hal penting katanya. Pukul 10 malam baru sampai di rumah.



11. Tidak terlampau cemburu~

"Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan dijalan Allah dan orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadis) serta diajarkan kepada orang lain" (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)



12. Sejuk mata memandang.

~Bersopan-santun, sentiasa memaniskan muka~ Sentiasa senyum~Menutup aurat~Ramah dan mesra~Menundukkan pandangan.



13. Pandai menaikkan semangat dan bermotivasi~

Lelaki lebih tertarik untuk mencari wanita yang pandai menaikkan semangat dan bermotivasi ketika dia memerlukannya.



14. Canggih~

Wanita yang pandai menyesuaikan diri dengan arus perkembangan semasa tetapi masih mengekalkan ciri-ciri wanita Islam yang berakhlak mulia dan menutup aurat.



15. Mempunyai persamaan yang bermakna~

Suatu hari,Imam Malik hairan melihat burung merpati dan gagak berkumpul bersama. Dengan spontan beliau berkata,"Kedua-duanya bersatu padahal jenisnya tidak sama". Ketika burung itu terbang,beliau melihat keduanya masih ada persamaan iaitu kedua-duanya cacat. Lalu beliau berkata,"Sebab itulah burung itu dapat bersatu".



16. Pemaaf~

Wanita yang suka mendahului meminta maaf walaupun dirinya tidak bersalah digambarkan mempunyai peribadi yang unggul dan mudah disayangi.



17. Seimbang~

Seimbang dari sudut pergaulan, keagamaan, pengurusan diri, dan pengurusan masa.



18. Berkeyakinan diri



19. Mempunyai 'body language' yang baik.(Diulangi, body language ye,samada cara percakapan,kawalan diri di hadapan org ramai dan sbgnya.Yang penting bukan bentuk body seseorang wanita itu yg jd ukuran..:p)



PESANAN :/

calon soleh…calon solehah….sesiapa pun mendambakannya tp ramai yang kata susah nak mencarinya…yang lelaki kate payah nk cari calon isteri yang solehah…yang wanita plak kata susah nk dapatkan calon suami soleh…saling tunding menunding…yg mana kesudahan sebenarnya berbalik kepada diri kita semua….sejauh mana usaha kita????bersama muhasabah diri…

dalam hal ini kesilapan kita adalah kerana terlampau MENCARI tp bukan MENJADI….cuba kita sama2 tukar konsep…aku nk calon soleh/an…langkah pertama…aku kene lengkapkan diri aku dengan pakej yang cukup dan lengkap untuk aku menjadi seorang yang soleh/an…bila semua orang menggunakan konsep ni..i’ALLAH…berlambak calon soleh/an yang akan kita jumpa….sungguh cantik aturannya…sama2 kita tilik diri…layak ke untuk kita mendapat calon ‘rebutan’ itu…klau tak…usaha awal adalah baiki diri agar layak…automatik lahirlah calon soleh/an yang baru….

sekadar pandangan…yang baik datangnya dari ALLAH yang Maha Agung…yang kurang tu atas kelemahan diri ini selaku hambaNya yang dhoif….

'aku mencintaimu kerana agama yang ada dalam dirimu.... jika hilang agamamu,maka hilanglah rasa cintaku padamu...'

'Aku mencintaimu kerana agama yang ada dalam dirimu.. jika hilang agamamu, maka hilanglah rasa cintaku padamu...'



Wanita manakah yang tidak mendambakan seorang pejuang Risalah Rasulullah ?



Yang bisa membisukan para musuh Islam dengan kalimah 'Lailaha Illallah Muhammadur Rasulullah'..



Seorang rijaluddin yang sanggup menggadaikan segala-galanya demi menegakkan islam !



Inilah yang dicari..inilah yang dinanti..



'aku mencintaimu kerana agama yang ada dalam dirimu....

jika hilang agamamu,maka hilanglah rasa cintaku padamu...'





بسم الله الرحمن الرحيم



enti...

bukan ana tidak mahu memandang wajah enti,

tapi ana berdoa agar wajah ini menghiasi hari-hari nanti

hari-hari yang pasti..



bukan ana tidak mahu melirik senyuman pada enti,

tapi,ana selalu tersenyum didalam hati

agar senyuman ini 'mahal' di hari cincin disarungkan di jari,



bukan ana tidak mahu bertanyakan khabar pada enti,

tetapi ana sering mendoakan agar suatu hari nanti,

ana tidak perlu bertanyakan dan ana sentiasa merasai.

di hari-hari yang pasti,,



bukan ana tidak mahu bercakap dengan enti,

tapi,ana ingin menghabiskan bicara-bicara ana,

tika mana ana dan enti bukan lagi 'ana' dan 'enti'

di hari-hari yang pasti..



bukan ana tidak mahu berchatting dengan enti,

tapi ana takut jari-jari ini tidak diizinkan lagi untuk membelai rambut enti..

di hari-hari yang pasti..



bukan ana tidak mahu mesej dengan enti,

tapi bimbang Allah menarik kenikmatan ini di hari-hari yang pasti,

tika itu, mungkin Allah menarik nikmat cinta duniawi yang dinikmati waktu ini..



bukan ana tidak ingin memandang wajah enti,

tapi ana bimbang wajah ini tidak akan memberikan senyuman di setiap pagi

di hari yang pasti,,



bukan ana tidak mahu memandang senyuman enti,

tapi ana bimbang senyuman ini pudar dan layu

di hari-hari yang pasti..



enti yakinlah!

percayalah...



bukan ana tidak ingin mengatakan rindu pada enti,

tetapi rindu tika ini tidak akan membawa ana kepada rindu illahi

kerana ianya bukan hari-hari yang pasti..



bukan ana tidak ingin mengatakan ana mencintai enti..

tapi ana tahu cinta saat ini tidak juga membawa kepada cinta Ana pada illahi..

kerana ianya bukan pada hari-hari yang pasti..



kerana ia bukan di hari-hari yang pasti,

ana tidak mahu agar hati ana dan enti mati.

lalu mematikan hubungan ana atau enti dengan ILLAHI..



enti,

intailah sebentar hari-hari yang pasti..



tika itu,andai ana jatuh,enti menghulurkan tangan untuk memberi ana harapan..

tika ana kesedihan, enti bersedia untuk tersenyum disisi dan menggembirakan..



tika ana keseorangan, entilah teman..

tika ana kelalaian,entilah yang mengingatkan..tika itu..ana dan enti..



bukanlah 'ana dan enti' lagi.

kerana,,



ia adalah hari-hari yang pasti..

berdoalah untuk hari-hari yang pasti,

hari-hari yang pasti bagi mereka yang menyandarkan harapan pada jalan kebenaran..

dan itulah jalan yang telah Islam berikan...



moga kita dipertemukan nanti, dihari-hari yang pasti, seperti yang ALLAHU RABBI telah janji..

bagi mereka yang mana hati-hatinya tidak mati dihari-hari yang tidak pasti..



pasti...! yakinlah.. Allah sangat-sangat penyayang!!



moga kita semua

dibukakan pintu hati..



untuk anta2 dan enti2 sekalian...



"ya Allah, andai aku rindu, biarlah rinduku bersulam taqwa. Andai aku sayang, biarlah sayangku kerana dakwah!

aminnnnn"



~ *hanya Allah yang tahu*


"jadikanlah dirimu mawar yang menyeri & menguntum di jalan dakwah & biarkanlah mawar itu terpaksa melukai tangan-tangan untuk merasai harumnya kasih Allah"

Thursday, May 19, 2011

~KalAu JoDoH, TaK KeMaNa,.~...dun worry ..ALLAH kan ada.."HASBI YALLAHU NIKMAL MAULA WA NIKMAL WAKIL"..cukupla saja ALLAH bagi ain..((KECAPI CINTA ALLAH, NESCAYA CINTA MANUSIA akn MENYUSUL..))..^_^

Cinta Cahaya Iman
by Nur Athirah Hamid on Monday, March 28, 2011 at 6:37pm

Cinta datang pada Iman

Tangannya tidak henti menarik rumput di tepinya. Melepaskan gelora di jiwa, menahan air mata yang berdosa itu menitis lagi. Imannya meronta-ronta kerana kalah pada nafsu yang yang tengah bersorak gembira.

"Maafkan aku wahai iman," Nurul Iman bermonolog sendirian.

Tidak dapat diseka lagi air mata jernih itu jatuh. Iman diselubungi rasa bersalah yang teramat sangat dalam dirinya. Ya, sebelum ini bukannya dia tidak tahu tapi kehendak nafsu itu lebih diutamakan. Itulah Nurul Iman pelajar Tahun satu dalam bidang Syariah dan Bahasa Arab. Seorang pelajar yang hebat berkata di pentas perjuangan. Dia juga barisan kepimpinan dakwah di situ. Hebatnya Iman dalam perjuangan memberi suntikan semangat kepada akhawat yang lain.

Tetapi Iman tewas pada satu persada yang lain. Air mata Iman jatuh lagi mengenangkan kebodohan diri sendiri. Mengenangkan kembali saat perkenalan dengan seorang lelaki sewaktu Iman menjalani kem Perkasa Diri selepas SPM. Ketika itu, Iman hanyalah perempuan biasa yang baru mengenali erti kehidupan di luar sana. Di kem itu banyak mengajar Iman ketika berjauhan dengan keluarga.

Kenalnya Iman pada lelaki itu kerana dia merupakan peserta aktif dalam dakwah di situ. Memang lelaki itu baik, mana tidaknya dialah imam di surau, dialah mengetuai majlis ta'lim, dialah yang menganjurkan aktiviti-aktiviti di surau untuk menarik hati peserta untuk ke surau. Hati Iman terjentik pada kebaikan yang dia lakukan.

"Siapa nama awak?", dia mula bertanyakan Iman ketika dalam satu aktiviti kumpulan. Iman hanya menghulurkan sebuah buku pada dia yang tertulis namanya di situ.

"Nama awak seperti awak", dia memulakan bicara. Iman hanya tersenyum ketika itu.

"Nama saya Hafiz Ad-Din, panggil saje Hafiz. Awak memang tak banyak bercakap ker?"

"Bukanlah, saya memang macam ni, saya tak kenal awak, buat ape saya nak cakap dengan awak." Iman berkata jujur. Memang Iman begitu, hanya bercakap apabila perlu sahaja. Tetapi apabila Iman bersuara, semuanya kaku mendengar bicaranya.

Pada saat itulah Iman mula mengenali insan bernama Hafiz. Iman mungkin menganggap dia sebagai sahabat, tapi Hafiz cuba mencuri hati Iman. Hafiz tahu sukarnya dia mendekati insan yang bernama Nurul Iman.

Ketika hari terakhir di kem itu, Iman mula merasai niat Hafiz pada dirinya. Iman mula merasa serba salah tentang perasaan itu. Dia sendiri pun tidak memahami perasaan hatinya ketika itu. Iman menulis sepucuk surat pada Hafiz. Dalam surat itu pena Iman menulis..



Salam sahabat,

Jodoh itu satu ketentuan dari Ilahi,

Usahlah awak bimbang dengan ketentuan itu,

Andainya saya milik awak, saya tetap milik awak suatu hari nanti,

Tapi andainya saya bukan untuk awak..

Ingat, ketentuan Allah itu terselit sejuta hikmah,

Yang lebih baik itu sedang menanti awak..

Syukran atas persahabatan ini =)

~Nurul Iman Abd Majid~

Iman menghulurkan surat itu pada dia dengan seribu harapan yang tercipta agar dia mengerti isi hatinya.

''Terima kasih, jaga diri baik-baik. Kalau rindu, tengok bulan," Hafiz hanya melihat wajah lembut Iman. Baginya Iman adalah segalanya. Dia tekad mahu menjadikan Iman zaujahnya satu hari nanti.

Iman tidak mampu berkata-kata. Iman tidak faham akan perasaannya. Adakah hatinya sudah mencintai dia.........

Sekarang sudah dua tahun dia mengenali haffiz. Walaupun masing-masing berada di jalan juang yang berbeza tetapi Iman dan Haffiz kerap berhubungan melalui telefon. Iman mula menerima cinta Haffiz dengan harapan dialah zaujun dia suatu hari nanti. Iman bukan tidak tahu cinta sebelum nikah ini lebih lebih menjerumuskan kepada zina. Itulah Iman, sentiasa kalah pada mujahadah nafsu.

Kadang-kadang dia cuba mengelak dari menjawab panggilan dan SMS daripada Haffiz. Iman juga cuba terangkan kepada Haffiz perhubungan yang disyariatkan dalam Islam. Iman kaku kerana dia tahu dia banyak melukakan hati Haffiz secara tidak langsung.

"Seorang lelaki yang baik, dia tidak akan membiarkan orang yang dicintai itu bersama-sama melakukan dosa". Iman terpaku mendengar ceramah ''Manisnya Cinta selepas Nikah".

Jikalau benar Haffiz itu mencintai dirinya, kenapa dia tidak pernah terfikir perhubungan seperti ini akan banyak mengundang dosa. Iman tidak mahu baitul muslim yang dibina atas perhubungan yang tidak diredhai.

Iman tidak pernah putus berdoa andainya Haffiz itu terbaik untuk dirinya dunia dan akhirat, Iman memohon petunjuk daripada Allah. Tetapi seandainya dia bukan jodohnya, Iman memohon agar Allah memberi petunjuk untuk menjauhkan diri dari dia tanpa melukakan hatinya.

Cinta Memakan Hati Iman

Jam menunjukkan tepat pukul 1.30 pagi. Hidup sebagai pelajar siswazah memang tidak lari dari tugasan-tugasan yang melambak. Iman nekad pada dirinya, perjuangan dalam menuntut ilmu itu adalah satu jihad. Sebab itu Iman mampu menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan pada waktunya walaupun begitu banyak amanah yang terpikul di bahunya. Iman memang bijak meletakkan kewajipan pada tempatnya. Iman tidak mahu orang berkata, orang itu hebat dalam berdakwah, tapi dalam kelas pun tidur.

Mata Iman sudah mula mengantuk, dia menutup laptopnya dan mengemas semua buku-buku sebelum tidur. Iman ke tandas untuk menggosok gigi dan mengambil wudhu'. Sekembalinya dia ke bilik, dia melihat skrin handpnone menyala. Dia melihat satu panggilan tidak dijawab.

Iman pelik kenapa dia menelefon pada waktu begini. Hati Iman mula sedih, kenapa dia tegar menelefon pada waktu sebegini. Iman memandang jam hampir pukul 2 pagi. Iman mula merasakan hatinya semakin jauh. Iman cuba menjaga perhubungan itu tetapi kenapa dia langsung tidak mengerti.. aduhai awak..

Bunyi jam loceng mengejutkan Iman. Iman bangun untuk menunaikan solat malam. Hatinya lebih tenang. Memang benar, bila mengingati Allah hati kita menjadi tenang. Disaat itu Iman mengadu segala masalah kepada Sang Pencipta. Iman menangis semahunya ketika dahi bertemu sejadah cinta.

Iman bersiap untuk ke kuliah seperti biasa. Iman kelihatan bersemangat hari itu. Jam menunjukkan pukul 7.20pagi. Iman mengambil sekeping roti yang disapu dengan jem sebagai pengalas perut. Tiba-tiba handphone Iman berbunyi. Melihat di skrin telefon itu "Haffiz is calling....."

Iman menjawab panggilan telefon itu.

"assalamualaikum Iman, apa khabar? Ada satu perkara saya nak bagitahu awak.." Haffiz memulakan bicara.

"waalaikumussalam, Alhamdulillah, saya ok jer. Hmm..ada ape? Maaf, semalam saya dah tido," Iman menjawab dengan bersahaja. Dalam hatinya memohon istighfar kerana menipu pada waktu itu.

"maaf mengganggu awak, saya nak bagitau awak yang saya tak boleh tidur semalam. Saya sakit, saya takut. Saya nak mintak maaf kat awak." Kedengaran suara Haffiz yang seperti tersedu sedan.

"syafakallah, ye ke..maafkan saya. Saya tak tahu. Tapi kenapa nak mintak maaf kat saya?"

"saya bersalah kat awak. Saya tipu awak sebab saya terlalu sayangkan awak. Saya berhubungan dengan orang lain. Saya tak tahu kenapa saya terima dia dulu sedangkan saya dah ada awak. Saya takut saya mati nanti saya tak sempat nak mintak maaf kat awak."

Hati Iman mula meronta-ronta.. hatinya bagaikan dicarik-carik. Iman tidak akan menitiskan air mata dihadapan lelaki.

"Iman, saya sayangkan awak. Saya mengimpikan awak menjadi zaujah saya satu hari nanti. Sebab tu saya taknak bagitahu awak..tapi saya tahu awak tak suka kan saya. Saya budak jahat.. tak sesuai dengan orang baik macam awak."

"saya tak tahu nak cakap apa lagi, semua dah terjawab. Terima kasih untuk semuanya. Saya harap awak menjaga hubungan awak dengan dia."

"Mesti awak tak sedih, sebab awak memang tak sayangkan saya. Saya terima semua tu. Tapi saya nak awak tahu saya tetap mengharapkan awak".

Hati Iman berkata, "saya dah mula sayangkan awak......"

Iman tidak tahan lagi, dia berlari ke tandas, tumpasnya air mata seorang mujahidah kerana seorang lelaki.......... Iman tewas.

"Iman, jangan biarkan air mata tu menitis lagi." Solehah menyapa Iman dari belakang mengejutkan Iman dari lamunan di tepi padang. Memang sudah lama Iman berada di situ. Seusai solat Asar di masjid tadi, Iman terus turun ke padang. Tempatnya mencari ilham sumber kekuatan diri.

"Solehah, Iman rasa berdosa sangat, Iman tewas..Iman tewas.. tewas pada nafsu sendiri. Kenapa Iman boleh menangis kerana seorang lelaki. Teruk lagi, Iman ditipu lelaki. Iman bodoh sangat.."

"Iman, muslimah yang sejati takkan sekali-kali mengalah. Ini tarbiyah dari Allah untuk Iman. Masa nie lah Iman dapat memperbaiki diri dengan memandang masa lampau itu sebagai tiket untuk Iman berubah."

Solehah sahabat Iman sejak mereka asasi lagi. Segala masalah mereka berkongsi bersama. Sebelum ini Solehah selalu menasihatkan Iman meninggalkan Haffiz. Tapi Iman meyakinkan Solehah yang dia mampu menjaga perhubungan itu. Hebatnya persahabatan mereka. Solehah tidak pernah meninggalkan Iman walaupun dia tahu kemenangan pada pihaknya. Bahkan Solehah turut menyelami kesedihan yang Iman rasa.

"terima kasih awak sebab jadi sahabat saya," Iman memeluk Solehah tanda dia terlalu menyayangi sahabatnya seikhlas hati.

Hati Iman berasa sangat bersyukur kerana disebalik hikmah kejadian yang berlaku, rupanya itulah jawapan untuk doanya selama ini. Jawapan yang Allah berikan itu, banyak mengubah Iman. Subhanallah, percaturan Allah memang hebat!! Iman sujud syukur atas hikmat tarbiyah yang diterima.



Iman meneruskan perjuangannya

"Asif, ana tidak setuju kalau enta buat keputusan untuk menggunakan peraturan mengenakan denda kepada mereka yang tidak bertudung labuh." Iman tegas bersuara dalam mesyuarat pimpinan dakwah. Keadaan kolej mereka yang semakin lama semakin teruk permasalahan sosial disitu. Masalah ini meyebabkan semua orang memandang kepada pimpinan dakwah untuk mencari punca penyelesaian.

"Kalo begitu apa yang jalan yang terbaik enti fikirkan?" soal Mujahid kepada Iman setelah pandangannya ditolak mentah-mentah oleh Iman.

Siapa tidak kenal Mujahid di Kolej itu. Memegang taklifan sebagai presiden dakwah dan seorang dalam ilmu agamanya. Kalo dalam mesyuarat, Iman dan Mujahid sering sahaja berbeza pendapat. Apa tidaknya Mujahid sering menggunakan kekerasan menyebabkan Iman kurang setuju dengan Mujahid.

"Ana cadangkan kita membuat liqo' kubro bersama semua nuqaba' sebab bagi ana usrah itu memainkan peranan yang amat penting dalam masalah ini. cuba enta lihat, usrah di sini semakin hambar. Ramai yang tidak melaksanakan usrah. Jadi, ana nak kita perkasakan usrah semula. Tarbiyah perlu ditanam dalam diri setiap nuqaba'." Iman memandang setiap pimpinan dengan harapan mereka memahami.

Maisarah mengangkat tangan untuk memberi pendapat. Mujahid hanya mengangguk untuk membenarkan Maisarah bersuara.

" Ana lihat sekarang kita hanya memikirkan dakwah umum sahaja. Banyak program yang kita laksanakan sebelum ini, Nampak besar tapi tidak memberi tarbiyah yang khusus pada nuqaba' sendiri. Lagipun kita hanya melaksanakan program-program tradisi yang mana senior-senior kita lakukan. Apa kata sekarang kita perkukuhkan tarbiyah pada nuqaba' sahaja. Maksud ana kita melaksanakan program-program yang biasa sahaja tetapi berterusan dan istiqamah. "

"Betul tu, kita menjadikan program yang biasa itu luar biasa," Iman mencelah.

Hampir dua jam mereka bermesyuarat. Memikirkan masalah ummat memang memerlukan yang lama untuk mencari jalan penyelesaiannya. Sebab itu Islam menganjurkan syura. Syura itu sunnah dan banyak barakah yang terkandung di dalamnya tetapi seadainya disalahgunakan ia boleh mengundang dosa.

"Kak Iman memang hebat memberi idea, kami pun nak jadi macam akak," Anis bersuara sewaktu pulang bersama-sama.

"akak tak hebat, akak banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki. Dalam perjuangan ini, kita harus kental dan kuat. Muslimah ada hak untuk bersuara tetapi ada batas-batasnya. Akak nak jadi seperti Khaulah Al-Azwar yang hebat pergi berperang bersama-sama sahabat Rasulullah." Iman menarik nafas mengenangkan dosa-dosa yang menyelimuti dirinya.

Hati Iman berbicara, "wahai adik-adikku, akak pernah tewas.."

Masa terus berlalu. Iman semakin matang dalam hidupnya. Meniti hidup ini perlu berhati-hati kerana kita tidak tahu apa rencana Allah kepada kita. Rencana untuk menguji hambaNya.

Setelah selesai solat zohor di masjid, Iman mendengar ta'lim daripada iman solat zohor tadi. Sejuk hati mendengar ta'lim berkenaan kepentingan solat berjemaah di masjid. Banyak fadhilatnya bagi mereka yang berjemaah. Sesuangguhnya semua ini adalah hidayah dari Allah. Iman bersyukur dengan hidayah Allah kurniakan kepada dia selama hari ini.

Iman mengenali suara yang memberi ta'lim hari itu. Siapa lagi kalau bukan Mujahid Al Firdaus. Di dalam kelas, mereka tidak pernah bersuara melainkan dalam mesyuarat sahaja kerana masing-masing memegang taklifan. Itulah Mujahid, berbeza di dalam kelas dan di dalam mesyuarat. Di dalam kelas Mujahid banyak berdiam diri dan menghabiskan masanya dengan membaca buku dan melayari internet.. Iman tidak nafikan kehebatan Mujahid... Dia memang hebat..

"Kalo jodoh Iman dengan Mujahid macam mana?" soal Solehah ketika kami selesai menunaikan solat Dhuha bersama.

"Ish, mana ada Solehah. Nie mesti tepengaruh dengan gossip liar kan. Saya mana layak Solehah. Awak pun tahun saya ni bukan perempuan baik."

"Iman, jodoh itu ketentuan Allah. Mungkin Iman tidak dengan dia tapi Allah menggantikan Mujahid untuk awak yang jauh lebih baik." Solehah tersenyum melihat wajah lembut Iman. Muslimah ini terlalu istimewa di mata Solehah. Kelembutan wajahnya memang menggambarkan kelembutan hatinya. Solehah amat mengenali isi hati sahabatnya itu.

"Dah Solehah. Saya serahkan jodoh saya seratus peratus pada Ilahi. Ikhlas saya cakap, hati saya dah tertutup untuk mana-mana lelaki." Iman menegaskan pendiriannya. Dia merasakan dirinya terlalu kotor mengenangkan dosa-dosa yang lampau.

Iman berdoa agar Allah tidak menguji hatinya lagi. Dia mengakui kehebatan mujahid tetapi mujahid belum dapat memenangi hati Iman. Iman bersyukur kerana Allah memegang hatinya. Bagi Iman cinta Ilahi itu cinta adalah segala-galanya.

Hidup Iman di kampus banyak dihabiskan dengan belajar, usrah dan persatuan. Di hujung minggu pula masa Iman terisi dengan daurah-daurah dan program pengisian rohani. Rupanya selama ini hati yang kosong itu dahagakan ilmu dan santapan rohani. Iman tidak pernah mengeluh hidupnya seperti tiada masa untuk berehat. Ya, seorang mujahidah memang tiada masa untuk berpangku tangan. Iman menggelarkan dirinya sebagai Mujahidah Amar Ma'ruf Nahi Munkar. Dia tekad..

Iman sangat takut pada kalam Allah yang menjanjikan kemurkaan yang amat besar bagi mereka yang perkatakan apa yang mereka tidak lakukan. Sebab itu Iman lebih berhati-hati dengan apa yang diperkatakan. Meraih syurga Allah itu terlalu sukar, memerlukan pengorbanan yang lebih. Iman mengimpikan syahidah di jalan Allah...

Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis

Tett..tett.tett... mesej handphone Iman berbunyi..

Salam, awak apa khabar? Saya rindukan awak. Saya tetap menanti awak. Andainya awak mengerti isi hati saya... maafkan saya mengganggu awak..

~Haffiz ad Din~

Iman cepat-cepat memadamkan mesej itu dari Inbox mesejnya. Ya Allah, dugaan apa lagi yang engkau berikan kepada hambaMu ini. Maaf Haffiz, Nurul Iman hari ini bukan seperti Nurul Iman yang awak kenal. Wahai hati, janganlah engkau menyerah diri lagi.

Iman membuka laptopnya. Pada mulanya dia ingin meng 'update' blog kesayangannya. Tapi tiba-tiba moodnya hilang. Dia membuka bacaan surah Al-Imran. Mendengar alunan kalam Allah membuat hatinya tenang.

Malam itu Iman keseorangan, roommate Iman pulang ke kampung. Kadang-kadang Iman cemburu dengan rakan biliknya setiap minggu pulang ke kampung. Apa tidaknya, Negeri Sembilan dengan Selangor tidak ada jauhnya pun. Keluarga Iman di Terengganu. Kalau cuti panjang baru lah Iman pulang ke kampong.

Siapa tidak rindu untuk balik ke kampung. Mengenangkan ayah bonda di kampung membuatkan Iman besemangat nak belajar. Pengorbanan ibu ayahnya tiada tandingnya. Iman bukanlah asal dari keluarga yang senang.Tetapi kesenangan itu tidak menjamin kebahagiaan andai jauh dengan Allah.



"Maaf Iman, itu buku saya,"

"Oh ye ke, maafkan saya. Saya ingat buku untuk dipinjam. Bagus sangat buku ni.terima kasih ea."

"xpe, maafkan saya. Sebenarnya semalam saya tertinggal buku ni di sini." Boleh saya nak buku tu, sebenarnya senior yang punya."

"ok, maafkan saya." Iman menghulurkan buku itu kepada Ameer Mukhlis.



Iman kenal dia disebabkan mereka satu batch. Ameer mukhlis hanya seorang pelajar yang biasa saja. Dia bukan pelajar kos agama tetapi penampilan dia seperti seorang ustaz. Mungkin itu keistimewaan ameer. Ameer pernah bersuara mengatakan pelajar-pelajar kos agama tidak menunjukkan tingkah laku sebagai budak agama. Ya, dia memang berani..

Iman sering mendengar kisah Ameer melalui sahabat-sahabatnya yang tidak berpuas hati dengan dia. Iman memang tidak suka melayan perkara yang remeh-temeh seperti ini. Bagi Iman mungkin benar apa yang diperkatakan oleh Ameer. Iman akui zon selesa yang mereka berada sekarang.

Iman pun hairan melihat sahabat-sahabat kos agamanya yang perwatakan seperti bukan budak-budak kos agama. Diorang sering menggunakan alasan, cara mereka itu adalah untuk mendekati pelajar-pelajar yang bukan kos agama. Tapi Iman hairan, kalau mahu berdakwah sekalipun kenapa perlu sampai hendak pergi solat berjemaah di masjid pun susah.

Lebih mengaibkan budak-budak bukan kos agama yang mengajak mereka. Itu yang Iman kesal dengan sesetengah dengan sahabat mereka.



"Kak Iman, tunggu kejap." Suara Anis memanggil Iman dari belakang.

"Ye Anis, ada apa?" Iman tersenyum melihat Anis yang tercungap-cungap seperti tergesa-gesa.

"Satu kolej anis cari akak, tak jumpa. Rupanya akak di perpustakaan. Akak off handphone ea."

"Ya Allah, ye ke. Maafkan akak. Handphone akak tak de bateri. Kenapa ni Anis?"

"Anis Cuma nak serahkan senarai nama naqib dan naqibah baru. Anis dah taip semula nama, kos dan nombor telefon diorang. Muslimin dan muslimat ada sekali. Jadi, Anis nak mintak akak tolong bagikan yang senarai muslimin kepada akh Mujahid ea. Lagipun akak sekelas dengan dia." Anis tersenyum sinis kepada Iman.

"tak pe, nanti akak bagi kat dia, lagipun lagi setengah jam akak ada kelas.Terima kasih ea Anis." Iman membalas senyuman Anis walaupun dia tahu isi tersirat disebalik senyuman Anis.



Iman meletakkan buku "Siapa Dia Dihatimu" oleh Ust Pahrol. Dia memang penggemar buku Ustaz Pahrol. Bagi Iman, setiap bicara Ustaz Pahrol dalam bukunya seperti berbicara dengan isi hatinya. Iman memang begitu. Sering mengaitkan dengan sesuatu. Iman teringat sewaktu mesyuarat pimpinan dakwah petang tadi. Dia tidak mengerti kenapa hatinya tersentuh ketika nama itu disebut.

"Ana nak maklumkan dua orang bakal naqib terpaksa dibuang kerana mereka tak bersedia untuk menerima amanah ini. Mereka itu ialah Muhammad Muaz dan Ameer Mukhlis. Ana sudah bertemu dengan mereka dan mereka betul-betul tolak sebab mereka rasa mereka belum layak lagi." Mujahid menerangkan kepada pimpinan semua.

Iman hanya terdiam mendengar penerangan Mujahid. Iman hairan kenapa hatinya berubah ketika nama Ameer Mukhlis disebut oleh Mujahid. Cepat-cepat Iman memohon istighfar.



"Iman, jauh termenung.. dah pecah tembok cina tuh.."Farah cuba mengejutkan Iman dari lamunan.

"Astaghfirullah.. lain kali bagilah salam dulu..nasib baik saya ni tak de sakit jantung kronik." Iman menunjukkan muka geram kepada rakan biliknya yang suka mengusik itu.

"Nurul Iman, saya ni roommate awak. Dari tadi saya duduk kat meja saya tuh. Ni mesti tengah mengelamun pasal Mujahid kan..oppss.. terlepas sudah..hahaha." Farah ketawa dan Iman terus mencubit manja pipi sahabatnya itu.

" Yelah, yelah.. taknak buat dah. Bukan mujahid tapi Mak Jah jual kuih kat café tu kan.." farah cuba berdalih walaupun memang dia suka sangat melihat telatah Iman kalau nama Mujahid disebut.

"Ha'ah, rindu kat karipap Mak Jah.." Iman mencebik mulut kepada Farah.

"Maaf wahai Puteri Nurul Iman. Ana mahu pinjam mouse lah. Entah kenapa mouse tiba-tiba tak boleh guna."

"laa ye ke.. kenapa tak habaq dari tadi. Ambil lah dalam beg laptop atas katil tue." Iman menunjukkan beg laptopnya itu.

"Ok, syukran Iman. Luv u bebeh." Farah memeluk Iman sekuat hatinya.

"Yelah, yelah, saya pun sayangkan awak dunia akhirat. Awak roommate yang terbaik!!" Iman membalas pelukan Farah dan mencubit pipi gebu Farah.



Apa kesudahan Iman

Sekarang Iman sudah berada di semester terakhir. Iman sudah bertambah matang dengan usianya yang sudah menjangkau 23 tahun. Iman telah menolak lamaran Mujahid setahun lepas. Bagi Iman jawapan istikharahnya bukan Mujahid tetapi orang lain. Iman tidak pernah memberitahu sesiapa pun tentang isi hatinya.

Hampir dua tahun lebih Iman memendam perasaannya itu. Baginya mencintai dalam diam itu lebih indah dan terjaga. Tetapi bisakah dia mengetahui...

Keyakinan Iman kepada Allah terlalu tinggi kerana baginya Allah itu sentiasa dihatinya dan hanya Allah sahaja yang layak menentukan siapa pemilik cintanya. Setiap kali berdoa, dia sering berdoa, Ya Allah, seandainya Ameer Mukhlis itu terbaik untuk dirinya dan memberi kebaikan di dunia dan di akhirat, Engkau berilah aku petunjukMu.

Tetapi seandainya Ameer Mukhlis itu bukan yang terbaik, tidak memberi sebarang kebaikan di dunia dan diakhirat, Engkau jauhilah hatinya dan hatiku. Engkau jadilah aku redha menerima ketentuanMu..

Iman tahu di usia sebegini, dia perlu memikirkan soal jodoh. Sahabat-sahabatnya juga ramai yang sudah mendirikan baitul muslim. Iman pernah juga bertanyakan sahabat-sahabat tentang Ameer Mukhlis sudah berpunya atau belum. Ramai yang berkata dia sudah berpunya. Iman tidak tahu kenapa perasaan hatinya kepada Ameer Mukhlis begitu kuat sehinggakan langsung tidak pudar perasaannnya walaupun ramai yang berkata sedemikian. Mungkinkah ini kesannya jika mencintai dalam diam. Iman redha andai itu bukan untuk dirinya.

Setelah mengaminkan doa seusai solat dhuha, tiba-tiba handphone Iman berbunyi..

"Assalamualaikum, Iman apa khabar?" Suara Kak Mariam menyapa Iman dalam telefon.

"Waalaikumussalam, Alhamdulillah..baru je baik daripada demam. Akak sihat? Sejak-sejak akak dah berumah tangga nie, jarang dah kita berhubung.." Iman menunjukkan kesedihan pada Kak Mariam yang baru bergelar zaujah kepada Muaz, rakan sekelas Iman.

Kak Mariam seorang muslimat yang berani. Iman yang menjadi orang tengah untuk menyampaikan hasrat kak Mariam kepada Muaz. Walaupun Kak Mariam tua setahun daripada Muaz, tetapi usia tidak menjadi penghalang seperti mana cinta Rasulullah dan Siti Khadijah. Tidak sangka, Muaz juga menaruh harapan kepada kak Mariam. Selama ini mereka hanya memendam rasa. Hikmah daripada Allah itu terlalu indah.

"Alhamdulillah, akak sihat walafiat. Biasalah Iman, bila sudah bergelar isteri. Tanggunggjawab itu besar sangat. Sebagai isteri dan sebagai seorang da'ieah. Tapi Alhamdulillah, zaujun akak satu fikrah dengan akak. Memudahkan misi dakwah kami. Hmm.. akak ada hajat besar untuk Iman ni.." kak Mariam menyatakan hajatnya kepada Iman.

"Iman pun mengharapkan zaujun satu fikrah dengan Iman. Mungkin Allah tahu Iman belum lagi bersedia menjadi zaujah solehah. Sebab tu, Iman belum lagi menemui pemilik cinta untuk menemani sepanjang perjuangan nie. Akak nak bagitahu hajat apa?" Iman meluahkan isi hatinya kepada Kak Mariam.

" Seorang ikhwah ingin khitbah Iman. Dia menyatakan hasratnya kepada zaujun akak. Akak rasa Iman pun kenal dia."

Hati Iman kelu mendengar. Adakah doanya tadi telah terjawab..

"Siapa akak?" Iman ingin mengetahui siapa gerangannya itu.

"Maaf Iman, dia tidak benarkan akak memberitahu siapa dirinya. Tapi dia nak maklumkan kepada Iman yang minggu depan dia akan pergi ke kampung Iman untuk menghantar rombongan meminang." Kak Mariam menjelaskan kepada Iman hasrat ikhwah tersebut.

"Baiklah, Iman terima dia pergi meminang Iman minggu depan." Iman sendiri tidak tahu kenapa dia yakin dengan lamaran itu.

"Iman jangan risau, dia satu fikrah dengan kita. Insya Allah, akak melihat dia sesuai dengan Iman."

"Insya Allah akak. Iman mengharapkan begitu juga." Hati Iman masih lagi tertanya-tanya siapa dirinya. Mungkinkah.....

ERM..SAPA LAGI KAN???MESTI LA SEORANG YANG SOLEH...??????

- Artikel Iluvislam.com

~SEM 5~..i love it..^_^

RESULT SUDA KELUAR!!!!!!!!!!!!

ALHAMDULILLAH..RESULT SEM 4 AIN DAPAT DEKAN JUGA..(WALAUPUN MENURUN, AIN REDHA YA ALLAH..KUATKANLA HATI, SEMANGAT DAN KETAQWAAN HAMBAMU INI UNTUK MENJADI HAMBAMU YANG BERSYUKUR DAN RAJIN BERUSAHA, SEMATA2 KERANAMU YA ALLAH..JIHAD FI SABILILLAH..

~YA ALLAH KAU BANTULAH HAMBAMU INI BERJIHAD DI JALANMU, DAN PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSAN HAMBAMU INI..AMIN YA ALLAH~....

ALHAMDULILLAH...umiku tersayang & kembarku lain tahun,lain muka (adikku najwa-heehe)..telah menghantarku ke lapangan KKIA..ke KLIA ..kami berlepas jam 10.00 pagi..

first time dengar kesesakan di udara!!!!..patutla kami(ex-semai=4 orang) tunggu lama kapal tidak terbang-terbang..huhu...nasib baik naik MAS AIRLINES..dapat MAKAN..hehe bab makan jangan cakapla..ain laju ja..hihi..alhamdulillah..dapat my fovourite food..UDANG...erm..terubat juga hati selepas berpisah ngn umi tersayang, adikku najwa n all my family....SELAMAT TINGGAL NEGERI SABAHKU YANG TERSAYANG...zaijen airen..heheh

Alhamdulillah,,erm cam biasa la umi hantar ain kat airport KKIA ,SABAH, baba ambik ain kat KLIA..pas tu..terus pergi daftar kat KUIS "tercinta"..huhu..Disebabakan my mentor ketua jabatan AL-QURAN & AS0SUNNAH..baik hati,,dapat gak la jumpa minta tandatangan tuk daftar..Tapi, redha la wahai ain yang kiut..hahah(sempat lagi perasan..sabar ja la ya..peace no war..^_*)pintu PKK tutup..mak cik guard su datang dftar pagi esik pula..erm..(x kisah pun..suda agak x sempat..hehe)..selepas itu, bersihkan rumahku syurgaku kat KUIS ni..cam biasalah..erm semua ornag Semenanjung, so pas daftar balik rumahla..tinggal la ain sorang2 kat bilik(ala, cam x besa dari sem 1 huhu..)angkat barang2 kat stor p10(angkat sendiri ja..x suka susahkan orng..tapi susahkan diri la pula kan.isy2x..eheh)..menjadi rutin tiap2 sem (nasib baik tinggal 1 sem ja lagi..huhu)

Alhamdulillah selesai daftar n lain2..~boring sementara tunggu start kulia..(hehe semangtla konon2..heeh)..

start kulia...jadual ain x yah ambik sendiri..hehe..ada hero tolong ambikkan..sapa lagi??my cousin la..~huhu.

JADUAL SEM 5 QS A~ISNIN=JAM 11.-1.00(AL-HADIS 1)..BS2112.JAM 3.00-4.00(TAFSIR WA HIFZU 1)DK AI..SELASA-JAM 8-9(HIFZU QURAN)BT4109.JAM 9-11.00(ARAB)BS1211.JAM 1-2(AL-HADIS 1)BT4106.JAM 3.30-5(TAFSIR&HIFZU 1)BT4110.RABU=9-10(TAFSIR&MUFASSIRUN)BT4107.KHAMIS.8-9(ARAB)BS1211.10-11=HIFZU.MASJID.JUMAAT.9-11.(TAFSIR&MUFASSIRUN)BS2113...

alhamdulillah..gembira sangt..kelas sikit ja...~toink2..nampaknua masa tidurku banyakla sem ni..isy2x!!!heh)

TAJUK TESIS UDA KUAR!!!!!ALHAMDULILLAH...^_^
~Alhamdulillah 1st ari kulia suda ada assgments(al-hadis&tafsir quran wa hifzu 1)~
tajuk tesisku diterima(PERLAKSANAAN WALIMATUL URUS MENURUT ADAT KAUM BAJAU,TUARAN: KAJIAN TINJAUAN DARI PERSPEKTIF ISLAM.)..

semangat gak ain mau buat tajuk ni..erm,sebenarnya ain sendiri ada kesedaran mau buat tajuk ni..niat mau ubah n sedarkan jika ada sesetengah adat kaumku yang bercanggah dengan ISLAM!!!!!!!sensitif sungguh ahli keluargaku dan sedih jika melihatnya..hope ain dapt ubah kalau tidak banyak pun, sikit pun jadila, asalakan ain ada juga kesedaran berusaha mau ubah..hope sangat t walimatul urus kami adik-beradik n ahli keluargaku yang lain mendapat berakah dan keberkatan dari ALLAH..hehehe..(x salah kan angan2..even ain x kawin lagi..ehheeh)

moga ALLAH permudahkan urusan kita semua..amin YA ALLAH..^_^

azamku..~mahu bercinta selepas kahwin~..^_^amin YA ALLAH...

Cinta Selepas Kahwin (..baca la.. sweet sgt2.. :)..)
by I Love Allah SWT and Prophet Muhammad SAW on Thursday, April 28, 2011 at 2:13am

kisah bait rmh tngga bru yg brsulam cnta...sweet je..huhu ...



Bila aku teringat balik cerita ni, aku mesti tergelak sorang-sorang. Alkisahnya, aku ni ditakdirkanlah kahwin dengan sorang mamat nih. Entah dari mana la datangnya. Mak aku yang suruh, dia kata budak ni baik la, alim la pandai la. Lepas tu terus kami kahwin. Masa first time kahwin tu, memang kucar-kacir jugak la rumah tangga kami. Dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati.



Eiiiii… geramnya aku!!! Mana taknya, aku basuh baju dia sekali la dengan baju aku. Then lepas basuh nak dijadikan cerita, ada lah pulak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku. Haihhh… memang sakit hati. Baju baru kot, mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia, kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna. Dengan slumber dia kata.. ”Lah… awat tak tanya…” Eiii… geramnya aku!!! Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pergi shopping. Ok, fine. Aku ikut je la. Weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pergi shopping sampai aku kalih-kalih belakang.. dia hilang!!.. Aku cari gak dekat-dekat area situ kot2 ada tapi memang hampeh. Aku try call, tak angkat. Call lagi pun tak angkat. Huhh. Tension betul! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta je. Seminit… lepas tu dua minit… lepas tu…. SEJAM KOT!! Huhh. Memang sakit hati betul!! Then bila dia sampai dekat kereta, aku tanya, pergi mana? Kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab.. “Lah.. gi shopping la sayang… Owh, awak ada call ekk?? Alah, lupa nak bagi tau, terlupa bawa hanset… hehe..



” Eiiii… geramnya aku!!!! Seminggu lepas tu dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api. Ok fine. Aku masak je. Tapi memang la aku ni tak la pandai masak sangat tapi bolehlah kalau setakat nak makan kan. Aku hidang bagi dia makan. Masa first time dia suap kat mulut tu aku bajet dia nak kata apa-apa. Tapi dia diam. Memang tak kata apa-apa pun sampai dia habis makan. Habis makan pun tak kata apa. Aku pun confius. Dia ni takde respons. Sedap ke tak?? Ehmmm.. kalau ikut aku la, aku rasa ok je lah. Tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa.. Huhhh….. Esoknya, time aku on the way nak balik dari tempat kerja, kereta aku plak buat hal. Tak boleh start. Panik gak la aku time tu. Malam dah ni, nak masuk Isyak dah. Haihh… Time aku balik kerja lewat-lewat lah kereta nak buat hal. Then, aku call dia. Yang aku tak boleh tahan tu. Dia dengan slumber kata.. “Lah awat la call saya… call la mekanik… ingat call saya kereta awak boleh jalan??….



” Eiii… geramnya aku!!! Tapi dia datang jugak lepas tu. Ada lah dia check apa entah kat depan but tuh. Dan lepas start terus boleh… hmmm.. dalam hati aku kata, “Boleh la jugak mamat ni nak diharap. Mekanik kecil-kecilan, janji free”… Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pergi outstation kat overseas. Dia kata pergi sekejap je. 2 MINGGU!! Hmm… aku memang no komen lah. Dia nak pi buat keja dia. Takkan nak kata tak boleh kot. Kerja arkitek biasalah. Busy la kot. Tapi memang agak sakit hati jugak lah. Boleh dia lesap macam tu je. Lepas-lepas naik flight, kot2 la dia nak call bagitau dah sampai ke, ada kat mana ke. Tapi memang hampeh!!. Langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ke tapi memang tak de. Kosong inbox!!



Eiii… geramnya aku!!! Pagi tu aku basuh baju. Ok sekarang aku dah tau dah baju mana yang turun warna. Aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh. Sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tu. Jeng3.. Huishh siap dengan surat lagi. Suratnya berbunyi begini: Kehadapan isteriku, Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa. Jangan marah-marah ek.. hehe.. Saya bukannya apa, saja tulih surat nih.. Bosan… Tak tau nak buat apa… hihi Pertama sekali saya nak bagi tau lah. Mungkin awak tak kenal saya tapi saya kenal je awak. Sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha.. Ehawak tak ingat ke anak Pak Mail kawan ayah awak yang datang beraya kat umah awak time tuh??!! Masa tu saya nampak awak duk main masak-masak kat belakang umah… hahaha… Memang lucu sangat. Saya nampak awak macam ‘anak patung’. Comel sangat… Iskk.. Awak ni.. tak perasan ke?? Keduanya, sorry la pasal hal shopping tuh. Memang saja je saya tak mau bawa hanset time tuh… hihi.. Takut terkantoi. Ye la saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh… memang tension. Susah betul nak cari. Memang patut la mahal dan memang patut la awak bengang satu hari… hihi… Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak… hmm… Mesti awak bengang kan sebab saya takde respons… huhu… Sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata. Eh, saya makan dalam masa 5 minit je kot. Ikut jam dinding kat rumah kita. Iskk..awak ni.. tak perasan ke?? Keempatnya time keta awak rosak… hmm. Awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pergi kat awak??!! Lepas-lepas tu jenuh saya nak pujuk diorang balik. Tau tak saya langgar semua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak?? Iskk..awak ni.. tak perasan ke?? Tapi lepas saya tahu saya kena pergi outstation kt overseas. Saya lagi seronok. Happy gile sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja je tak call awak…hihi… Tapi saya ok je. Saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih… “Wow, look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “ Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^) Last but not least. Awak… awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak… p/s: Try tengok sama tak dengan baju awak yang rosak hari tu “bungkusan” ni… hihi Love, Suamimu....

SO, SAY NO TO COUPLE BEFORE MARRIED!!!!!!!!!!..

Wednesday, May 18, 2011

♥♥ 'cintai ia dalam diam' ♥♥...~cukupla kumencintaimu dalam diam kerana ALLAH~

http://srikandi-muslimah.blogspot.com/





من عشق فكتم وعف فمات فهو شهيد



[man ‘asyaqa fakatama wa ‘afa famata fahua syahid]



Maksudnya:

“Sesiapa yang jatuh cinta,kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid.”



.✿ maaf ..hadis ni x pasti sahih atau dhaif..tp cuma jdkn ianya sbg untuk memperingati diri kita sbg muslimah dan jdkn ianya semangat utk diri kita terus menjadi mujahidah...amin...mari la kita same2 muhasabah cinta.







Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...karana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..



kerna diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya ..karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...



ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALi ?yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

kerana dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,biarkan ia tetap diam ...



jika dia memang bukan milikmu, bila tiba waktunya Allah akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...



biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahasia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...Janji Allah itu pasti!!! yakin la kita pd Allah yang Maha Esa





♥♥.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.♥♥

muslimat power3x!!! ! ♥♥♥♥

♥♥`*•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

Tuesday, May 3, 2011

Aku Nak Jadi Kekasih Halal Dia!!






“Saya sayang awak. Sungguh, saya tak tipu.” Lia membalas, “Ok. Saya pun sayangkan awak. Cinta awak. Mulai hari ini, kita dah jadi pasangan tau.” Aku membalasnya dengan kata-kata yang sama. Aku ketawa gembira dalam hatiku.

Haha..senang saja nak ‘tackle’ budak perempuan si Lia ni..cepat cairlah katakan..haha..lepas ni giliran si Fiona pula..tunggulah kedatanganku di Café nanti..kau pula jadi mangsa ‘couple’ aku..haha





“Awak, kita ‘couple’ nak tak? Kita dah lama kawan kan..apa salahnya kalau kita maju ke depan lagi.” Fiona senyum sambil berkata, “Lama saya tunggu awak cakap macam ini tau. Hehe. Saya terima awak. Tapi, ‘girlfriend’ awak tak marah ke?” Hatiku tergelak besar. “Haha. Saya mana ada ‘girlfriend’, semua tu kawan saja. Mereka saja yang anggap saya ni ‘boyfriend’ mereka. Saya sayang awak seorang saja. Percayalah.” Fiona gembira mendengar pengucapan dusta dari bibirku, “Terima kasih Sayang. Saya pun sayang awak seorang saja. I love you.” “I love you too.” Balasku sambil hatiku tergelak besar.





Yes..Fiona pun dah dalam tangan..senang kerja-kerja ‘assignment’ aku lepas ni..suruh ‘girlfriend-girlfriend’ aku yang buatkan..haha..tapi, baru dua..tak cukup lah..aku nak tambah lagi dua..biar cukup empat..nak ikut sunnah..haha..mesti best nak ‘tackle’ budak-budak perempuan UIA ni lagi..harap saja belajar agama, tapi, layan lelaki juga.. haha.. jangan haraplah aku nak buat jadi isteri kalau perangai tak ubah macam ‘playgirl’..haha





“Betul, awak seorang saja wanita kesayangan saya. Saya tak tipu.” Melissa membalas renungan mata buayaku sambil berkata, “Ya. Saya percaya awak. Saya pun sayangkan awak. Awaklah satu-satunya lelaki idaman hati saya.”

Haha..aku berjaya lagi..tinggal lagi satu saja..Saira orang yang bertuah itu..haha..





“Sai, saya cintakan awak. Sudi tak awak jadi pasangan saya? Saya betul-betul dah jatuh hati dan gila bayang pada awak.” Sai tersenyum tanda setuju untuk menjadi pasanganku. “Hanif, saya terlebih sudi untuk jadi pasangan awak sebab itulah impian gadis-gadis di sini termasuk saya.” Sai ingin memegang tanganku tetapi cepat-cepat aku tepis kerana aku tahu itu satu dosa. Tak ingin aku nak menggatal dengan perempuan murahan macam tu!

Menggatal betullah Saira ini..biasalah tu..perempuan..haha..aku lelaki buaya pun tahu pegang-pegang tangan itu satu dosa, inikan lagi muslimah-muslimah UIA..haha..dalam UIA muslimah, luar UIA semua nak tayang..tudung pun dah hilang..fikir aku nak sangat ke budak-budak tu? Haha..jangan harap..semua nak harta ayah aku saja..materialistik! jangan haraplah..aku nak yang suci dalam debu..mawar berduri..barulah namanya muslimah..bukan macam Lia, Fiona, Melissa dan Saira tu..menggatal saja lebih, muslimahnya hampeh..haha





“Hanif, kau apa khabar? Assignment kau dah siap ke? Wah..makin kacak aku tengok kau sekarang ini! Patutlah ramai budak-budak perempuan minat dekat kau. Haha.” Usik Shahrizal, rakan sekelasku, ketika pensyarah belum masuk lagi. Aku tergelak lalu berkata, “Haha..aku sihat. Assignment aku selalu siap sebab ada empat pembantu setia di sisi yang membuatkannya siap. Haha..aku memang sentiasa kacak macam kau juga. Haha..” Kami sama-sama tergelak. “Hanif, kau tahu tak ada budak perempuan baru yang akan masuk dalam kelas kuliah sebelah kita ini. Dengar cerita, cun melecun budaknya.





Tak nak cuba nasib ke? Hehe..tapi…” “Betul ke Rizal? Kalau kau dah kata cun, aku mestilah nak mencuba nasib..mesti dapat punyalah..haha..tapi apa?” Shahrizal menjawab, “Aku dengar dia tu susah sikitlah nak layan lelaki sebab dia tu macam mawar berduri. Muka tak pernah nak senyum dengan lelaki. Semalam aku sajalah nak tegur dia. Dia buat tak tahu saja. Muka tak nak pun senyum dengan aku. Muslimah betullah beb..ada peluang ke kau? Perempuan ni susah sikit.. Haha..” Aku mengerutkan dahi sambil berkata, “Erm..nampak macam susah saja. Tapi aku ni lainlah, kau tak sekacak aku. Manalah muslimah tu nak pandang kan..Haha..Aku akan pastikan yang aku dapat ‘tackle’ dia juga. Kau tengok sajalah. Ini Hanif Al-Radzi tau, bukan calang-calang lelaki. Belum ada perempuan lagi yang pernah tolak cinta pura-pura aku ni..haha” Shahrizal tersenyum sinis sambil berkata, “Tapi, budak perempuan yang seorang ni lainlah beb. Tak sama!



Apa-apa pun, aku ucapkan semoga berjayalah kau nak ‘tackle’ dia.” Aku membalas, “Yang tak sama itulah yang aku nak. Bukan perempuan-perempuan yang jual murah sangat tu. Haha..Ok, aku akan cuba buktikan pada kau yang aku boleh.” Aku nekad untuk ‘tackle’ muslimah yang dikatakan Shahrizal sebentar tadi untuk membuktikan kelelakian aku.

“Assalamualaikum saudari.” Aku cuba untuk berbual dengannya sewaktu rehat sudah bermula. “Waalaikumussalam.”

Yes.. ‘line clear’ punya. Ada peluang ni..Haha..





“Saya….” Belum sempat aku nak habiskan ayat perkenalan aku, dia dah pergi. Macam tu saja? Tak pandang aku langsung! Apatah lagi nak senyum! Tak patut betullah budak perempuan ni! Ish..!! Memang betullah apa yang Shahrizal cakap dekat aku. Tapi, aku takkan putus asa. Aku akan pastikan juga yang aku dapat ‘tackle’ kau! KRING!! KRING!! Telefon bimbitku membingitkan gegendang telingaku! Panggilan dari Fiona. Ah, malaslah aku nak layan! Buang masa aku saja. Perempuan-perempuan tu dah tak penting dan tak pernah pun penting dalam hidup aku. Yang penting sekarang, aku kena fikir cara nak ‘tackle’ budak perempuan tadi tu! Erm..





Cun juga budaknya. Pakaian yang budak perempuan tu pakai memang menyejukkan mata aku. Jubah labuh berwarna merah dan tudung labuh hitam. Memang sejuk mata aku memandang. Tapi, betul ke dekat luar UIA ni dia macam tu juga? Kalau betullah dia muslimah yang sejati, aku takkan lepaskan dia. Susah nak cari isteri yang sebegitu solehah macam dia zaman sekarang ni. Mungkin, aku dah jumpa calon isteri aku. Haha..





HANIF!! Siapa pulalah yang menjerit memanggil nama aku ni. Aku memusingkan sedikit kepalaku. Oh, Shahrizal rupanya. Memekak saja!

Dalam keadaan tercungap-cungap keletihan berlari, Shahrizal berkata padaku, “Wei, ‘girlfriend-girlfriend’ kau semua cari aku tanya fasal kau. Aku penatlah asyik nak menjawab jawapan yang sama saja tiap-tiap hari. Boleh jadi gila kepala otak aku ni.” Dengan muka yang tak begitu ceria, aku membalas, “Alah, kau bagi sajalah apa-apa alasan pun asalkan aku tak jumpa dah dengan perempuan-perempuan tu. Mengganggu ketenteraman hidup aku saja!” Rizal ketawa lalu berkata, “Tak sampai sebulan lagi takkan kau dah bosan kot. Cun apa pasangan-pasangan kau tu. Siapa suruh kau tamak nak sekali empat? Padan muka! Dahlah semuanya tergila-gilakan kau. Haha..” Aku hanya mampu berkta, “Aku tak kisahlah kau nak cakap apa Rizal, yang pastinya, aku tak nak fikir dah fasal perempuan-perempuan tu. Bukan tergila-gilakan aku, tapi tergila-gilakan harta ayah aku saja! Kalau kau nak semua pun, aku tak kisah dah. Percuma aku bagi kau. Puas? Dahlah, aku penatlah, nak keluar pergi café sekejap.” Aku terus pergi menuju ke café tanpa mempedulikan Rizal lagi. Fikiran aku betul-betul celaru sekarang ni. Aku betul-betul nak berkenalan dengan budak perenpuan muslimah kelmarin yang aku jumpa tu. Tolonglah muuncul wahai muslimah idamanku…





Terpana mataku memandang gadis yang berdiri di hadapan pintu café tu. Budak perempuan muslimah itulah! Wow! Ada peluang ni. Gaya macam dia tengah tunggu seseorang. Bolehlah aku ambil kesempatan masa yang ada ni. Haha..

“Assalamualaikum saudari.” Seperti biasa, dia menjawab salamku. Aku memperkenalkan terus diriku sebelum dia pergi seperti kelmarin. Melepas aku nanti. “Saya Hanif Al-Radzi, kelas Ustaz Zahar. Awak pelajar yang baru masuk 3 hari lepas tu kan? Kita pernah jumpa sebelum ni di kantin. Ingat tak?” Dengan muka yang sedikit pelik, dia berkata, “Ooo..Ya, saya pelajar baru di sini. Saya tak berapa nak ingatlah. Kawan saya dah datang tu. Minta diri dulu. Salam.” Alamak, dia dah nak pergi pula. Aku cepat-cepat bertanya padanya, “Nama awak..?” Dia hanya menggelengkan kepalanya dan terus berjalan menuju ke arah sahabatnya itu tanpa menghiraukan pertanyaan aku. Geramnya!!

Eh, aku kenallah kawannya tu. Lina Ziana rupanya. Senanglah aku nak tanya fasal perempuan muslimah tadi tu. Haha.. Betul-betul mencabar kelelakian akulah perempuan muslimah tu. Tak layan aku langsung! Pandang aku pun tak! Pandang sekali lepas tu dia terus alihkan pandangan dia. Tak kacak ke aku pada dia? Erm..Lina mesti kena tolong aku. Dah jumpa satu jalan. Yes!!





Semasa Lina Ziana sedang berjalan sendirian di kantin, aku cepat-cepat berlari ke arahnya dan menjerit namanya. “Lina! Lina!” Lina Ziana terperanjat dan pusing ke belakang. “La..kau Hanif. Aku ingatkan orang gila manalah tadi yang menjerit-jerit nama aku. Haha. Apa mimpi kau ni tiba-tiba saja cari aku?” Aku menarik nafas panjang-panjang dahulu sebelum menjawab pertanyaannya kerana masih mengah dengan larianku tadi. “Kau kawan dengan budak perempuan yang baru masuk tu ya?” Lina mengerutkan dahinya sambil tersenyum sinis padaku lalu berkata, “Iyalah, kenapa kau tanya? Nak berkenalanlah tu kan. Dah agak dah. Kau ni perangai masih tak berubah. Apalah nak jadi. Jangan haraplah kawan aku tu nak dekat kau kalau perangai ‘playboy’ kau tu masih ada dalam diri kau. Sedarlah. Dia tu bukan perempuan-perempuan ‘taste’ kau lah. Tak payahlah kau nak menyibuk! Dia takkan layanlah lelaki macam kau ni.”

Aku selamba menjawab, “Eleh, kenapa pula kau cakap macam tu? Kau tak tahu apa-apa diam. Aku dah berubahlah. Aku nak tanya kau! Pernah ke dalam dua minggu ni kau nampak aku keluar makan dekat café dengan perempuan-perempuan tu?” Lina Ziana cepat-cepat menggelengkan kepalanya kerana itulah kebenarannya. Aku menyambung lagi, “Tau pun. Kalau kau nak tahu, budak perempuan baru tu lah yang ada semua ‘taste’ yang aku nak. Dialah satu-satunya gadis idaman pilihan hati aku. Haha. Tolonglah aku ya. Siapa nama dia? Aku dah cuba banyak kali tapi tak dapat-dapat.





Tolonglah.” Lina Ziana hanya tersenyum sambil berkata padaku, “Telinga aku ni salah dengar ke? Si Raudhatus Sakinah tu ciri-ciri wanita idaman lelaki ‘playboy’ macam kau ni? Haha. Kau jangan buat lawak boleh tak? Dia tu lain ok! Dia tak sama! Untuk pengetahuan kau, ‘playboy’ hanya layak berpasangan dengan ‘playgirl’ sajalah. Lupakanlah niat kau nak dekat dengan Sakinah tu. Dia tu ustazah, sesuai dengan ustaz saja, bukan ‘playboy’.” Aku tersenyum sedikit kerana kini, aku sudah pun tahu siapa nama si dia yang mengganggu hatiku. Haha. “Kau boleh cakap apa sajalah Lina. Aku tak kisah. Yang penting, nama dia aku dah tahu. Kalau ada apa-apa lagi nanti, aku akan minta pertolongan kau. Boleh kan? Hehe. Cuma, peringatan bagi kau. I’M NOT A PLAYBOY ANYMORE OK! Understand? Assalamualaikum!” Aku terus pergi dari situ dengan satu senyuman. Aku langsung tak ambil hati dari kata-kata Lina Ziana tadi kerana aku berasa gembira dengan jawapannya tadi.





Gadis idaman kalbuku, kini aku sudah tahu namamu. Raudhatus Sakinah. Aku akan cuba memikat pemilik nama itu untuk menjadi permaisuri hidupku. InsyaAllah.

Aku termenung sendirian di dalam bilik sambil menyiapkan ‘assignment’ aku. Tiba-tiba, Shahrizal masuk. Dia memberi salam padaku. Aku menjawabnya dengan nada gembira. “Hanif, kau macam dah berubahlah. Aku dah tak nampak pun kau keluar ‘dating’ kat café tu. Kau asyik memerap dalam bilik saja. Sibuk betul kau nak siapkan ‘assignment’ kau tu. Selalunya, ‘girlfriend-girlfriend’ kau yang buatkan. Kenapa tiba-tiba kau yang buat pula? Perenpuan-perempuan tu dah pencen ke? Haha.” Aku tersenyum, “Kau ni Rizal, aku ‘dating’ kau ceramah aku. Aku tak ‘dating’ pun kena ceramah juga ke? Haha. Perempuan-perempuan tu semua dah pencen. Aku dah pecatlah. Haha. ‘Assignment’ aku, biarlah aku yang buat sendiri kan. Kau baru balik dari mana ni? Surau?” Shahrizal menjawab dengan penuh girang, “Alhamdulillah. Kawan aku ni dah berubahlah. Bagus! Istiqamah tau. Hehe. Ha’ah. Aku dari surau. Tadi ada tazkirah daripada budak perempuan baru tu. Ramai betul yang kagum dengan dia. Ada ciri-ciri ustazah. Itu yang aku balik lambat sikit, tunggu tazkirahnya habis.” Mata aku terbeliak besar. “Betul ke ni Rizal? Budak perempuan tu bagi tazkirah? Mesti Ustaz Zahar yang suruh kan. Ruginya aku tak datang. Esok kita pergi surau sama-sama nak tak? Lama betul rasanya aku tak ziarah surau kita tu. Rindu pula rasanya.” Shahrizal menggelengkan kepalanya dan berkata, “Eh Hanif, bukan ke kau ni kaki lepak dekat café? Sejak bila pula tiba-tiba nak pergi surau ni? Mesti nak menggatal dengan budak perempuan baru tu kan. Haha. Takkan dapatlah. Dia tu muslimah betul, kau tu, muslim pura-pura saja. Tapi, aku tetap rasa gembira dengan perubahan kau ni. Mesti ada udang di sebalik batu kan? Cerita sajalah. Macamlah aku ni baru kenal kau.” Aku tersenyum saja dan memberitahu Shahrizal perkara sebenar. Shahrizal juga tersenyum gembira untukku. Dia juga berkata seperti Lina Ziana, ustazah hanya layak berpasangan dengan ustaz, bukan ‘playboy’!





Raudhatus Sakinah, akanku usahakan diriku untuk menjadi lelaki pilihanmu yang terbaik. Aku selalu nampak dia di café. Dia banyak menghabiskan waktunya dengan mengaji. Al-quran comel berwarna merah sering dibawanya ke mana saja dia pergi. Aku memang kagum dengan dia. Aku tak pernah nampak dia ‘dating’. Bila di luar pun, dia tetap dengan imej muslimahnya. Itulah yang aku suka. Betul kata Shahrizal dan Lina Ziana, dia tak sama. Dia lain. Kelainan itulah yang membuatkan aku tertarik padanya. Kebaikan dia, kesolehan dia, ketaatan dia dan kesopanan dia. Berjayakah aku untuk memetik mawar berduri itu? Ya Allah, aku takkan berjaya tanpa bantuanMu. Bantulah aku, ya Allah. Aku bertaubat padamu atas segala dosa dan kesalahanku kerana lalai terhadapMu.





Malamnya, aku bangun untuk bersujud padaNya. Aku berdoa agar diampunkan segala dosa-dosaku. Selama ini memang aku lalai mengingatiNya.

Di atas hamparan sejadah suci

Hamba menadah kedua telapak tangan ini

Bagi memohon keampunan dan rahmat dariMu

Agar diberikan hamba hidayah serta taufiqMu

Supaya tidak tersimpang hamba dari jalanMu…

Hati hamba merasa hambar dan sunyi

Tanpa iman dan semangat taqwa dalam hati

Jiwa hamba kosong dan takkan berisi

Melainkan dengan redha Yang Maha Mengetahui

Yang menemukan hamba dalam bingkisan restu Yang Maha Mengasihani…



Saat tasbih mengisi ruang kosong di jari-jari

Mulut dan hati hamba bersatu berzikir mengingat ILAHI

Jiwa hamba terisi dengan munajat di malam hari

Diri ini hamba abdikan buat Pencipta langit dan bumi

Moga dosa-dosa lampau dapat dihapusi dan diampuni…

Kening ini hamba rapatkan di atas hamparan murni

Sujud dahi hamba mencecah ke bumi

Tanda syukur hamba akan kebesaran ILAHI

Tidak terukur nilai cintaMu yang tinggi

Tidak terhitung nilai kasihMu yang bertambah setiap hari…

Ya Rabbul Izzati…

Sudikah Kau menerima cinta hamba yang hina dengan longgokan dosa ini??

Semoga keampunan mendapat tempat untuk hamba yang sering lupa diri

Semoga rahmatMu sentiasa hadir menemani

Agar kehidupan duniawi dan ukhrawi hamba diredhai …

Hamba amat mendambakan cinta dariMu

Hamba juga mengharapkan pertemuan denganMu

Diri hamba ini dahaga akan belaian kasihMu

Hamparan sejadah suci hamba buktikan padaMu

Sujud cinta hamba hanyalah untuk Tuhan yang berkuasa di atas segala sesuatu…



Aku selalu mohon pada Ilahi agar aku mendapat jodoh dengan insan pilihanNya. Aku ingin cintaku dekat denganNya. Aku ingin mendapat bimbinganNya dalam melayari kehidupan bahagia yang ku idamkan.



Dalam mencari sebuah hikayat cinta

Hati yang tulus murni amat sukar ditemui

Sukar mencari jiwa yang menerima seadanya

Cinta manusia hanyalah pinjaman di duniawi

Cinta ILAHI jualah yang kekal selamanya

Hanya insan terpilih akan memiliki cinta sejati di uhkrawi…

Hadirkanlah dalam cerita hidupku

Seorang insan bernama teman

Yang sentiasa berada di dalam doaku

Bersama diriku menempuh onak perjuangan

Rela sehidup semati dalam pimpinan agamaMu

Agar dapat merasakan kemanisan iman…

Temukanlah aku dengan cinta yang mencintaiMu

Cintakanlah hatiku dengan cinta yang merindui syahid fisabilillah

Bukan cinta yang berlandaskan hawa nafsu

Kerana syaitan akan menjadi pemisah

Antara cinta hakiki dan cinta palsu

Yang hanya menyebabkan hati terbelah dan berpecah…

Berilah hatiku kekuatan dan ketabahan

Dalam mencari cinta seorang insan

Bersenjatakan kekebalan iman

Berperisaikan doa dan kesabaran

Dalam mengahadapi dunia yang penuh kepura-puraan

Menjadi sebuah permainan hidup yang mensia-siakan…

Satukanlah hatiku ini dengan sekeping hati murni

Yang membawa aku ke arah jalan kebenaran ILAHI

Yang bisa menjadi bukti lafaz cinta suci

Pada pandangan ALLAHURABBI

Agar berkekalan hingga ke syurga abadi

Dan berbahagia di taman indah firdausi…

Bisakah dicari dalam dunia yang fana’ ini

Seorang teman hidup idaman hati

Yang memiliki keteguhan iman yang tinggi

Dan mempunyai hati yang tulus suci

Serta kaya dengan budi pekerti dan akhlak terpuji

Dalam menghulurkan cinta sejati???

Semoga cinta yang sejati akan ku temui

Semoga hari itu akan menjadi saksi

Pertemuan dua hati murni di hadapan ILAHI

Di depan pintu gerbang syurga hakiki dan abadi…



Hari-hariku berlalu dengan perkara-perkara yang berfaedah. Aku sudah biasakan diri dengan mengaji, solat berjemaah di surau bersama Shahrizal setiap kali masuk waktu solat dan mendengar tazkirah-tazkirah serta menghadiri majlis-majlis ilmu.





Suatu hari, aku dipanggil oleh Ustaz Zahar untuk menyampaikan tazkirah selepas solat Isyak. Aku menerima tugasan itu dengan hati yang terbuka dan bahagia. Alhamdulillah, akhirnya aku diberi peluang untuk menjadi Ustaz Hanif. Hehe. Aku memulakan tazkirahku dengan hadis-hadis Nabi. Aku memberi tazkirah tentang Hari Kiamat. Dalam aku memberi tazkirah kepada orang, pada masa yang sama, aku juga sedang mengingatkan diriku. Aku bersyukur kerana aku kini sudah berubah kepada yang lebih baik. Lina Ziana pernah berjumpaku dan berkata, “Hanif, sekarang aku kagum dengan kau. Kau memang dah berubah. Kau dah buktikan. Tahniah. Semoga berjaya cita-cita kau nak memenangi hati Ina. Hehe. Aku doakan.” Aku terharu bercampur bahagia dengan kata-katanya. Amat bermakna bagiku. Adakala, aku terpandang wajah tenang Raudhatus Sakinah saat aku sedang memberi tazkirah. Dia memberi sepenuh penumpuannya pada tiap-tiap tazkirah. Aku ingin menemuinya sebentar apabila balik dari surau nanti. Ada sesuatu yang ingin aku beri padanya.

“Raudhatus Sakinah!” Langkahnya terhenti apabila nama manisnya dipanggil. “Assalamualaikum Raudhatus Sakinah.” Dia membalas ucapan salamku, “Waalaikumussalam Hanif Al-Radzi.” Aku tersenyum lalu berkata, “Sebenarnya, saya ada hal nak cakap dengan awak. Semua hal-hal yang ingin saya katakan pada awak ada dalam surat ini. Harap awak baca sampai habis dan tolong jangan buang surat ini. Lagi dua minggu akan ada Konvoi UIA, harap dapat jumpa awak lagi. Assalamualaikum.” Dia menjawab ringkas, “InsyaAllah, saya akan baca. Waalaikumussalam, Lina pun tengah tunggu saya tu.” Kami sama-sama pergi menuju ke destinasi masing-masing. Aku menarik nafas lega setelah memberinya surat itu. Surat itu aku tulis khas untuk menyuntingnya.



Assalamualaikum saudari Raudhatus Sakinah..

Maaf kerana mencuri masa saudari. Saya cuma ingin memberitahu saudari sesuatu. Mungkin dulu ramai yang mengenali saya sebagai seorang lelaki yang ‘playboy’. Mungkin termasuk juga saudari kerana Lina Ziana adalah rakan saya juga. Mungkin dia ada bercerita tentang saya pada saudari. Tapi, itu semua tiga bulan yang lepas. Hidup saya terus berubah dengan kehadiran saudari. Allah telah menganugerahkan saya hidayah. Saya kembali bertaubat padaNya. Saya terpikat dengan imej muslimah yang menjadi identiti hidup saudari. Memang susah ingin mencari yang solehah. Walaupun UIA, masih ramai lagi pelajarnya yang di luar sana tidak menutup aurat. Di dalam UIA, bertudung. Tapi, bila berada di luar, tudungnya hilang. Tidak ada rasa malu tapi berasa megah dengan menayangkan aurat-aurat mereka.

Sikap saya berubah sejak saya mula mengenali saudari melalui tazkirah-tazkirah di surau, blog saudari dan daripada rakan saudari sendiri, Lina Ziana. Saya ingin menjadikan saudari sebahagian dari hidup saya. Saya pasti, saudari faham maksud saya. Saya telah pun berbincang dengan kedua ibu bapa saya. Mereka tiada halangan. Cuma sekarang, saya ingin bertanyakan pada saudari. Jika saudari setuju, insyaAllah selepas habis belajar hujung bulan ini, saya akan pergi ke rumah saudari untuk berjumpa dengan kedua ibu bapa saudari. Saya tahu hukum-hukum agama. Memang dulu saya lalai dan asyik hendak berseronok saja. Mungkin sebab itulah saya digelar ‘playboy’. Asyik sangat dengan perempuan. Tapi, itu semua sejarah saya. Saya tak pernah pegang tangan-tangan yang cuba menggoda saya. Baru sekarang saya mula mendalami hukum-hukum agama. Allah memerintahkan agar menundukkan pandangan dalam surah An-Nur, ayat 30 hingga 31.. Patutlah saudari selalu menundukkan pandangan ketika berdepan dengan saya. Baru kini saya faham. Islam tidak pernah ajar kita tentang bercinta atau ‘couple’ sebelum nikah. Perkara itulah yang sering saya lakukan dulu. Tapi sekarang, tidak lagi! Saya takkan buat! Saya hanya ingin merasai nikmat cinta halal yang mendapat redha Allah iaitu cinta selepas nikah. Sebab itulah saya nak jadi kekasih halal saudari. Saya mohon saudari balaslah surat saya ini dengan jawapan YA atau TIDAK. Saya menghormati apa pun jawapan yang bakal saudari berikan. Wassalam.



Ingin menjadi kekasih halal Raudhatus Sakinah,

-Hanif Al-Radzi-



Setiap hari, aku menunggu pembalasan surat daripada dia. Sudah seminggu suratku itu tidak berbalas. Pembelajaranku akan berakhir pada hujung bulan ini. Ada lagi seminggu saja. Dua minggu lagi akan ada Konvoi. Aku ada kejutan untuk dia. Aku ikhlas ingin jadikannya permaisuri hidupku. Aku akan terus bersabar menunggu jawapan daripadanya. Semua ini memerlukan masa.





“Lina, Raudhatus Sakinah ada cerita apa-apa tak dekat kau? Aku dah lama tak nampak dia. Ada apa-apa yang berlaku ke dekat dia? Hari ini hari terakhir aku. Lagi dua minggu barulah kita jumpa lagi,insyaAllah.” Muka Lina Ziana tidak ceria seperti selalu. Dia nampak sedih dan muram saja. “Hanif, aku sokong kalau kau nak kahwin dengan dia. Tapi, aku tak tahulah apa jawapan dia. Dia sekarang ni memang sibuk sikit. Minggu ni kan dia semester terakhir. InsyaAllah kalau umur ada lagi, nanti kita jumpa di Konvoi. Aku akan pergi dengan Ina. Jangan risau.” Lina Ziana cuba mengukir senyuman. Aku mengucapkan salam padanya dan beredar dari situ. Aku ingin berjumpa dengan sahabat karibku pula, Shahrizal.





“Rizal, jaga diri baik-baik. InsyaAllah nanti kita jumpa lagi di Konvoi. Kau memang kawan baik aku yang terbaik. Hehe. Aku nak balik dah ni. Assalamualaikum.” Aku menyalaminya dan tergesa-gesa beredar dari situ kerana teksi sudah menunggu. Hatiku terasa berat untuk pergi. Kakiku juga seakan membeku tidak mahu berganjak meninggalkan seseorang. Aku kuatkan juga hatiku. Aku percaya pada Allah. Andai aku dan dia punya jodoh, kami pasti akan bertemu lagi. InsyaAllah. Selamat tinggal UIA. Selamat tinggal Raudhatus Sakinah. Semoga umurku panjang untuk bertemu denganmu lagi.





Hari ini, genaplah dua minggu aku meninggalkan UIA tercintaku. Aku masih tertanya-tanya kenapa Raudhatus Sakinah masih belum membalas suratku. Tapi, aku tetap akan menanti jawapan darinya. Aku sedang bersiap-siap ingin mengikuti Konvoi UIA di Taman Seri Cahaya, Shah Alam hari ini. Semoga aku dapat bertemu dengan dia.

Setelah semua orang datang, kami berkumpul di satu tempat khas. Lelaki dan perempuan duduk berasingan. Mereka hanya duduk di atas tikar yang di bawahnya rumput. Kami berkelah sambil berjumpa dengan kawan-kawan lama. Alhamdulillah, Raudhatus Sakinah datang. Dia bersama dengan Lina Ziana. Mukanya agak lain. Pucat dan bibirnya kering. Kenapa ya? Aku asyik bertanya pada diriku sendiri.Tanpa melengahkan masa, Shahrizal menjemputku untuk menghiburkan rakan-rakan yang datang. Mereka membawa radio yang boleh dipasang CD. Aku meminta Shahrizal memasangkan nada lagu ‘Kekasih Halal’ daripada kumpulan Wali Band. Di saat itu, berdebar hatiku ingin menyanyi lagu tersebut.



“Lagu yang bakal saya nyanyikan ini adalah khas buat si dia yang bertudung merah. Dengarkanlah.” Semua mata yang ada di situ memandang ke arah Raudhatus Sakinah. Hanya dia seorang yang memakai tudung labuh merah seperti yang dimaksudkanku. Dia terkejut dan mukanya mula merah kerana tersipu-sipu malu. Aku mula menyanyi.





Lagu ini ku nyanyikan khas buatnya kerana mempunyai maksud yang ingin aku sampaikan padanya. Aku harap dia akan membalas suratku.

Selesai saja aku menyanyi, satu tepukan gemuruh berkumandang. Aku melihat ke arah Raudhatus Sakinah. Dia hanya mampu tersenyum. Bibirnya nampak kering. Mungkin keadaan panas menyebabkan bibirnya kekeringan. Dia duduk bersama teman-temannya. Sedang aku asyik perhatikan dia, aku terlihat satu cecair merah mengalir melalui hidungnya. Darah! Dia sakit ke? Atau keadaan panas yang menyebabkannya jadi begitu? Aku nampak dia cepat-cepat mengelap darahnya itu supaya tidak dikesan oleh sesiapa. Tapi, dia gagal kerana aku telah berjaya mengesannya! Risau hatiku dibuatnya. Ya Allah, bantulah dia.





Saat semua orang sedang leka menikmati hidangan makanan BBQ, tiba-tiba kecoh ada orang pengsan, perempuan. Aku cuba melihat siapakah orangnya? Tapi, kesemua perempuan mengerumuninya. Aku terdengar mereka menyebut-nyebut nama Ina. Adakah yang pengsan itu Raudhatus Sakinah? Tak mungkin! Aku inginkan kepastian daripada Lina Ziana. Aku memanggil namanya dengan nada yang agak kuat kerana suasana amat bising pada waktu itu.





“Lina, siapa yang pengsan tu?” Dengan muka yang serba salah dan sedih, dia memberitahuku, “Ina pengsan tiba-tiba tadi. Aku dah suruh Syafira dan Ainul hantarkan dia ke hospital dengan segera. Sebenarnya dia….” Sengaja Lina Ziana memberhentikan cakapnya itu. “Sebenarnya dia apa? Cakaplah!!” Sambil mengalirkan air matanya, dia berkata, “Ina menghidap penyakit buah pinggang. Ada sejenis bakteria merbahaya membiak dalam buah pinggangnya. Doktor kata, dia kena buat pembedahan secepat mungkin untuk membuang virus merbahaya itu sebelum bacteria tu merebak dan meragut nyawanya. Tapi, kos pembedahannya terlalu mahal sampai dia sendiri tak mampu nak bayar. Mungkin sebab dia tahu dia takkan hidup lama, dia tak balas surat lamaran kau tu.





Maafkan aku sebab tak beritahu kau awal-awal perkara ni. Dia tak benarkan aku cerita perkara sebenar dekat kau.” Air mata lelakiku tidak dapat ditahan lagi. Menitis juga akhirnya. “Kenapa dia nak sorokkan perkara besar macam ni? Aku nak pergi ke hospital sekarang. Jom!” Aku, Shahrizal dan Lina Ziana menaiki kereta masing-masing menuju ke hospital di mana Raudhatus Sakinah ditempatkan.

Sampai saja di hospital, aku terus bertemu dengan Syafira dan Ainul yang membawa Raudhatus Sakinah ke sini. “Ainul, Fira, macam mana keadaan Raudhatus Sakinah? Doktor ada cakap apa-apa tak?” tanyaku dengan nada kerisauan. “Doktor tengah tunggu ibu bapa Ina datang. Kami dah maklumkan. Ina sekarang ada dekat bilik ICU. Keadaannya kritikal.” Aku bertanya lagi dengan nada yang agak kurang puas hati, “Kenapa tak mulakan pembedahan lagi? Kata keadaannya kritikal!” Doktor menuju ke arahku dan berkata, “Bertenang semua. Pihak kami hanya akan mulakan pembedahan jika ibu bapa pesakit bersetuju dengan bayaran yang telah ditetapkan.” Aku bertanya, “Berapa bayarannya doktor?” Doktor menjawab, “RM 135,255 semuanya.”





Semua orang yang ada di situ resah kerana bayarannya terlalu mahal. “Baiklah, saya setuju. Biar saya yang tandatangan. Mungkin ibu bapanya lambat lagi nak sampai.” Doktor segera menyerahkan dokumen yang perlu aku tandatangani dan segera mulakan pembedahan.

Satu jam kemudian, barulah ibu bapa Raudhatus Sakinah sampai. “Pakcik, makcik, saya dan tandatangankan dokumen pembedahan Raudhatus Sakinah. Janganlah risau ya. InsyaAllah, semuanya selamat.” Aku berkata pada kedua ibu bapanya.

Ayahnya, Hamidi bertanya padaku, “Berapa kos pembedahannya?” Aku menjawab, “RM 135,255.” Pakcik Hamidi tiba-tiba seperti sesak nafas mendengar kos tersebut. Aku cepat-cepat memberitahunya bahawa semua kos pembedahan Raudhatus Sakinah, aku yang akan tolong bayarkan. Pakcik Hamidi terharu bercampur pelik. “Anak ni siapa? Pakcik tak nak orang lain susah disebabkan anak pakcik.” Aku menjawab, “Saya kawan dia. Tak menyusahkan pun pakcik. Lagipun, saya memang bercadang hendak berjumpa dengan pakcik. Saya nak meminang anak pakcik. Saya jujur dan ikhlas ingin membantu.” Dengan riak muka terharu, pakcik Hamidi berkata padaku, “Alhamdulillah, pandai si Sakinah tu cari calon suami. Pakcik dan makcik ni restu kalau kamu nak kahwin dengan anak pakcik. Sejuk mata pakcik tengok kamu. Kamu ni ustaz ke?” Aku tersenyum girang mendengar kata daripada bakal bapa mertuaku itu. “Saya bukan ustaz. Saya belajar di UIA juga. Sama dengan Raudhatus Sakinah.” Kami sempat berkenalan lebih lanjut. Dia banyak bertanya tentangku. Perbualan kami terhenti apabila doktor keluar daripada bilik ICU setelah dua jam setengah berada di dalam.







“Doktor, macam mana dengan dia?” Aku terus bertanya pada doktor tersebut. “Alhamdulillah, saat-saat kritikal pesakit sudah lepas. Pesakit stabil sekarang. Hanya keluarga terdekat saja yang boleh ziarah pesakit waktu sekarang ini. Bayaran boleh dilakukan di kaunter. Pesakit boleh pulang dalam masa tiga hari lagi. Saya pergi dulu. Ada pesakit lain menunggu. Assalamualaikum.” Hatiku lega mendengar jawapan doktor itu. “Alhamdulillah, terima kasih doktor. Bayaran saya akan buat sebentar lagi. Waalaikumussalam.” Aku mempersilakan ayah dan ibu Raudhatus Sakinah masuk ke biliknya terlebih dahulu. Aku ingin membuat pembayaran di kaunter. Aku mengajak Shahrizal bersamaku.

“Hanif, kau betul-betul pemurah dan baik hati. Kau tak berkira pun. Mahal pun kau sanggup bayar. Itu yang buat ibu bapa Ina terima kau jadi menantu. Hehe. Tahniah!” Aku tergelak, “Haha. Aku ikhlaslah Rizal. Aku tak mengaharapkan balasan pun. Raudhatus Sakinah tak materialistik. Sebelum ni pun, dia tak tahu lagi yang aku ni anak Datuk. Kita banyak harta pun, kalau sombong dan tak bantu orang yang perlukan pertolongan, apa guna? Nanti Allah tarik balik rezeki kita. InsyaAllah, kalau ada jodoh, aku kahwinlah dengan dia. Hehe. Kau jangan lupa datang.







Tapi, dia masih belum membalas surat aku. Aku masih menanti jawapan daripada dia. Aku nak jadi kekasih halal dia!” Rizal menenangkan aku, “Sabarlah. Aku pasti dia terima kau lah. Dia pun nak jadi kekasih halal kau juga. Hehe. Belum pernah aku tengok kaki lepak dan ‘playboy’ macam kau ni berubah jadi ustaz yang warak’ macam ni. Ina berjaya membuat kau berubah. Alhamdulillah.” Aku membalas, “Alhamdulillah.”

Seminggu pun berlalu, sudah lebih kurang empat hari Raudhatus Sakinah keluar dari hospital. Aku belum pernah lagi menjenguknya. Semasa hari dia dimasukkan, aku tidak sempat hendak menziarahnya kerana kesibukan yang melanda diriku. Aku masih menunggu jawapan daripadanya. YA atau TIDAK bakal menentukan sama ada aku jodoh dia atau sebaliknya.

Sedang aku asyik mengelamun, tiba-tiba, telefon bimbitku berdering. Nombor yang tak ku kenali. Aku menjawab panggilan itu, “Assalamualaikum.” Pelik! Suara orang tua. “Waalaikumssalam. Hanif, ini pakcik Hamidi. Kenal lagi kan?” aku menjawab dengan senyuman, “Mestilah saya kenal, pakcik. Mana pakcik dapat nombor telefon bimbit saya ni?” Dia menjawab pula,“ Pakcik dapat nombor telefon kamu daripada doktor yang membedah Sakinah tempoh hari. Bila kamu nak datang rumah pakcik? Sakinah dah beritahu jawapannya pada pakcik. Dia sedia menerima kamu.” Aku bagaikan tak percaya! Mimpikah ini? Raudhatus Sakinah menerima lamaranku? Alhamdulillah. Ku tahan air mataku dari membasahi pipiku, “Alhamdulillah pakcik. Nanti saya beritahu abah dan ibu saya. Terima kasih. InsyaAllah, minggu depan saya akan datang untuk majlis walimatul urus.” Selesai berbincang di telefon bersama bakal bapa mertuaku, air mataku deras mengalir dan aku terus pergi berwuduk untuk sujud syukur pada Ilahi kerana telah memperkenankan doaku. Thank you Allah!

Selesai lafaz ijabkabul di Masjid Shah Alam, aku dan Raudhatus Sakinah sah menjadi pasangan ‘couple’ suami isteri. Akhirnya, berjaya juga aku jadi kekasih halal dia. Alhamdulillah. Ku kucup dahinya sambil dia menitiskan air mata terharu bercampur bahagia. Air mata gembiraku juga turut mengalir. Subhanallah!!

Malamnya, sebelum aku dan dia merebahkan diri untuk merehatkan badan, aku berkata padanya dengan penuh kemesraan, “Sayang, terima kasih sebab sudi terima Abang jadi kekasih halal Sayang.” Dia membalas kata-kataku dengan mengukir sebuah senyuman indah, “Kasih diterima, Abang. Bukan ke Abang yang minta persetujuan Sayang untuk jadikan Abang kekasih halal Sayang? Terima kasih juga sebab sudi jadikan Sayang kekasih halal Abang. Thanks a lot sebab Abang tolong bayar kos pembedahan Sayang.” Sejuk hatiku mendengar kata-katanya. “Kasih juga diterima, Sayang. Kita dah jadi ‘couple’ kan sekarang. Tak payahlah nak berterima kasih lagi. Abang akan sentiasa menerima kasih Sayang. Hehe. Yes! Abang boleh buat apa saja sekarang. Abang boleh rindu Sayang, cium Sayang, pegang tangan Sayang dan peluk Sayang!” kataku sambil menunjukkan reaksi seperti hendak memeluknya. Dia tersipu malu.





Pipinya berubah menjadi putih kemerah-merahan. “Abang ni, gatal!” katanya sambil mencubit pehaku. Aku ketawa dan berkata, “Kalau Abang tak menggatal dengan Sayang, Abang nak menggatal dengan siapa lagi? Oklah. Abang nak menggatal dengan jiran sebelahlah esok. Jangan cemburu tau.” Dia mencubit pehaku lagi. Aku dan dia sama-sama ketawa. Sebelum tidur, aku memberitahunya bahawa aku akan mengejutkannya bangun untuk qiamulail bersamaku sebelum Subuh untuk memohon restu, redha dan bersujud pada Allah s.w.t.

Jam menunujukkan pukul 3.30 pagi. Aku mengejutkannya supaya bangun daripada tidur. Kami berwuduk dan mengerjakan qiamulail bersama diketuai aku, selaku imam. Usai qiamulail, aku membacakan doa. Isteriku, Raudhatus Sakinah mengaminkan isi doaku. Kami bermunajat pada Ilahi. Aku berdoa padaNya dengan penuh pengharapan. Isteriku mengaminkan doa yang ku baca dengan penuh pengertian.







Ya Allah, kami mohon padaMu agar diampunkan dosa kedua ibu bapa kami, dosa-dosa kami dan dosa seluruh umat Islam. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang bakal menjadi pejuang syahid fisabilillah. Redhailah dan restuilah tali pernikahan kami ini agar berkekalan hingga ke syurga Firdausi. Janganlah Kau biarkan kami hanyut dengan nafsu duniawi sehingga melupakan ukhrawiMu. Bimbinglah hati kami sentiasa. Jadikanlah kami pasangan bahagia dunia dan akhirat. Terima kasih ya Allah kerana dengan izinMu, Kau jadikan kami kekasih halal. Kau perkenankan juga doaku untuk menjadi kekasih halal isteriku. Semoga Kau panjangkan jodoh kami agar kami dapat berjumpa dan berkasih sayang lagi di akhirat kelak.

Amin ya rabbal a’lamin…





Usai membaca doa, dia menyalamiku. Aku menghadiahkan sekuntum senyuman manis padanya dan mengucup dahinya. Subhanallah!! Aku berkata dalam hatiku,

Ya Allah, jadikanlah isteriku ini seorang isteri yang mentaatiMu dan mentaati suaminya. Jadikanlah dia ibu yang akan mengasuh anak-anakku dengan ajaran agama muliaMu. Berkatilah hubungan kami ini agar aku dan dia kekal behagia sehingga maut menjemput kami untuk kembali ke pangkuanMu.



-TAMAT-by Kami rasa Cinta itu tidak buta, tetapi mereka yang buta kerana cinta on Thursday, April 21, 2011 at 11:51pm

~YA ALLAH, MOGA AKU AKAN JADI KEKASIH HALAL BUATMU SATU HARI NANTI~..(^_^)