Ahlan wasahlan ke taman mawar berduri ^_^ puteri penyejuk_mata umi & baba tercinta..^_*

~ruangan taman mawar berduri yang dipagari dengan iman dan taqwa~

"ruangan taman untuk sang puteri berkongsi madah,pengalaman,cerita,ilmu dan lain-lain lagi"

Tuesday, May 8, 2012

~ BETULKA SUDAH BERTUNANG??~SURAT BUAT PEMILIK TULANG RUSUKKU..HOHO

MasyaALLAH... Memang ujian jika kita ramai peminat kan ( perasan ja lebih..huhu) Maafkan daku wahai para mujahid agama.. Diriku bukan sempurna. Diriku bukan yang terbaik. Diriku banyak kekurangan dan kelemahan. Diriku tidak secantik mana. Tidak sekali pun daku terdetik berniat untuk mengecewakan kalian. Namun, aku takut dengan ALLAH. Aku juga ingin sekali menjadi seperti sebahagian sahabat-sahabatku. Punyai teman yang sentiasa menemani, berkongsi dan diambil berat. Namun, aku takut dengan ALLAH dan perasaan rasa bersalah selalu wujud dalam diriku. Pernah suatu ketika tatkala aku zaman kanak-kanak, aku punyai ramai kawan baik lelaki. Namun, mereka menyimpan perasaan suka padaku. Namun aku tolak kerana aku takut pada ALLAH. Mereka kata aku sombong dan jahat.. Namun, aku lagi takut aku sombong pada ALLAH dan jahat terhadap ALLAH dengan melakukan maksiat. Aku kerap kali diuji dengan hati, sehingga aku merasakan akulah yang paling hina dan lemah. Aku cemburu dengan orang yang terpelihara tidak diuji dengan hati. Namun aku tahu ada hikmah disebaliknya.. Allah bagi aku ujian untuk dihadapi dan menyelesaikannya. Alhamdulillah hingga kini cintaku masih suci dari bercouple(alhamdulillah) Aku sentiasa berdoa agar cintaku hanya akan kuberikan kepada SUAMI yang kunikahi sahaja( redho ja dengan jodoh yang ditetapkan ALLAH) YA AKU SUDAH BERTUNANG..(BERTUNANG DENGAN PERJUANGAN).ITULAH JAWAPAN YANG KUBERIKAN..MAAFKAN DAKU, BUKAN DIRIKU BERNIAT UNTUK MELUKAIMU, NAMUN ISTIKHAROKU BUKAN MILIKMU. Aku mengimpikan pemimpin yang boleh mengimamkan aku dan anak-anakku kelak. Aku mengimpikan pemimpin yang boleh memimpinku ke jalan kebenaran Aku mengimpikan pemimpin yang boleh berbakti pada agama, bangsa dan masyarakat. Aku mengimpikan seorang imam yang baik terhadap ALLAH, Rasulullah s.a.w, pada keluarnya, keluargaku dan aku. Aku mengimpikan seorang mujahid yang sayangkan diriku dengan tidak menjebakkan diriku dalam maksiat( sms, benda lagho, mendekati zina dan sebagainya) Aku mengimpikan seorang yang penyabar, bersemangat juang yang tinggi dan memounyai fikrah yang jelas.. Maafkan diriku wahai mujahid impianku, Daku sangat inginkan yang agama dan terbaik buat diriku, Sedangkan diriku bukanlah yang terbaik buat dirimu, Doakanlah daku wahai pemilik tulang rusukku yang aku sendiri tidak ketahui agar menjadi wanita yang solehah, berusaha menjadi yang terbaik walaupun sukar agar dapat menjadi sayap kiri perjuangnmu kelak dan sebagai mama kepada anak-anakmu.. Kupanjatkan doa agar dikau sentiasa dalam jagaan ALLAH, dipelihara iman, dipertingkatkan iman dan dimudahkan dalam menyuntingku kelak..amin ya ALLAH.. Semoga kita disatukan suatu hari nanti..amin ya ALLAH..ayuh sama-sama mengislahkan diri untuk menjadi yang terbaik dan ibu bapa yang hebat suatu hari nanti ^_^ Ayuh pertingkatkan amalan-amalan sunat disamping amalam WAJIB tidak ditinggalkan.insyaALLAH, biiznillah...^_*

2 comments:

  1. assalamualaikum ain.. jumpe kat cni ^^
    alhamdulillah.. semoga ikatan tu kekal hingga ke pernikahan ^^

    doakan zimah pun dpt jodoh yg baik, sepadan dgn kite.. hee..

    ReplyDelete
  2. waalailumsalam zimah..tahniah kerana berjaya menemui blog ain yang x seberapa ini...insyaALLAH..syukran..hajat doa darimu...insyaALLAH..semoga kita semua peroleh imam yang beriman dan beramal soleh yang bertanggungjawab dan membimbing kita kepada keredhoan ALLAH,,,amin ya ALLAH

    ReplyDelete