Ahlan wasahlan ke taman mawar berduri ^_^ puteri penyejuk_mata umi & baba tercinta..^_*

~ruangan taman mawar berduri yang dipagari dengan iman dan taqwa~

"ruangan taman untuk sang puteri berkongsi madah,pengalaman,cerita,ilmu dan lain-lain lagi"

Friday, April 1, 2016

Bismillahir rohmanir rohim..setelah lama menyepi inshaa ALLAH moga Allah pandu jari menaip ilmu yang bermanfaat


Alhamdulillah3x..
Maka nikmat tuhanmu mana lagi yang engkau ingin dustakan T_______T

Mengimbau kenangan lalu...
Aku digelar "Baby Pink Ukm"
Rentetan aku ditakdirkan lahir ketika Babaku terchenta belajar Sarjana Muda Undang-undang Syariah di UKM
Sejak kecill, aku suka sangat memakai baju pink itu...hingga kini masih segar di ingatanku bahu itu berwarna pink dan bertulisan putih UKM.. (ikut logik sungguh mustahil untuk ingatkan...namun, aku sangat suka baju itu T_T)

Selepas Spm..pernah la juga isi Upu ingin meneruskan pelajaran  ke menara gading dan selitkan UKM...namun belum ada rezeki..
Selepas Diploma Quran Sunnah di KUIS tercinta, mohon ingin meneruskan pelajaran ke UKM dan sangat yakin akan  dapat sebab orang kata pointer 3.7 ke atas in shaa Allah "confirm" dapat..
Namun, takdir suratan tertulis keputusan diplomaku tidak sampai ke Ukm..lalu Usim melamarku walaupun result tidak sampai ke Usim.. T_T
Sedih?? tipu tak sedih..namunn..Allah beri hadiah yang lebih baik dengan memberikan lamaran yang lebih baik iaitu tawaran ke University AL al-Bayt, Jordan..

Alhamdulillah aku Back For Jihad setelah grade dari Jordan dengan memiliki Ijazah Muda Usuluddin dan Falsafah dan Ijazah Quran bersanad torikoh as-Syatibiyyah..

Setibanya aku kembali ke tanah air, rezeki dari ALLAH memberi peluang aku berkhidmat menjadi guru ganti Bahasa Arab di SMK (A) Inanam ,Sabah yang merupakan sekolah lamaku dahulu.
Aku diberi kepercayaan mengajar guru bahasa Arab form1,2 dan 4..

Alhamdulillah3x sangat aku diberi kepercayaan dan peluang untuk berbakti kepada anak bangsaku di Sabah..Aku menjadi guru pengiring form 5 ke Keningau dan bas pelajar puta terbalik, aku menjadi guru latihan MTQ hiwar bahasa arab hingga peringkat negeri, melatih pelajar2x pertandingan2x MTQ, aku dapat anugerah sempena hari guru, anugerah ketika majlis sambutan hari raya Aidil fitri, hari sukan rumah MERAH ^_^ dan lain2x lagii.

Alhamdulillah3x.. setelah 2x Ukm menolak risikan dariku, kali ketiga Ukm sendiri melamarku untuk meneruskan Sarjana dalam Usuluddin dan Falsafah.. Aku terpaksa menolak lamaran UM yang terlebih dahulu telah melamarku T___________T

Sebelum menjejaki Ukm, aku sempat diberikan peluang untuk berbakti di Tadika Tunas Iman, Putatan dan berkesempatan membantu kelas Warithul Qurro' di Sabah dan di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Bangi...

Dan tibalah cerita kisah tarbiyyahku di Bumi Tarbiyyah UKM..
Maafkan daku tidak pernah menukilkan warna-warni tarbiyahku di Bumi Tarbiyah 4 MUSIM 4 MANTIQAHku di Jordan kerna terlalu banyak sehinggakan aku tidak mampu berkongsi suka dan duka itu.. T_T

MASJID UKM
PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG
KOLEJ DATO ONN
 KULIAH FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Semua itu merakamkan 1001 cerita

Kelab Sahabat AQSA
KELAB SAHABAT MASJID
Menjadi wadah medanku berjuang..

Kelas Quran dan Arab (QUBA)
Antara titik muntalaqku di bumi Tarbiyah Ukm

BISMILLAH..........

No comments:

Post a Comment