Ahlan wasahlan ke taman mawar berduri ^_^ puteri penyejuk_mata umi & baba tercinta..^_*

~ruangan taman mawar berduri yang dipagari dengan iman dan taqwa~

"ruangan taman untuk sang puteri berkongsi madah,pengalaman,cerita,ilmu dan lain-lain lagi"

Saturday, June 22, 2013

AL-FATIHAH BUAT TETAMU2 SYURGA ALLAH... UKHTI SUMAIYAH BT ROMLI ....semoga ditempatkan bersama orang2 yang beriman..

~ al-fatihah...innalillahi wa inna ilaihi rojiun... ~
~ buat ukhtiku fillah, walau kita tidak pernah bersua, diri ini sangt terkesan dengan pemergianmu...aku juga ingin menjadi sepertimu begitu gigih dalam mendapatkan keredhoan ALLAH n dalm dnt...walau kita tidak berkesempatan n rezeki bertemu di dunia, semoga kita dapat berukhwahfillah di syurga kelak...~sesungguhnya mati itu bila2 masa sahaja...sangt sentap, jika diri ini dipanggil ALLAH,adakah cukup persediaan dan bekalan untuk bertemuMU ya ALLAH... T_T ....jom kita sama2 persiapkan bekalan n sentiasa ingt ALLAH n kematian....



 SISIPAN KISAH SEMALAM ]

Bismillah..

Pada 13hb jun, kami akhawat Jordan telah menerima kedatangan 2 orang akhawat UK, Nur Ili Dayana binti Mazlan@Masgelan (pelajar Tahun Akhir Sains Aktuari, London Economy of School, penggerak di London) dan Sumaiyah binti Romli (pelajar Tahun 1, Astrofizik, University College London, adik yang baru menyertai gerabak dakwah dan tarbiyah Sept 2012 dan sangat konsisten dalam DnT) dalam rangka berjaulah selama 12 hari ke sini atas hadaf ingin menziarahi akhawat, mencari ibrah di bumi anbiya' dan berukhuwwah sesama ahli jaulah dan akhawat Jordan.

Pada awalnya, jaulah ke tempat tempat bersejarah yang berhampiran dengan Irbid telah diuruskan oleh akhawat. Kemudian pada 20hb dan seterusnya, seperti dirancang, jaulah akan diteruskan ke kawasan selatan Jordan yang jaraknya 6-7jam daripada Irbid menyebabkan akhawat meminta khidmat pelajar Melayu yang sudah biasa menjadi ajen pelancong.

Ahli jaulah mereka seramai 9 orang, 2 kereta. 2 orang akhawat UK menaiki kereta bersama 3 orang lagi pelajar Jordan; seorang pemandu lelaki (pelajar Universiti Yarmuk) dan sepasang suami isteri juga kedua-duanya pelajar Universiti Yarmuk yang mana isterinya mengandung 7 bulan setengah. Manakala kereta satu lagi dinaiki oleh seorang pelajar perempuan Yarmuk, seorang pelajar perempuan Mafraq dan ibu bapa pelajar tersebut.

Pada petang 21 Jun sekitar jam 4-5ptg, kereta yang dinaiki oleh akhawat UK terbabas ke dalam gaung ketika dalam perjalanan daripada Petra ke Aqabah. 2 orang iaitu Nazirul dan Arwah Sumaiyah telah tercampak keluar daripada kereta. Manakala sebuah lagi kereta dalam keadaan selamat dan telah hampir sampai di Aqabah, namun berpatah balik apabila mengetahui tentang kemalangan tersebut.

Semua mangsa yang terlibat dibawa ke Hospital Malikah Rania Petra. Setelah sampai di Emergency Department, Arwah Sumaiyah masih hidup dan sempat mengucapkan syahadah sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir beberapa minit setelah sampai di hospital. Innalillahi wainna ilahi rajiun.

Jenazah dalam keadaan yang baik dan sangat tenang alhamdulillah. Jenazah sedang diuruskan oleh pihak Education Malaysia Jordan, Prof Azidan untuk dihantar pulang ke Malaysia. Update terkini tentang waktu penerbangan belum diketahui.

Manakala Ukhti Ili Dayana patah tulang bahu, tulang rusuk dan tulang pinggang. Ukhti tersebut dalam keadaan stabil dan sudah sedar. Doktor Nidhal (Doctor yang bertanggungjawab) mengatakan bahawa tulangnya akan pulih dan bercantum semula secara spontan selama 3-4 minggu dengan pergerakan yang paling minimum.

Ukhti Ili Dayana akan dipindahkan ke Hospital Amman untuk rawatan lanjut dan consultation.

Pemandu cedera parah (retak dikepala - linear skull fracture, patah tulang bahu dan patah tulang rusuk - multiple rib factures, masih di ICU kritikal). Nazirul patah tulang kaki dan tangan (dah sedar boleh cakap, namun memerlukan surgery di tangan dan kakinya di Hospital Amman), Humairak isteri Nazirul keguguran kandungan berusia 8 bulan.

Detail akhawat yang terlibat adalah seperti berikut :

1) Sumaiyah Binti Romli (Meninggal Dunia)
Universiti Kolej London.
Tahun 1.
Tajaan : Jabatan Perkhidmatan Awam
Pengkhususan : Astronomi Fizik.
Asal : Kedah.

2) Nur Ili Dayana Binti Mazlan@Masgelan (Cedera)
London School Of Economy.
Tahun 4.
Pengkhususan : Sains Aktuari
Tajaan: Bank Negara.
Asal : Perak.

Ukhti Sumaiyah adalah akhawat yang baru ingin mengenal dunia dakwah dan tarbiyah, ukhti yang konsisten dengan program-program DnT di UK. Namun ketetapan Allah telah mendahului. Seorang rijal untuk ummah ini telah pergi. (Al-ahzab, 33:23)

اللهم اجعل مثواها الجنة. اللهم اغفرلها وارحمها وعافها واعف عنها. اللهم اخلفنا خيرا منها و اجرنا خيرا منها.

*copypaste

No comments:

Post a Comment