Ahlan wasahlan ke taman mawar berduri ^_^ puteri penyejuk_mata umi & baba tercinta..^_*

~ruangan taman mawar berduri yang dipagari dengan iman dan taqwa~

"ruangan taman untuk sang puteri berkongsi madah,pengalaman,cerita,ilmu dan lain-lain lagi"

Tuesday, March 29, 2011

CuTi SeM 4- MaCam-MaCaM ada~(^_^) part 3

~...Tinggi-tinggi, Gunung Kinabalu,tinggi lagi Nia sayang ALLAH...lallalalalla...~
Cea,Kak Nia oi...berangan+jiwang+memekak=S+U+M+B+A+N+G:SUMBANGLA kak Nia..tapi part lirik Nia sayang ALLAH tu merdu la..Tapi,Wawa tahu kak Nia mahu "cover" kan sebab kak Nia nampak Wawa...Hoho...kantoi terang tang-tang la kak Nia oi!!!tidak perlu
'PUTERI CINDERELLA NIA" buat muka monyet tengah bergayut di pohon sena..hahha..

Amboi2x!!"PUTERI SLEEPING BEAUTY WAWA~kononla~"!!Sesedap strawberi sahaja Tuan Puteri melontarkan butir-butiran peluru yang berbisa dari mulut becok Tuan Puteri ya...memang cari nahasla dengan PUTERI CINDERELLA versus CINDERPAKSA!!!lepas ni kak Nia tidak kira!Wawa masak sendiri kalau mahu makan."Ele kak Nia,sakat sikit touching setinggi GUNUNG KINABALU!!wakaka..ingat Wawa takut sangat ka dengan amaran Kak Nia tu??Kak Nia kan memang ada gastrik!!kena makan ikut time..so,mesti Kak Nia rajin masak punyala!!heeh..then,Kak Nia KAN seorang kakak yang baik hati..(na mungkin hei Kak Nia masak sikit untuk sorang kan..)Kak the Best la..luv u so much Kak Niaku saaaaaaayang)^_^

Ele,mula la tu!Mentang-mentang Kak Nia yang comel,yang baik hati,yang pemurah ni pantang kena puji,mula la mahu puji lebih-lebih tu...sabarja la..'isy,Kak Nia wawa nilah kan,orang puji sikit tapi dia sendiri top up lagi dengan puji dirin sendiri tu yang wawa rasa mahu muntah tu,yang penting ayat "Kak Nia yang comel mesti WAJIB ada-alasan Kak Nia:sebab dalam adik-beradik,Kak Nia paling rendah,kesimpulannya=gelaran paling comel disandang oleh Kak Nia,yang merupakan anak ketiga daripada enam orang adik-beradik ..hoho",dalam hati wawa ja la,nanti meletup gunung berapi Kak Nia wawa juga merana.

"Wawa ni kenapa pantang tengok Kak Nia senang dan bahagia sikit,mesti mahu kacau?Tidak ada kerja ka?"Menyibuk ja.."Alargh...Kak Nia,ceritala pengalaman+gosip+cerita hangat+ustaz s=ceramah juga la si Kak Nia ni pilih..(ambik kau Wawa..suka sangat menyakat Kak Nia-ikhlaskanla hati dengar pengalaman Kak Nia berdakwah,ikut kem,jadi timbalan exco dakwah dan akhirnya...yahooo!!!love u so much Kak Nia kali ni mengena kat ending la wei!!!Ustaz S...S??Stand for??Biarla rahsia=Kak Nia punya syarat lorh kalau mahu dengar...dasyat2x!!)

Hehe,,terkejut Wawa dapat paksa Kak Nia bercerita??Well,ni Wawa la wei..hehe..ayat keramat Wawa selalu guna"Kak Nia,tidak baik kita kedekut ilmu dan simpan pengalaman sorang-sorang,mana tahu pengalaman Kak Nia tu boleh kita ambil sebagai pengajaran,Kak Nia juga dapat pahala bah".Sebab tu Kak Nia Wawa yang perasan comell tu sudi bercerita kalau tidak.jangan harap..MAAF ZAHIR & BATIN la jawabnya..huhu

Malasla mahu share pasal cerita jawatan-jawatan Kak Nia ni,,panjang lebar+konflik+fitnah+masalah ja yang banyak..siap Wawa pun diceramah kalau diberikan tugas dan amanah,mestilah dilaksanakan dengan sebaiknya..Hah itu dia ayat power ex-KETUA PUTERI ISLAM kat kolej Kak Nia sudah lantang dan semangatnya berkata-kata!!tambahan lagi,Wawa jangan dekat universiti asyik study dan tidak mahu melibatkan diri dalam aktviti-aktiviti persatuan yang bermanfaat..itu namanya tidak sedar diuntung!!orang lain mahu masuk universiti dan menimba pelbagai pengalaman,tapi Wawa hanya mahu study ja..nauzubillah..itu dia tembakan Kak Nia kena tepat pada sasaran hidung Wawa yang mancung ni,,hoho~apa lagi.."baik ustazah..insya-ALLAH,USTAZAH PROFESSOR NIA AZ-ZAHRAH...amin...".."Wawa,jangan main-main la Kak Nia serius ni..kita perlu ada kesedaran dalam diri!!", "mana ada Wawa main-main,Wawa serius binti khusyuk ni..siap bagi doa lagi,orang cakapla amin and at least thanks..ini tidak..huhu"."Alamak,merajuk la pula adik Kak Nia sorang ni,k,Kak Nia minta maaf dan syukran atas doa adik Wawa tu..amin.." "Amin ya ALLAH".

"Ustaz S"
Erm biarla secret..tu ja la keluar dari mulut kak Nia ni..Wawa tahu la Kak Nia punya peminat ramai nama S..tapi Ustaz S yang special ni siapa kak Nia???pelease...tell me, pleaseeeee!!No!!Mahu jaga hati bah..mana boleh tadi Wawa juga cakap just for ambik pengajarab kan..so,just keep quite and no more demands and terover ok!!"ok la,salute,tabik hormat kat ustazah S(stand for Syadidah),WAWA!!.ok,ok Kak Niaku sayang intan payung emas diraja!!uwekzs..

~C+I+N+T+A=macam ndak percaya ba,Kak Nia pun tahu apa itu cinta!!!~

Erm..cinta itu murni dan suci!!~Cinta datang,tanpa diundang...lalala~itu dia Kak Nia sudah buka mulut dia menyanyi lagu Siti Norhalizah kali..(sorry la ya kalau bab lagu dan penyanyi ni=wawa memang failla..kalau masuk teka lirik komfirm menang nombor 1 dari belakang..ngeee)..OK,kita sambung..Kak Nia pun kongsi pengisian dari buku KOMPAS CINTA tulisan A.UBAIDILLAH ALIAS(panduan cinta remaja melakar cinta dihatinya-sinopsisnya "x sala bercinta,jika kena n betul pada tempatnya.Senario masa kini kian melemaskn jiwa,lantaran definisi cinta x difahami dgn sebenarnya di kalngn remaja.Kelemhn dlm mendefinasikan cinta ini mencetuskn bibit2 cinta yg hanya berlandaskn na...fsu semata,.Jika disoroti kembali,fungsi kompas adlh menjadi penunjuk arh kpd mrk yg berkelana.Dlm bercinta jg perlukn "kompas" agar kembara cinta x tersest menuju kemaksiatn hatta tercemar kesucian cinta itu....ANTARA yang menarik=bagaimana mahu mendefinisikan cinta yg sebenar, jenis2 cinta menurut al-QURAN,mengenali magnet cinta yang akn memandu arah ke jaln reda ALLAH..."...nanti insya-ALLAH Kak Nia sambung..mahu belajar memandu kereta untuk lesen P dulu..Doakan Kak Nia ya...assalamualaik adikku sayang..^_*

Monday, March 28, 2011


CuTi SeM 4- MaCam-MaCaM ada~(^_^) part 2
ALHAMDULILLAH....
Itulah perkataan keramat yang keluar dari mulut Nia setelah sepupunya,Naufal mengatakan flight mereka masih boleh balik ke negeri SABAH DI BAWAH BAYU yang tercinta..Bagi Nia,walaupun RM80.00 dikenakan setiap seorang mereka sebagai denda terlepas flight,Nia tidak kisah,sebaliknya bersyukur kepada ALLAH..(Nia tidak dapat bayangkan kalau ditakdirkan dia tidak dapat balik ke Sabah untuk bertemu dengan uminya yang tercinta serta keluarga yang lain)
Emak Mina sedia menghulurkan bantuan kepada kami jika ditakdirkan kami tidak dapat balik ke Sabah.Namun,jaug di lubuk hati Nia,Nia sama sekali tidak mahu menyusahkan orang lain..
Mina,Ifa serta emak Mina meninggalkan Nia bersama Naufal di KLIA bagi menunggu flight seterusnya.Perut Nia mendendangkan lagu Mher Zain meminta untuk diisi.Tanpa segan-silu Nia berkata pada sepupunya”Naufal,kau tidak lapar ka?”Walaupun emak Minah membekalkan mereka pisang goreng,namun bagi Nia yang sememangnya mempunyai penyakit gastrik lebih memerlukan nasi berbanding kuih saat itu.(bayangkan dari pagi makan roti canai,mahu tunggu flight seterusnya(5.50 petang)memang menempah bahana sakit gastrik tu.-kalau ikut waktu yang flihgt salah jam 2.30 petang tu boleh tahan lagi la-)~redha..

~JaLan-JaLan taWaF kLiA cari MaKan~
Selepas kosar jama’ taqdim solat ZOHOR dan ASAR,Nia dan Naufal pun jalan-jalan tawaf KLIA cari makan..sebaik sahaja nampak gambar PAK BADUT,Nia terlebih dahulu berkata,”Naufal,maaf tau Nia tidak makan KFC N Mac Donald..umi Nia tidak bagi sebab syubhah dan banyak lagi alasan-alasan yang tertentu,harap Naufal faham(Naufal memang sudah agak pun,namun dia memang suka menyakat sepupunya yang sangat mudah panik ,walaupun suka sangat berlagak tegas dan suka bergantung pada diri sendiri tu.Dia tahu sepupunya yang memang dikenali dengan berlatarbelakangkan keluarga yang terdiri daripada ayahnya seorang USTAZ dan uminya seorang USTAZAH cukup membuktikan Nia telah diberikan didikan agama yang penuh dari kecil lagi.Sedangkan dia sendiri walaupun bersaudara,bukan mudah berurusan dengan Nia walaupun satu kelas sejak sekolah lagi.Mereka berurusan pun hanya dalam perkara yang penting sahaja,disebabkan mereka berjauhan dari keluarga,ibu bapa mereka seringkali berpesan agar sentiasa tolong antara satu sama lain.Lagi-lagi si Nia ni tidak padan dengan badan kecil tapi aktif bukan main lagi di medan dakwah.(aktif memang tidak salah,memang Naufal sokong juga sepupu Naufal sorang tu,masalahnya,Nia tu kalau sudah terlalu penat,erm jawabnya =P+E+N+G+S+A+N=pengsanla..(mengimbau tatkala kenangan time KEM BINA TAQWA-semasa form 4-kebetulan satu kumpulan dengan Nia..bukan main tekejut lagi kami satu kumpulan”NIA PENGSAN SEMASA BERDIRI!!!”-mana tidaknya masa kem tu,lepas solat zohor(12.30)suda kosar dan jama’ taqdim ZOHOR dengan ASAR,selepas itu KEMBARA-masuk hutan..pelbagai rintangan dilalui penat sangat memenatkan,keluar hutan maghrib mahu masuk isyak(dua solat ni pun kami jama’ takhhir waktu isyak-sebab sampai dekat tapak perkemahan suda masuk isyak,selepas tu ditakdirkan kumpulan kami memasak(memasak untuk semua orang tu,siap angkat air dari sungai,lepas masak pula,ada lakonan drama,ditakdirkan pula si Nia tu bawa 2 watak-kalo tidak silap belakon jadi sepupu dan isteri aku kali~lupa la,lama sudah~,lepas ja berlakon kena marah dan komen pula oleh juri-juri hakim(sudah la masa tu hujan,ada pula orang histeria)tiba-tiba si Nia ni pula pengsan,ingatkan kena histeria(tapi ustaz tengok,”ustaz Nik cakap Nia ni terlampau penat ja,jadi Nia pun kena bawa depan pondok guru-guru yang terletak berdekatan khemah putra dan putri.Lagi yang mengejutkan semangat budak Nia ni time qiamullail pun dia bangun,ahli muslimat yang lain suruh berehat tapi ditolaknya mentah-mentah..Bukan itu sahaja,Nia la penyumbang markah buat kumpulan kami selain si Mohd Saril,mana tidaknya,selepas waktu Subuh Nia sampaikan tazkirah SUBUH dalam bahasa Bajau..tidak padan dengan diri baru pengsan,habis kami semua ketawa dengan bahasa Bajau yang suka suki Nia goreng pagi SUBUH tu..Alamak,jauh pula aku ni berangan,ni la padah kalau buka hikayat si Nia ni sampai malam pun tidak sudah cerita dia..
“Nia,dun worry la Tuan Puteri Indera Kayangan Tuaran,hamba pun lapar nasi juga ni,hamba faham dan sedia berkhidmat untuk Tuan Puteri,nanti hamba dimarahi oleh Ayahanda,Bonda dan Putera Raja Jejaka Idaman Tuan Puteri tu”.Amboi,suka-suki tuan Hamba ja mengenakan Beta ya..(Nia tahu,sepupunya itu cuba menenagkannya setelah pelbagai ujian yang melanda).
“Naufal mahu makan apa?Erm,Nia mahu Nasi Ayam ja.” “Nia ni selalu ikut-ikut apa Naufal mahu makan la” “Cea,dia yang ikut orang!” “Oklah Nasi Ayam 2 ya kak”.
Alhamdulillah~bila kenyang perut,hati pun suka~
Tibalah saat yang dinanti-nantikan di pintu gate A.Subhanallah,banyaknya tempat kosong,ni yang best ni.(Ni la hikmah tidak dapat flight yang mula2 tu kali)apa lagi Nia ambik 3 seat sebelah kanan,Naufal pula ambik 3 seat juga sebelah kiri.
Disebabkan banyak tenaga digunakan pada hari itu(awal pagi tu sebelum kena hantar pergi KLIA,sempat lagi rupanya si Nia ni main basikal pergi Taman Bunga,Main Badminton,sebam robik dan macam-macam lagi..huhu siap tambah nangis lagi kesimpulannya=T+I+D+U+R+=TIDUR!!
“Nia,Nia”,tergeleng-geleng kepala Naufal melihat gelagat sepupunya si Nia ni..lucu sangat.(cea,kontrol gaya belakon tidak tidur,tapi ni Naufallah,mana boleh tipu..lucu,lucu...haru betul=boleh-boleh nasi sudah tergolek jatuh bawah kerusi pun tidak sedar,ni memang kes tidur tidak ingat dunia si Nia ni..isy3x!!kesian la pula=siap minta bantal kat abang pramugara tu...hebat2x!!)
~Negeri Sabah Tercinta~
Tepat jam 8.20 malam
Alhamdulillah,akhirnya kita selamat juga tiba di Sabah..”Naufal,Nia rasa seolah-olah mahu menjerit dan melompat-lompatla,” “Isy Nia ni,mula la tu perangai kanak-kanak ribena dia mahu keluar..hoho~sabar ja la(tidak padan dengan umur 20 tahun mahasiswi AL-QURAN &AS-SUNNAH betul la si Nia ni.(mengenali sepupunya dengan rapat membuktikan sepupunya ni bukanlah kera sumbang dan sombong,malah “happy go lucky memanjang ja”,kalau dulu sewaktu Nia baru pindah e sekolahnya,semua orang takut sebab melihat penampilan Nia yang seolah-olah sangat syadid,biarpun saudara,dirinya sendiri pun tidak berani tegur-itulah kelebihan Nia,Si Mawar Berduri,Bungan Di Taman Larangan-kalau dekat kolej,Naufal juga la jadi mangsa para peminat si Nia ni,siap ada yang jeles dengan kami-dun wory la Naufal sudah berpunya dan Si Nia tu=ayat power dia:Nia akan terima cinta dari lelaki yang hanya bergelar suami Nia sahaja!!cakap kat peminat Nia tu kalau suda jodoh,tidak akan ke mana,suruhlah dia berdoa banyak!!muktamad,nokta!)Naufal minta maafla ya bagi pihak sepupu Naufal tu..Si Nia tu dalam kelembutan ada ketegasan.Sedangkan kami saudara pun dia letakkan tembok agama bagi pemisah inikan pula yang bukan ada pertalian dengan dia..harap faham la ya..
~Pemeriksaan Imegrisen~
“Assalamualaikum cik adik,selamat datang ke Sabah.Erm adik ni memang orang Sabah ka?”Ni la ayat paling Nia tidak gemar! “Ya,saya memang anak jati SABAH=bapa dan emak saya orang BAJAU”,dengan dialek Sabah yang sengaja dipekatkan Nia menjawab.Naufal hanya tersenyum,dia suda agak si Nia pasti akan menyinga kalau orang pertikaikan dia bukan orang SABAH(erm,memang lumrah kalau di Sabah ni,kalau perempuan pakai tudung labuh ja selalunya dari semenanjung,tambahan pula rupa paras Nia menggambarkan muka orang SELANGOR!!tidak menggambarkan rupa paras orang SABAH!!hehe..dalam hati ja la Naufal berkata-kata,kalau terus terang dengan si Nia ni,tidak pasal-pasal dengar ceramah free!!hoho~

CuTi SeM 4- MaCam-MaCaM ada~(^_^) part 1

~CUTI SEM 4~


Tatkala exam tiba selalunya jatuh pada tanggal tarikh keramat 22/2.....(sem 1& sem 4)
-22/2/2009=exam ulum quran 1
-22/2/2011=exam takhrij hadis.


Nia sering redha dengan ketentuan dari ILAHI..Nia yang seringkali menyambut ulang tahun kelahirannya sering kali terasa dek hujung ulu hempedunya..terkenang saat meraihkan ulang kelahirannya bersama keluarga yang tercinta^_^

Peperangan di medan exam ditempuhi dengan bertawakal kepada ALLAH..Nia berserah pada ALLAH setelah berusaha..Nia sedar,usahanya yang tidak seberapa tidak menjamin untuknya mempertahankan gelaran PELAJAR ANUGERAH DEKAN melainkan dengan bantuan ALLAH..^_*..Nia seringkali memohon doa kepada Ilahi...


Nia memang tidak dinafikan seorang gadis yang sangat "hyperactive" di dalam kelas..bunyi suaranya juga sering kali menjadi hiburan buat sahabat-sahabatnya..erm,tapi kalau kaum adam masuk dalam kelas,automatik suara dikontrol(kadang terlepas juga)..baginya kalau dalam kelas semasa sesi pembelajaran,memang tidak salah untuk mengemukakan pendapat.Maka,Nialah salah seorang mahasiswi yang paling lantang mengajukan soalan..Nia tidak mahu menjadi seorang yang sangat pendiam dan malu-maku sewaktu dalam kelas(padahal dibolehkan dalam Islam untuk bersuara bagi berkongsi pendapat) tetapi apabila di luar dia yang melalak tidak tentu pasal dan tidak tahu malu-nauzubillahiminzalik-

Semua sahabat Nia menumpuhkan sepenuhnya pada ulang-kaji bagi persediaan exam..Namun,bagi Nia,exam bukanlah segala-galanya..Nia lebih gemar mengajar orang,lepak kat libry dan beriktikaf dalam Masjid...


~Tibala masa yang ditunggu-tunggu tarikh 26/2/2011..masa untuk penerbangan balik ke Sabah~
Nia sangat gembira bertemankan sepupunya merangkap 'bodyguard yang diamanahkan ibu bapanya untuk temankan Nia(memandangkan mereka 1 kos belajar di kolej yang sama"-Naufal Mustaqim-

"Nia Az-Zahrah!!!"laungan sahabat karibnya Nor Ifa memanggilnya."Nia janganla bersedih hati,Insya-ALLAH,ujian ni dari ALLAH,maka mohonlah pertolongan dari ALLAH.."Ifa sedaya upaya memujuk sahabatnya itu yang dari luaran memang sangat dikagumi semua orang akan ketegasannya,namun bagi yang mengenali dirinya,Nia tidak dapat menipu sahabat-sahabat karib serta sepupunya,Naufal akan kelemahan dirinya iaitu sangat sensitif,lembut dan sangat mudah mengalirkan cucuran mutiara dari kelopak matanya yang redup itu.

Naufal pantas memujuk sepupunya itu,"Nia janganlah bersedih hati,Naufal tidak pernah salahkan Nia dalam masalah silap masa flight mahu balik Sabah ni.Naufal tahu Nia rasa bersalah kan.Semua ni di luar jangkaan kita Nia.Pihak tajaan biasiswa kita mungkin tersalah bagi maklumat pada Nia tempoh hari.Nia,sabar ya,biar Naufal yang urus dengan pegawai MAS tu.."Lalu Naufal menyuruh Ifa dan Mina yang menghantar mereka ke KLIA bagi menenangkan Nia..

Cinta datang pada Iman

Tangannya tidak henti menarik rumput di tepinya. Melepaskan gelora di jiwa, menahan air mata yang berdosa itu menitis lagi. Imannya meronta-ronta kerana kalah pada nafsu yang yang tengah bersorak gembira.

"Maafkan aku wahai iman," Nurul Iman bermonolog sendirian.

Tidak dapat diseka lagi air mata jernih itu jatuh. Iman diselubungi rasa bersalah yang teramat sangat dalam dirinya. Ya, sebelum ini bukannya dia tidak tahu tapi kehendak nafsu itu lebih diutamakan. Itulah Nurul Iman pelajar Tahun satu dalam bidang Syariah dan Bahasa Arab. Seorang pelajar yang hebat berkata di pentas perjuangan. Dia juga barisan kepimpinan dakwah di situ. Hebatnya Iman dalam perjuangan memberi suntikan semangat kepada akhawat yang lain.

Tetapi Iman tewas pada satu persada yang lain. Air mata Iman jatuh lagi mengenangkan kebodohan diri sendiri. Mengenangkan kembali saat perkenalan dengan seorang lelaki sewaktu Iman menjalani kem Perkasa Diri selepas SPM. Ketika itu, Iman hanyalah perempuan biasa yang baru mengenali erti kehidupan di luar sana. Di kem itu banyak mengajar Iman ketika berjauhan dengan keluarga.

Kenalnya Iman pada lelaki itu kerana dia merupakan peserta aktif dalam dakwah di situ. Memang lelaki itu baik, mana tidaknya dialah imam di surau, dialah mengetuai majlis ta'lim, dialah yang menganjurkan aktiviti-aktiviti di surau untuk menarik hati peserta untuk ke surau. Hati Iman terjentik pada kebaikan yang dia lakukan.

"Siapa nama awak?", dia mula bertanyakan Iman ketika dalam satu aktiviti kumpulan. Iman hanya menghulurkan sebuah buku pada dia yang tertulis namanya di situ.

"Nama awak seperti awak", dia memulakan bicara. Iman hanya tersenyum ketika itu.

"Nama saya Hafiz Ad-Din, panggil saje Hafiz. Awak memang tak banyak bercakap ker?"

"Bukanlah, saya memang macam ni, saya tak kenal awak, buat ape saya nak cakap dengan awak." Iman berkata jujur. Memang Iman begitu, hanya bercakap apabila perlu sahaja. Tetapi apabila Iman bersuara, semuanya kaku mendengar bicaranya.

Pada saat itulah Iman mula mengenali insan bernama Hafiz. Iman mungkin menganggap dia sebagai sahabat, tapi Hafiz cuba mencuri hati Iman. Hafiz tahu sukarnya dia mendekati insan yang bernama Nurul Iman.

Ketika hari terakhir di kem itu, Iman mula merasai niat Hafiz pada dirinya. Iman mula merasa serba salah tentang perasaan itu. Dia sendiri pun tidak memahami perasaan hatinya ketika itu. Iman menulis sepucuk surat pada Hafiz. Dalam surat itu pena Iman menulis..

Salam sahabat,

Jodoh itu satu ketentuan dari Ilahi,

Usahlah awak bimbang dengan ketentuan itu,

Andainya saya milik awak, saya tetap milik awak suatu hari nanti,

Tapi andainya saya bukan untuk awak..

Ingat, ketentuan Allah itu terselit sejuta hikmah,

Yang lebih baik itu sedang menanti awak..

Syukran atas persahabatan ini =)

~Nurul Iman Abd Majid~

Iman menghulurkan surat itu pada dia dengan seribu harapan yang tercipta agar dia mengerti isi hatinya.

''Terima kasih, jaga diri baik-baik. Kalau rindu, tengok bulan," Hafiz hanya melihat wajah lembut Iman. Baginya Iman adalah segalanya. Dia tekad mahu menjadikan Iman zaujahnya satu hari nanti.

Iman tidak mampu berkata-kata. Iman tidak faham akan perasaannya. Adakah hatinya sudah mencintai dia.........

Sekarang sudah dua tahun dia mengenali haffiz. Walaupun masing-masing berada di jalan juang yang berbeza tetapi Iman dan Haffiz kerap berhubungan melalui telefon. Iman mula menerima cinta Haffiz dengan harapan dialah zaujun dia suatu hari nanti. Iman bukan tidak tahu cinta sebelum nikah ini lebih lebih menjerumuskan kepada zina. Itulah Iman, sentiasa kalah pada mujahadah nafsu.

Kadang-kadang dia cuba mengelak dari menjawab panggilan dan SMS daripada Haffiz. Iman juga cuba terangkan kepada Haffiz perhubungan yang disyariatkan dalam Islam. Iman kaku kerana dia tahu dia banyak melukakan hati Haffiz secara tidak langsung.

"Seorang lelaki yang baik, dia tidak akan membiarkan orang yang dicintai itu bersama-sama melakukan dosa". Iman terpaku mendengar ceramah ''Manisnya Cinta selepas Nikah".

Jikalau benar Haffiz itu mencintai dirinya, kenapa dia tidak pernah terfikir perhubungan seperti ini akan banyak mengundang dosa. Iman tidak mahu baitul muslim yang dibina atas perhubungan yang tidak diredhai.

Iman tidak pernah putus berdoa andainya Haffiz itu terbaik untuk dirinya dunia dan akhirat, Iman memohon petunjuk daripada Allah. Tetapi seandainya dia bukan jodohnya, Iman memohon agar Allah memberi petunjuk untuk menjauhkan diri dari dia tanpa melukakan hatinya.

Cinta Memakan Hati Iman

Jam menunjukkan tepat pukul 1.30 pagi. Hidup sebagai pelajar siswazah memang tidak lari dari tugasan-tugasan yang melambak. Iman nekad pada dirinya, perjuangan dalam menuntut ilmu itu adalah satu jihad. Sebab itu Iman mampu menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan pada waktunya walaupun begitu banyak amanah yang terpikul di bahunya. Iman memang bijak meletakkan kewajipan pada tempatnya. Iman tidak mahu orang berkata, orang itu hebat dalam berdakwah, tapi dalam kelas pun tidur.

Mata Iman sudah mula mengantuk, dia menutup laptopnya dan mengemas semua buku-buku sebelum tidur. Iman ke tandas untuk menggosok gigi dan mengambil wudhu'. Sekembalinya dia ke bilik, dia melihat skrin handpnone menyala. Dia melihat satu panggilan tidak dijawab.

Iman pelik kenapa dia menelefon pada waktu begini. Hati Iman mula sedih, kenapa dia tegar menelefon pada waktu sebegini. Iman memandang jam hampir pukul 2 pagi. Iman mula merasakan hatinya semakin jauh. Iman cuba menjaga perhubungan itu tetapi kenapa dia langsung tidak mengerti.. aduhai awak..

Bunyi jam loceng mengejutkan Iman. Iman bangun untuk menunaikan solat malam. Hatinya lebih tenang. Memang benar, bila mengingati Allah hati kita menjadi tenang. Disaat itu Iman mengadu segala masalah kepada Sang Pencipta. Iman menangis semahunya ketika dahi bertemu sejadah cinta.

Iman bersiap untuk ke kuliah seperti biasa. Iman kelihatan bersemangat hari itu. Jam menunjukkan pukul 7.20pagi. Iman mengambil sekeping roti yang disapu dengan jem sebagai pengalas perut. Tiba-tiba handphone Iman berbunyi. Melihat di skrin telefon itu "Haffiz is calling....."

Iman menjawab panggilan telefon itu.

"assalamualaikum Iman, apa khabar? Ada satu perkara saya nak bagitahu awak.." Haffiz memulakan bicara.

"waalaikumussalam, Alhamdulillah, saya ok jer. Hmm..ada ape? Maaf, semalam saya dah tido," Iman menjawab dengan bersahaja. Dalam hatinya memohon istighfar kerana menipu pada waktu itu.

"maaf mengganggu awak, saya nak bagitau awak yang saya tak boleh tidur semalam. Saya sakit, saya takut. Saya nak mintak maaf kat awak." Kedengaran suara Haffiz yang seperti tersedu sedan.

"syafakallah, ye ke..maafkan saya. Saya tak tahu. Tapi kenapa nak mintak maaf kat saya?"

"saya bersalah kat awak. Saya tipu awak sebab saya terlalu sayangkan awak. Saya berhubungan dengan orang lain. Saya tak tahu kenapa saya terima dia dulu sedangkan saya dah ada awak. Saya takut saya mati nanti saya tak sempat nak mintak maaf kat awak."

Hati Iman mula meronta-ronta.. hatinya bagaikan dicarik-carik. Iman tidak akan menitiskan air mata dihadapan lelaki.

"Iman, saya sayangkan awak. Saya mengimpikan awak menjadi zaujah saya satu hari nanti. Sebab tu saya taknak bagitahu awak..tapi saya tahu awak tak suka kan saya. Saya budak jahat.. tak sesuai dengan orang baik macam awak."

"saya tak tahu nak cakap apa lagi, semua dah terjawab. Terima kasih untuk semuanya. Saya harap awak menjaga hubungan awak dengan dia."

"Mesti awak tak sedih, sebab awak memang tak sayangkan saya. Saya terima semua tu. Tapi saya nak awak tahu saya tetap mengharapkan awak".

Hati Iman berkata, "saya dah mula sayangkan awak......"

Iman tidak tahan lagi, dia berlari ke tandas, tumpasnya air mata seorang mujahidah kerana seorang lelaki.......... Iman tewas.

"Iman, jangan biarkan air mata tu menitis lagi." Solehah menyapa Iman dari belakang mengejutkan Iman dari lamunan di tepi padang. Memang sudah lama Iman berada di situ. Seusai solat Asar di masjid tadi, Iman terus turun ke padang. Tempatnya mencari ilham sumber kekuatan diri.

"Solehah, Iman rasa berdosa sangat, Iman tewas..Iman tewas.. tewas pada nafsu sendiri. Kenapa Iman boleh menangis kerana seorang lelaki. Teruk lagi, Iman ditipu lelaki. Iman bodoh sangat.."

"Iman, muslimah yang sejati takkan sekali-kali mengalah. Ini tarbiyah dari Allah untuk Iman. Masa nie lah Iman dapat memperbaiki diri dengan memandang masa lampau itu sebagai tiket untuk Iman berubah."

Solehah sahabat Iman sejak mereka asasi lagi. Segala masalah mereka berkongsi bersama. Sebelum ini Solehah selalu menasihatkan Iman meninggalkan Haffiz. Tapi Iman meyakinkan Solehah yang dia mampu menjaga perhubungan itu. Hebatnya persahabatan mereka. Solehah tidak pernah meninggalkan Iman walaupun dia tahu kemenangan pada pihaknya. Bahkan Solehah turut menyelami kesedihan yang Iman rasa.

"terima kasih awak sebab jadi sahabat saya," Iman memeluk Solehah tanda dia terlalu menyayangi sahabatnya seikhlas hati.

Hati Iman berasa sangat bersyukur kerana disebalik hikmah kejadian yang berlaku, rupanya itulah jawapan untuk doanya selama ini. Jawapan yang Allah berikan itu, banyak mengubah Iman. Subhanallah, percaturan Allah memang hebat!! Iman sujud syukur atas hikmat tarbiyah yang diterima.

Iman meneruskan perjuangannya

"Asif, ana tidak setuju kalau enta buat keputusan untuk menggunakan peraturan mengenakan denda kepada mereka yang tidak bertudung labuh." Iman tegas bersuara dalam mesyuarat pimpinan dakwah. Keadaan kolej mereka yang semakin lama semakin teruk permasalahan sosial disitu. Masalah ini meyebabkan semua orang memandang kepada pimpinan dakwah untuk mencari punca penyelesaian.

"Kalo begitu apa yang jalan yang terbaik enti fikirkan?" soal Mujahid kepada Iman setelah pandangannya ditolak mentah-mentah oleh Iman.

Siapa tidak kenal Mujahid di Kolej itu. Memegang taklifan sebagai presiden dakwah dan seorang dalam ilmu agamanya. Kalo dalam mesyuarat, Iman dan Mujahid sering sahaja berbeza pendapat. Apa tidaknya Mujahid sering menggunakan kekerasan menyebabkan Iman kurang setuju dengan Mujahid.

"Ana cadangkan kita membuat liqo' kubro bersama semua nuqaba' sebab bagi ana usrah itu memainkan peranan yang amat penting dalam masalah ini. cuba enta lihat, usrah di sini semakin hambar. Ramai yang tidak melaksanakan usrah. Jadi, ana nak kita perkasakan usrah semula. Tarbiyah perlu ditanam dalam diri setiap nuqaba'." Iman memandang setiap pimpinan dengan harapan mereka memahami.

Maisarah mengangkat tangan untuk memberi pendapat. Mujahid hanya mengangguk untuk membenarkan Maisarah bersuara.

" Ana lihat sekarang kita hanya memikirkan dakwah umum sahaja. Banyak program yang kita laksanakan sebelum ini, Nampak besar tapi tidak memberi tarbiyah yang khusus pada nuqaba' sendiri. Lagipun kita hanya melaksanakan program-program tradisi yang mana senior-senior kita lakukan. Apa kata sekarang kita perkukuhkan tarbiyah pada nuqaba' sahaja. Maksud ana kita melaksanakan program-program yang biasa sahaja tetapi berterusan dan istiqamah. "

"Betul tu, kita menjadikan program yang biasa itu luar biasa," Iman mencelah.

Hampir dua jam mereka bermesyuarat. Memikirkan masalah ummat memang memerlukan yang lama untuk mencari jalan penyelesaiannya. Sebab itu Islam menganjurkan syura. Syura itu sunnah dan banyak barakah yang terkandung di dalamnya tetapi seadainya disalahgunakan ia boleh mengundang dosa.

"Kak Iman memang hebat memberi idea, kami pun nak jadi macam akak," Anis bersuara sewaktu pulang bersama-sama.

"akak tak hebat, akak banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki. Dalam perjuangan ini, kita harus kental dan kuat. Muslimah ada hak untuk bersuara tetapi ada batas-batasnya. Akak nak jadi seperti Khaulah Al-Azwar yang hebat pergi berperang bersama-sama sahabat Rasulullah." Iman menarik nafas mengenangkan dosa-dosa yang menyelimuti dirinya.

Hati Iman berbicara, "wahai adik-adikku, akak pernah tewas.."

Masa terus berlalu. Iman semakin matang dalam hidupnya. Meniti hidup ini perlu berhati-hati kerana kita tidak tahu apa rencana Allah kepada kita. Rencana untuk menguji hambaNya.

Setelah selesai solat zohor di masjid, Iman mendengar ta'lim daripada iman solat zohor tadi. Sejuk hati mendengar ta'lim berkenaan kepentingan solat berjemaah di masjid. Banyak fadhilatnya bagi mereka yang berjemaah. Sesuangguhnya semua ini adalah hidayah dari Allah. Iman bersyukur dengan hidayah Allah kurniakan kepada dia selama hari ini.

Iman mengenali suara yang memberi ta'lim hari itu. Siapa lagi kalau bukan Mujahid Al Firdaus. Di dalam kelas, mereka tidak pernah bersuara melainkan dalam mesyuarat sahaja kerana masing-masing memegang taklifan. Itulah Mujahid, berbeza di dalam kelas dan di dalam mesyuarat. Di dalam kelas Mujahid banyak berdiam diri dan menghabiskan masanya dengan membaca buku dan melayari internet.. Iman tidak nafikan kehebatan Mujahid... Dia memang hebat..

"Kalo jodoh Iman dengan Mujahid macam mana?" soal Solehah ketika kami selesai menunaikan solat Dhuha bersama.

"Ish, mana ada Solehah. Nie mesti tepengaruh dengan gossip liar kan. Saya mana layak Solehah. Awak pun tahun saya ni bukan perempuan baik."

"Iman, jodoh itu ketentuan Allah. Mungkin Iman tidak dengan dia tapi Allah menggantikan Mujahid untuk awak yang jauh lebih baik." Solehah tersenyum melihat wajah lembut Iman. Muslimah ini terlalu istimewa di mata Solehah. Kelembutan wajahnya memang menggambarkan kelembutan hatinya. Solehah amat mengenali isi hati sahabatnya itu.

"Dah Solehah. Saya serahkan jodoh saya seratus peratus pada Ilahi. Ikhlas saya cakap, hati saya dah tertutup untuk mana-mana lelaki." Iman menegaskan pendiriannya. Dia merasakan dirinya terlalu kotor mengenangkan dosa-dosa yang lampau.

Iman berdoa agar Allah tidak menguji hatinya lagi. Dia mengakui kehebatan mujahid tetapi mujahid belum dapat memenangi hati Iman. Iman bersyukur kerana Allah memegang hatinya. Bagi Iman cinta Ilahi itu cinta adalah segala-galanya.

Hidup Iman di kampus banyak dihabiskan dengan belajar, usrah dan persatuan. Di hujung minggu pula masa Iman terisi dengan daurah-daurah dan program pengisian rohani. Rupanya selama ini hati yang kosong itu dahagakan ilmu dan santapan rohani. Iman tidak pernah mengeluh hidupnya seperti tiada masa untuk berehat. Ya, seorang mujahidah memang tiada masa untuk berpangku tangan. Iman menggelarkan dirinya sebagai Mujahidah Amar Ma'ruf Nahi Munkar. Dia tekad..

Iman sangat takut pada kalam Allah yang menjanjikan kemurkaan yang amat besar bagi mereka yang perkatakan apa yang mereka tidak lakukan. Sebab itu Iman lebih berhati-hati dengan apa yang diperkatakan. Meraih syurga Allah itu terlalu sukar, memerlukan pengorbanan yang lebih. Iman mengimpikan syahidah di jalan Allah...

Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis

Tett..tett.tett... mesej handphone Iman berbunyi..

Salam, awak apa khabar? Saya rindukan awak. Saya tetap menanti awak. Andainya awak mengerti isi hati saya... maafkan saya mengganggu awak..

~Haffiz ad Din~

Iman cepat-cepat memadamkan mesej itu dari Inbox mesejnya. Ya Allah, dugaan apa lagi yang engkau berikan kepada hambaMu ini. Maaf Haffiz, Nurul Iman hari ini bukan seperti Nurul Iman yang awak kenal. Wahai hati, janganlah engkau menyerah diri lagi.

Iman membuka laptopnya. Pada mulanya dia ingin meng 'update' blog kesayangannya. Tapi tiba-tiba moodnya hilang. Dia membuka bacaan surah Al-Imran. Mendengar alunan kalam Allah membuat hatinya tenang.

Malam itu Iman keseorangan, roommate Iman pulang ke kampung. Kadang-kadang Iman cemburu dengan rakan biliknya setiap minggu pulang ke kampung. Apa tidaknya, Negeri Sembilan dengan Selangor tidak ada jauhnya pun. Keluarga Iman di Terengganu. Kalau cuti panjang baru lah Iman pulang ke kampong.

Siapa tidak rindu untuk balik ke kampung. Mengenangkan ayah bonda di kampung membuatkan Iman besemangat nak belajar. Pengorbanan ibu ayahnya tiada tandingnya. Iman bukanlah asal dari keluarga yang senang.Tetapi kesenangan itu tidak menjamin kebahagiaan andai jauh dengan Allah.

"Maaf Iman, itu buku saya,"

"Oh ye ke, maafkan saya. Saya ingat buku untuk dipinjam. Bagus sangat buku ni.terima kasih ea."

"xpe, maafkan saya. Sebenarnya semalam saya tertinggal buku ni di sini." Boleh saya nak buku tu, sebenarnya senior yang punya."

"ok, maafkan saya." Iman menghulurkan buku itu kepada Ameer Mukhlis.

Iman kenal dia disebabkan mereka satu batch. Ameer mukhlis hanya seorang pelajar yang biasa saja. Dia bukan pelajar kos agama tetapi penampilan dia seperti seorang ustaz. Mungkin itu keistimewaan ameer. Ameer pernah bersuara mengatakan pelajar-pelajar kos agama tidak menunjukkan tingkah laku sebagai budak agama. Ya, dia memang berani..

Iman sering mendengar kisah Ameer melalui sahabat-sahabatnya yang tidak berpuas hati dengan dia. Iman memang tidak suka melayan perkara yang remeh-temeh seperti ini. Bagi Iman mungkin benar apa yang diperkatakan oleh Ameer. Iman akui zon selesa yang mereka berada sekarang.

Iman pun hairan melihat sahabat-sahabat kos agamanya yang perwatakan seperti bukan budak-budak kos agama. Diorang sering menggunakan alasan, cara mereka itu adalah untuk mendekati pelajar-pelajar yang bukan kos agama. Tapi Iman hairan, kalau mahu berdakwah sekalipun kenapa perlu sampai hendak pergi solat berjemaah di masjid pun susah.

Lebih mengaibkan budak-budak bukan kos agama yang mengajak mereka. Itu yang Iman kesal dengan sesetengah dengan sahabat mereka.

"Kak Iman, tunggu kejap." Suara Anis memanggil Iman dari belakang.

"Ye Anis, ada apa?" Iman tersenyum melihat Anis yang tercungap-cungap seperti tergesa-gesa.

"Satu kolej anis cari akak, tak jumpa. Rupanya akak di perpustakaan. Akak off handphone ea."

"Ya Allah, ye ke. Maafkan akak. Handphone akak tak de bateri. Kenapa ni Anis?"

"Anis Cuma nak serahkan senarai nama naqib dan naqibah baru. Anis dah taip semula nama, kos dan nombor telefon diorang. Muslimin dan muslimat ada sekali. Jadi, Anis nak mintak akak tolong bagikan yang senarai muslimin kepada akh Mujahid ea. Lagipun akak sekelas dengan dia." Anis tersenyum sinis kepada Iman.

"tak pe, nanti akak bagi kat dia, lagipun lagi setengah jam akak ada kelas.Terima kasih ea Anis." Iman membalas senyuman Anis walaupun dia tahu isi tersirat disebalik senyuman Anis.

Iman meletakkan buku "Siapa Dia Dihatimu" oleh Ust Pahrol. Dia memang penggemar buku Ustaz Pahrol. Bagi Iman, setiap bicara Ustaz Pahrol dalam bukunya seperti berbicara dengan isi hatinya. Iman memang begitu. Sering mengaitkan dengan sesuatu. Iman teringat sewaktu mesyuarat pimpinan dakwah petang tadi. Dia tidak mengerti kenapa hatinya tersentuh ketika nama itu disebut.

"Ana nak maklumkan dua orang bakal naqib terpaksa dibuang kerana mereka tak bersedia untuk menerima amanah ini. Mereka itu ialah Muhammad Muaz dan Ameer Mukhlis. Ana sudah bertemu dengan mereka dan mereka betul-betul tolak sebab mereka rasa mereka belum layak lagi." Mujahid menerangkan kepada pimpinan semua.

Iman hanya terdiam mendengar penerangan Mujahid. Iman hairan kenapa hatinya berubah ketika nama Ameer Mukhlis disebut oleh Mujahid. Cepat-cepat Iman memohon istighfar.

"Iman, jauh termenung.. dah pecah tembok cina tuh.."Farah cuba mengejutkan Iman dari lamunan.

"Astaghfirullah.. lain kali bagilah salam dulu..nasib baik saya ni tak de sakit jantung kronik." Iman menunjukkan muka geram kepada rakan biliknya yang suka mengusik itu.

"Nurul Iman, saya ni roommate awak. Dari tadi saya duduk kat meja saya tuh. Ni mesti tengah mengelamun pasal Mujahid kan..oppss.. terlepas sudah..hahaha." Farah ketawa dan Iman terus mencubit manja pipi sahabatnya itu.

" Yelah, yelah.. taknak buat dah. Bukan mujahid tapi Mak Jah jual kuih kat café tu kan.." farah cuba berdalih walaupun memang dia suka sangat melihat telatah Iman kalau nama Mujahid disebut.

"Ha'ah, rindu kat karipap Mak Jah.." Iman mencebik mulut kepada Farah.

"Maaf wahai Puteri Nurul Iman. Ana mahu pinjam mouse lah. Entah kenapa mouse tiba-tiba tak boleh guna."

"laa ye ke.. kenapa tak habaq dari tadi. Ambil lah dalam beg laptop atas katil tue." Iman menunjukkan beg laptopnya itu.

"Ok, syukran Iman. Luv u bebeh." Farah memeluk Iman sekuat hatinya.

"Yelah, yelah, saya pun sayangkan awak dunia akhirat. Awak roommate yang terbaik!!" Iman membalas pelukan Farah dan mencubit pipi gebu Farah.

Apa kesudahan Iman

Sekarang Iman sudah berada di semester terakhir. Iman sudah bertambah matang dengan usianya yang sudah menjangkau 23 tahun. Iman telah menolak lamaran Mujahid setahun lepas. Bagi Iman jawapan istikharahnya bukan Mujahid tetapi orang lain. Iman tidak pernah memberitahu sesiapa pun tentang isi hatinya.

Hampir dua tahun lebih Iman memendam perasaannya itu. Baginya mencintai dalam diam itu lebih indah dan terjaga. Tetapi bisakah dia mengetahui...

Keyakinan Iman kepada Allah terlalu tinggi kerana baginya Allah itu sentiasa dihatinya dan hanya Allah sahaja yang layak menentukan siapa pemilik cintanya. Setiap kali berdoa, dia sering berdoa, Ya Allah, seandainya Ameer Mukhlis itu terbaik untuk dirinya dan memberi kebaikan di dunia dan di akhirat, Engkau berilah aku petunjukMu.

Tetapi seandainya Ameer Mukhlis itu bukan yang terbaik, tidak memberi sebarang kebaikan di dunia dan diakhirat, Engkau jauhilah hatinya dan hatiku. Engkau jadilah aku redha menerima ketentuanMu..

Iman tahu di usia sebegini, dia perlu memikirkan soal jodoh. Sahabat-sahabatnya juga ramai yang sudah mendirikan baitul muslim. Iman pernah juga bertanyakan sahabat-sahabat tentang Ameer Mukhlis sudah berpunya atau belum. Ramai yang berkata dia sudah berpunya. Iman tidak tahu kenapa perasaan hatinya kepada Ameer Mukhlis begitu kuat sehinggakan langsung tidak pudar perasaannnya walaupun ramai yang berkata sedemikian. Mungkinkah ini kesannya jika mencintai dalam diam. Iman redha andai itu bukan untuk dirinya.

Setelah mengaminkan doa seusai solat dhuha, tiba-tiba handphone Iman berbunyi..

"Assalamualaikum, Iman apa khabar?" Suara Kak Mariam menyapa Iman dalam telefon.

"Waalaikumussalam, Alhamdulillah..baru je baik daripada demam. Akak sihat? Sejak-sejak akak dah berumah tangga nie, jarang dah kita berhubung.." Iman menunjukkan kesedihan pada Kak Mariam yang baru bergelar zaujah kepada Muaz, rakan sekelas Iman.

Kak Mariam seorang muslimat yang berani. Iman yang menjadi orang tengah untuk menyampaikan hasrat kak Mariam kepada Muaz. Walaupun Kak Mariam tua setahun daripada Muaz, tetapi usia tidak menjadi penghalang seperti mana cinta Rasulullah dan Siti Khadijah. Tidak sangka, Muaz juga menaruh harapan kepada kak Mariam. Selama ini mereka hanya memendam rasa. Hikmah daripada Allah itu terlalu indah.

"Alhamdulillah, akak sihat walafiat. Biasalah Iman, bila sudah bergelar isteri. Tanggunggjawab itu besar sangat. Sebagai isteri dan sebagai seorang da'ieah. Tapi Alhamdulillah, zaujun akak satu fikrah dengan akak. Memudahkan misi dakwah kami. Hmm.. akak ada hajat besar untuk Iman ni.." kak Mariam menyatakan hajatnya kepada Iman.

"Iman pun mengharapkan zaujun satu fikrah dengan Iman. Mungkin Allah tahu Iman belum lagi bersedia menjadi zaujah solehah. Sebab tu, Iman belum lagi menemui pemilik cinta untuk menemani sepanjang perjuangan nie. Akak nak bagitahu hajat apa?" Iman meluahkan isi hatinya kepada Kak Mariam.

" Seorang ikhwah ingin khitbah Iman. Dia menyatakan hasratnya kepada zaujun akak. Akak rasa Iman pun kenal dia."

Hati Iman kelu mendengar. Adakah doanya tadi telah terjawab..

"Siapa akak?" Iman ingin mengetahui siapa gerangannya itu.

"Maaf Iman, dia tidak benarkan akak memberitahu siapa dirinya. Tapi dia nak maklumkan kepada Iman yang minggu depan dia akan pergi ke kampung Iman untuk menghantar rombongan meminang." Kak Mariam menjelaskan kepada Iman hasrat ikhwah tersebut.

"Baiklah, Iman terima dia pergi meminang Iman minggu depan." Iman sendiri tidak tahu kenapa dia yakin dengan lamaran itu.

"Iman jangan risau, dia satu fikrah dengan kita. Insya Allah, akak melihat dia sesuai dengan Iman."

"Insya Allah akak. Iman mengharapkan begitu juga." Hati Iman masih lagi tertanya-tanya siapa dirinya. Mungkinkah.....

- Artikel Iluvislam.com

Wednesday, March 23, 2011

Pinanglah Daku Kerana Dakwah - Best Giler!

2

Perkahwinan Atau Baitul Muslim (BM) merupakan satu urusan besar.

Saya katakan, ianya URUSAN AMAT BESAR.

Saya tanya pada kamu, susah tak nak bina individu muslim?

Susahkan....?

Apatah lagi sebuah baitul dakwah (rumah dakwah). Ianya bukan sekadar sebuah akad nikah. Ianya adalah satu wasilah untuk urusan lebih besar dari itu. maka bersedialah dan berfikirlah sewajarnya akan hal ini. Berbicara tentang perkara ini amat berbeza sekali fenomenanya dikalangan ikhwah dan akhawat sendiri.

Berbual dengan suami saya sendiri mengenalkan saya akan kepelbagaian sikap-sikap ikhwah (rakan-rakan seperjuangan) mahupun saya sendiri mengenali banyak kisah-kisah akhawat yang ada.

Lain orang, lain ragam dan ceritanya.

Sebelum melangkah, mengambil keputusan dan memasang niat, jadilah perjalanan antum menuju anak tangga seterusnya, perjalanan yang terbaik sekali dari awal, sehinggalah pengakhirnya.

Di situ ada barakah, di situ ada kemanisan, di situ ada sebuah cerita yang layak diabadikan untuk dijadikan contoh buat anak-anak kita nanti. Kisah kita takkan sama dengan kisah ibu bapa kita dahulu.

Dakwah di zaman ini berbeza. Sikapnya pun berbeza. Maka penjagaannya begitu juga.

Sikap ikwah dalam menjaga ikhtilat (perhubungan lelaki dan perempuan) ini berbeza sekali. Ada yang sangat menjaga hingga tak memandang perempuan pun (ehem ehem), sehinggalah yang suka memandang akhawat untuk mencari calon pasangannya. Ada yang mahu menunggu hingga umur 30 tahun, mencukupkan keperluan serba serbi barulah nak dibina mahligai rumah tangga ini. Ada yang sedari belasan tahun sudah decide untuk bertunang demi berumah tangga.

Begitu juga naluri seorang akhawat berbeza sekali. Ada juga yang dah bersedia awal. Ada yang belum lagi. Dan saya nampak indahnya ikhwah akhawat ini kerana mereka tak memilih couple sebagai jalan penyelesaian dalam menyelamatkan perasaan. Mereka tetap memilih akad demi menyelamatkan perasaan mereka.

Banyak orang banyak kisahnya. Banyak contoh boleh didapati. Ada yang memberi contoh terbaik. Ada yang amat menjaga segala proses BMnya sehingga semua terkejut saat dia mengumumkan tarikh pernikahannya. Ada juga yang sedikit longgar dalam urusan BMnya. Contact tanpa orang tengah dan sebagainya. Antum lihat, dan tanyalah hati antum apa yang terbaik mahu antum ikuti.

Kerana antum akan menjadi contoh pada anak binaan antum dan anak-anak antum sendiri. Jika antum sendiri longgar, maka longgarlah anak binaan antum. Begitu juga anak-anak antum. Namun jika kita benar menjaga langkah-langkah kita semenjak awal, hingga akhirnya, itu akan menjadi contoh pada anak binaan kita.

Bukan itu sahaja, bagaimana penjagaan hati anda dengan Allah? Takkah anda malu cintamu pada Allah telah tercemar? Sebab ada juga yang bertunang lama, dan akhirnya membuka ruang untuk diri mereka bercouple tanpa disedari, bercinta tanpa sah. Ini adalah suatu virus yang akan melemahkan jiwa seorang akhi dan juga ukhti.

Melamar secara direct

Ada juga akhwat yang melamar ikhwah secara direct. Walaupun paling ramainya adalah ikhwah sendiri. Ada yang secara sms mahupun email. Saya tersenyum terkadang menerima berita ini. Dan terkadang saya berfikir, takkan naqib ikhwah tersebut ataupun ikhwah lain tak memberikan contoh kepada ikhwah tersebut bahawa; sebelum melamar, rujuk dahulu naqibah akhawat tersebut.

Itu lebih gentleman, dan sejahtera untuk hati ikhwah dan akhawat tersebut.

Akhwat rasa sangat offended bila ikhwah melamar tanpa adanya kehadiran orang tengah. Walau beremel, biarlah ada orang tengah. Jika bersms, biarlah ada orang tengah mengetahuinya.

Suka itu penting dalam berbaitul Muslim, walaupun itu bukan satu syarat kerana perasaan itu boleh dibina. Ada yang dah berkenalan terlebih dahulu, ada mengenali lewat program ataupun emel.

Namun untuk memilih calon isteri itu, bukanlah memberi ruang untuk mata kita meliar mencari siapakah calon isteri kita.

Kerana kita berkahwin sendiri untuk menjaga hati kita. Agak ironi dan pelik, jika sebelum kahwin sendiri kita sudah tidak menjaga hati kita dan membenarkan syaitan-syaitan memasuki ruang hati kita.

Kerana itu, walaupun tidaklah semua cerita Baitul Muslim ini indah, namun pada kebanyakannya, jika proses itu dimulakan dengan perbincangan bersama nuqaba, outcomenya pasti indah samada positif mahupun negatif.

Kebanyakan akhwat yang merujuk saya apabila ada ikhwah melamar secara direct, outcomenya pasti sedikit mengecewakan ikhwah tersebut. Samada ditolak bulat-bulat, mahupun akan berlaku masalah di perjalanan.

Indahnya apabila dakwah menjadi sandaran kita.

Ada kata-kata dikalangan ikhwah yang mengatakan bahawa, kalau kahwin dengan akhawat ini, confirm settle agama. So, sekarang kita kena carilah yang comel dan cantik pula.

Saya tergelak juga menerima kenyataan ini, sebab memang sisters sendiri beranggapan begitu. Ada kata-kata mengatakan:

' asalkan ikhwah sudah! tak kisahlah siapa pun dia!!'

Niat untuk kahwin sesama ikhwah akhawat itu sangat bagus. Dan itulah yang lebih utama. Tapi berkahwin ini melibatkan dua pasangan yang ada hati dan perasaan . Bukan nak kahwin dengan benda. Di situ ada nilai-nilai manusiawi. Manusia ada kelemahan - kelemahannya. Tak semua akhwat sama level dalam tarbiyah dan dakwah. Ada yang tak cukup muwasafatnya lagi. Ada yang lebih utama untuk dikahwini lebih dahulu berbanding lain.

Jika kamu letakkan dahulu citarasa diri kamu berbanding dakwah, adakah kamu ini wajar digelar rijal dakwah? Allah akan beri kamu yang terbaik. Jika kamu memilih pasangan kamu kerana Dia.

Sebab itulah nuqaba perlu disantuni dahulu. Ada yang bermasalah dengan nuqaba, maka santunilah orang tengah yang lebih ditsiqahi. Di situ orang tengah akan suba sedaya upaya menjaga ego seorang lelaki mahupun seganya seorang perempuan dalam proses ini. Pengenalan dalam pertunangan berlaku di bwah pandangan mata Allah, bukannya syahwat. Dan insyaallah kamu akan dikurniakan orang yang terbaik buatmu.

Saya tak tahu berapa ramai ikhwah yang baca artikel ini, namun ingin saya katakan pada mereka, pinanglah akhawat (rakan perempuan) kerana dakwah.

Jangan kaburinya dengan perasaan suka mahupun cinta pada sebuah keindahan wanita. Maknanya terkadang terkaburnya niat kita itu menjadikan istikharah kita tak menentu, mahupun kita tergopoh gapah dalam bertindak. Bila kita berkahwin kerana Allah, kita akan menjaga setiap langkah-langkah kita dalam berBM ini termasuk tempoh pertunangan itu sendiri yang banyak mengundang fitnah dalam hati ini.

Tempoh pengenalan sebelum berkahwin itu penting untuk melihat keserasian. Namun berkenalan selepas kahwin itulah terlebih indah serta manis. Setiap saat akan ditunggu demi mempelajari sifat baru pasangan kita.

Jagalah gentlemannya anda dengan tidak bertanya direct pada akhwat. Jangan malu untuk meminta bantuan orang tengah. Anda akan dihormati dan dikagumi oleh mana-mana akhwat pun. Jika mereka menolak, keegoan anda tidak terusik dan anda pasti akan dicarikan akhwat lainnya.

Untuk akhwat, keadaan diri kita berbeza. Satu ekstreme, ramai akhwat sudah meniti senja usia, menantikan pinangan ikwah yang mahu meminangnya kerana dakwah. Mungkin umur sudah beranjak, muka sendiri tak berapa comel. Sangat tangkas pula tu dalam dakwah menyebabkan ikhwah sedikit kecut untuk meminang. kita jelas dalam memilih ikhwah sebagai pasangan hidup kita kerana kita mahukan ketenangan hati dan kestabatan di atas jalan dakwah. Namun bagi ikhwah, keadaan mereka berbeza pula.

Jika ada orang soleh meminangmu, jangan menolak dahulu sebelum bersyura dengan orang yang bertanggungjawab ke atasmu (ini jika pinangan itu direct padamu). Walaupun cara itu salah dan tidak menghormati statusmu sebagai akhawat (rakan perempuan), namun di situ ada nilai ukhuwah yang perlu kita santuni pada ikhwah. Ada tarbiyah yang perlu kita ajarkan pada ikhwah dengan cara yang mudah dia terima tanpa merendahkan egonya.

Dahulu pernah ikhwah mengatakan akhwat kita ibarat warden penjara. Mereka tak tahu kita bertindak sedemikian kerana kita amat menjaga hati kita dengan Allah. Kita tahu kelembutan kita mesti mencairkan hati para ikhwah. Kerana itu kita tak mahu menjadi bahan fitnah.

Namun seluruh fikrah ini mengajarkan kita untuk berlemah lembut dengan manusia dan juga sentiasa mengajari manusia yang silap dengan cara yang terbaik. Maka bersyuralah. itu kuncinya.

Dan nak tahu something? Jika antunna sendiri berkenan untuk berkahwin dengan seorang ikhwah, jangan segan untuk bertanya naqibahmu. Itu bukan perigi mencari timba. itu usaha untuk menyelamatkan hatimu. Bila adanya orang tengah, takkan terasa segan dan malu. Orang tengah akan memainkan peranannya, walaupun prosesnya lambat.

Tidak semua yang melalui BM ini perfect.

Sepertimana orang yang kahwin selepas couple pun ada masalahnya, ada yang bercerai even. Begitu juga dengan BM. BM ini wasilah untuk kita dapat redha Allah, tapi kita pasti diuji. Fasa pengenalan pada awalnya sukar bagi dua insan yang langsung tidak pernah bercakap dan bertentang mata pun, namun disebalik itu ada kemanisan yang amat sukar diungkapkan.

Ianya amat manis, subhanalllah.

Tetapkan matlamatmu. Biar jelas. Biar terang.

Itulah dia kerana dakwah dahulu. Kerana Allah dan rasulNya dahulu.

Tak semua ikhwah perfect dan tak semua akhwat perfect. Carilah kesempurnaan itu betul-betul pada dakwah, baru yang lainnya. Allah akan cukupkan keperluanmu akhi wa ukhti, jika kamu memilih Allah sebelum yang lainnya insyaallah.

Jadilah moderate dalam prosesnya

Alhamdulillah, jika proses BM itu dimudahkan Allah. Berimbanglah. Berbincang itu perlu untuk menetapkan perkara-perkara yang penting di dalam kehidupan rumah tangga. tapi di situ jangan terlalu bermudah-mudahan dan menganggap bahawa tunangan kita itu milik kita dan kita boleh menyintai dia sesuka hati kita. Bila Allah sebagai sandaran, segalanya kelihatan dan dirasai rasional.

- Artikel iluvislam.com

Erm,subhanallah pas baca artikel ni rasa indah kan bercinta selepas kahwin dan berkahwin mengikut cara ISLAM....moga kita dapat mengikutinya satu hari lagi....