Ahlan wasahlan ke taman mawar berduri ^_^ puteri penyejuk_mata umi & baba tercinta..^_*

~ruangan taman mawar berduri yang dipagari dengan iman dan taqwa~

"ruangan taman untuk sang puteri berkongsi madah,pengalaman,cerita,ilmu dan lain-lain lagi"

Monday, January 18, 2010

TIDAK AKAN MASUK NERAKA ORANG YANG MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."
Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.
Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."
Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."
Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)
Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."
Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"
Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.
Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

Friday, January 15, 2010


MENCARI ERTI KETENANGAN


Tidak ada ketenangan yang benar2 tenteram selain berada disisi ALLAH... Kerana ALLAH menyintai ketenteraman AS-SALAM, ketenangan & kesejahteraan itu adalah salah satu nama-NYA... Semakin kita dekat pada ALLAH semakin diri kita merasa tenang, walaupun musibah menimpa... Musibah sekadar ujian untuk memantapkan iman kita... Manusia yang sabar akan sentiasa dicintai ALLAH...

Airmata yang mengalir mempunyai maksud yang tersendiri, air mata membasuh dosa, air mata jua tanda kesyukuran sejernih warnanya..ada ketika, ianya untuk menceritakan apa yg ada di hati...fitrah manusia hari pertama di dunia kita menangis ... memang ia perkara pertama yg kita tahu untuk menyatakan segala keperluan pada si ibu .... akhir usia kita juga di tangisi, mengiringi kita menemui Ilahi. Air mata terlalu akrab nya dgn kita, teman dikala suka dan duka dlm air mata tercerita seribu satu kisah....yang hanya kita dan Sang Pencipta mengetahuinya......

Kepada rakan2 semua...TERIMA KASIH kerana menjadi kawan, teman dan sahabat saya
di sini...walaupun kita hanya bertemu di laman ini tapi sesungguhnya anda semua dekat di hati saya. Terima kasih sekali lagi, moga Allah sentiasa MERAHMATI dan MEMBERKATI hidup anda DUNIA DAN AKHIRAT....INSYAALLAH.




Tip-tipku dapat ANUGERAH dekan sem 1.....


1.JAGA HUBUNGAN NGN ALLAH.


2.JAGA HUBUNGAN NGN MANUSIA.


3.JAGA HUBUNGAN UMI DAN BABA(INSYA-ALLAH SENTIASA NYATAKAN SAYANG PADA MEREKA=SEMUA AKTIVITI DI KOLEJ INSYA-ALLAH UMI TERUTAMANYA TAHU(MY MOTHER IS LIKE MY BEST FRIEND)-WAL HAL MASALAH KAWAN,AKTIVITI PERSATUAN ,PERASAAN N LL.


4.BERKONGSI KEGEMBIRAAN KALAU DIPUJI LECTURER NGN FAMILY(X MAHU MENUNJUK,TAPI TUK BERITAHU ANAKNYA INI SEORANG PLJR MUSLIMAH YANG 'PENYEJUK MATA' MEMANDANG DENGAN AKHLAK YANG MULIA N BERSUNGGUH TUK NGHRPKAN KEREDHAAN ALLAH.


5.SENTIASA PERBAIKI NIAT DAN JELAS=UNTUK MENCARI KEREDHAAN ALLAH,YUK MENYEBARKAN ILMU BERGUNA YG DIPEROLEH DAN MENGAMALKANNYA.


6.DEKATI PENSYARAH DAN BERTANYA JIKA ADA SOALAN.


7.BACA BUKU SEBELUM KELAS.


8.TUNPUKAN PERHATIAN DI DALAM KELAS.


9.STUDY GROUP.


10.HADIRI USRAH KAT MASJID,HALAQOH CINTA,DISKUSI KAMPUS DAN MAJLIS

ILMU_TRY AVOID TO BE EXAM ORIENTED STUDENT_


11.JOIN CLUB SOCIETY.(kwn2 selalu ckp:x yah r aktiv2,da la kecil,lincah sgt nak ikt itu,ikt ini,t x dapt study.....lalu saya berkata:kalo saya x buat apa2 tuk agama x best,cam ada sahaja yang x kena n kurang,kalo bab study,insya-Allah time study kita le bljr-lojiknya= kalo kita aktif mesti kita takut pljarn terjejas,rentetan itu,mesti kita mau top up masa busy kita 2 kan??hehe berbanding x buat apa-apa,kita dalam keadaan yg selesa...tapi yg pntng pandai bagi masa....akhirya keputusan pun keluar...rakan-rakan tersebut pun berkata lagi:Ain,ko ni aktif2 tinggi gak pointer,x cam kami yg x aktif dok kat bilik,enjoy n relax ni..=itulah yang dinamakan yakinlah dengan janji Allah..jika kita bantu agama Allah,maka Allah akan bantu kita.


12.SELALU BERIKTIKAF KAT MASJID N LIBRARY.

JAWAB SOALAN LEPAS N KAJI.


13.KONGSI ILMU YG ADA DGN KWN2 YG LAIN...._saya berpendapat:kalau saya x bg kongsi ilmu saya,kalau saya mati semua orng x kan tahu ilmu yg saya ada x dap diteruskn dan rasa bahagi n tenag kalau dapt tolong orang lain...


14.SETIAP KALI SEBELUM MASUK EXAM:insya-Allah mesti call umi n baba n kak Rabiatul n Kak Farhanah untuk minta restu n didoakn serta adik2ku najwa,farhan n solehah yg tercinta.


15.Berjumpa ngan lecturer kalau ada masalah.


16.Sentiasa bersama dengan my boy friend=Al-Quran(x yah nak sibukkan diri ngn cinta manusia yg penuh penipuan dan tak kekal sblm sampai masanya-tapi.bercintalah dgn Allah,pasti x mengecewakan.


17.AKTIF DALAM KELAS(azam saya nak jadi pendiam x tercapai2..hehehe..dalam majlis ilmu n dlam kelas saya memang x kan segan kalau bab cari ilmu ni...tapi,kalo kat luar adalah gak batasnya.


18.SENTIASA BAGI SALAM KAT SEMUA ORG YANG KITA BERSELISIH(TERUTAMA MUSLIMAH)TP KADANG2 TGK TIME GAK LA..SLNG MENDOAKAN.logiknya=bila kita jumpa orng nak bagi salam mesti senyum kan..jadi bila kita muka ketat(kepala penuh berserabut,saudara kita akan mendoakn kita(kita bg salam dulu,sunat=org jwb=Wajib)hehehe.biarpun org ckp kta 'adik assalamualaikum'...salingan...masa saya sekolah form 2 n 3..saya bersekolah kat sekolah biasa dan terkenel ngn masalah sosial dll.cara dakwah yg plg simly saya guna ialah bagi salam.sehinggakan bila sy jum pa pada hari lain dorang dulu yg beria-ria mahu bg salam dulu...


19.DA USAHA,DOA SO,TAWAKAL KPD ALLAH..

(INI SAHAJALA YG MAMPU SAYA KONGSI..WALLAHUA'LAM..maaf guna bahasa rojak

AYAT KURSI MENJELANG TIDUR

Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah.

Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan."

Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin ? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru.

Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?"

Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahawa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya.

"Bohong dia," kata Nabi : "Pada hala nanti malam ia akan datang lagi."

Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan.Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."

Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."

Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah S.A.W ? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya ? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."

Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya.

"Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."

"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi."

Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang.

Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi.

"Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya.

"Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah.

"Kalimat apakah itu?" tanya Nabi.

Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."

Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula : "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang ertemu denganmu tiap malam itu?"

"Entahlah." Jawab Abu Hurairah.

"Itulah syaitan."
geovisit();
TANDA-TANDA KIAMAT

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"
Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-
Asap
Dajjal
Binatang melata di bumi
Terbitnya matahari sebelah barat
Turunnya Nabi Isa A.S
Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
Gerhana di timur
Gerhana di barat
Gerhana di jazirah Arab
Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.
Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.
Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.
Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.
Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.
Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.
Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"
Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamata."