Ahlan wasahlan ke taman mawar berduri ^_^ puteri penyejuk_mata umi & baba tercinta..^_*

~ruangan taman mawar berduri yang dipagari dengan iman dan taqwa~

"ruangan taman untuk sang puteri berkongsi madah,pengalaman,cerita,ilmu dan lain-lain lagi"

Thursday, May 19, 2011

azamku..~mahu bercinta selepas kahwin~..^_^amin YA ALLAH...

Cinta Selepas Kahwin (..baca la.. sweet sgt2.. :)..)
by I Love Allah SWT and Prophet Muhammad SAW on Thursday, April 28, 2011 at 2:13am

kisah bait rmh tngga bru yg brsulam cnta...sweet je..huhu ...



Bila aku teringat balik cerita ni, aku mesti tergelak sorang-sorang. Alkisahnya, aku ni ditakdirkanlah kahwin dengan sorang mamat nih. Entah dari mana la datangnya. Mak aku yang suruh, dia kata budak ni baik la, alim la pandai la. Lepas tu terus kami kahwin. Masa first time kahwin tu, memang kucar-kacir jugak la rumah tangga kami. Dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati.



Eiiiii… geramnya aku!!! Mana taknya, aku basuh baju dia sekali la dengan baju aku. Then lepas basuh nak dijadikan cerita, ada lah pulak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku. Haihhh… memang sakit hati. Baju baru kot, mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia, kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna. Dengan slumber dia kata.. ”Lah… awat tak tanya…” Eiii… geramnya aku!!! Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pergi shopping. Ok, fine. Aku ikut je la. Weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pergi shopping sampai aku kalih-kalih belakang.. dia hilang!!.. Aku cari gak dekat-dekat area situ kot2 ada tapi memang hampeh. Aku try call, tak angkat. Call lagi pun tak angkat. Huhh. Tension betul! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta je. Seminit… lepas tu dua minit… lepas tu…. SEJAM KOT!! Huhh. Memang sakit hati betul!! Then bila dia sampai dekat kereta, aku tanya, pergi mana? Kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab.. “Lah.. gi shopping la sayang… Owh, awak ada call ekk?? Alah, lupa nak bagi tau, terlupa bawa hanset… hehe..



” Eiiii… geramnya aku!!!! Seminggu lepas tu dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api. Ok fine. Aku masak je. Tapi memang la aku ni tak la pandai masak sangat tapi bolehlah kalau setakat nak makan kan. Aku hidang bagi dia makan. Masa first time dia suap kat mulut tu aku bajet dia nak kata apa-apa. Tapi dia diam. Memang tak kata apa-apa pun sampai dia habis makan. Habis makan pun tak kata apa. Aku pun confius. Dia ni takde respons. Sedap ke tak?? Ehmmm.. kalau ikut aku la, aku rasa ok je lah. Tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa.. Huhhh….. Esoknya, time aku on the way nak balik dari tempat kerja, kereta aku plak buat hal. Tak boleh start. Panik gak la aku time tu. Malam dah ni, nak masuk Isyak dah. Haihh… Time aku balik kerja lewat-lewat lah kereta nak buat hal. Then, aku call dia. Yang aku tak boleh tahan tu. Dia dengan slumber kata.. “Lah awat la call saya… call la mekanik… ingat call saya kereta awak boleh jalan??….



” Eiii… geramnya aku!!! Tapi dia datang jugak lepas tu. Ada lah dia check apa entah kat depan but tuh. Dan lepas start terus boleh… hmmm.. dalam hati aku kata, “Boleh la jugak mamat ni nak diharap. Mekanik kecil-kecilan, janji free”… Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pergi outstation kat overseas. Dia kata pergi sekejap je. 2 MINGGU!! Hmm… aku memang no komen lah. Dia nak pi buat keja dia. Takkan nak kata tak boleh kot. Kerja arkitek biasalah. Busy la kot. Tapi memang agak sakit hati jugak lah. Boleh dia lesap macam tu je. Lepas-lepas naik flight, kot2 la dia nak call bagitau dah sampai ke, ada kat mana ke. Tapi memang hampeh!!. Langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ke tapi memang tak de. Kosong inbox!!



Eiii… geramnya aku!!! Pagi tu aku basuh baju. Ok sekarang aku dah tau dah baju mana yang turun warna. Aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh. Sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tu. Jeng3.. Huishh siap dengan surat lagi. Suratnya berbunyi begini: Kehadapan isteriku, Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa. Jangan marah-marah ek.. hehe.. Saya bukannya apa, saja tulih surat nih.. Bosan… Tak tau nak buat apa… hihi Pertama sekali saya nak bagi tau lah. Mungkin awak tak kenal saya tapi saya kenal je awak. Sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha.. Ehawak tak ingat ke anak Pak Mail kawan ayah awak yang datang beraya kat umah awak time tuh??!! Masa tu saya nampak awak duk main masak-masak kat belakang umah… hahaha… Memang lucu sangat. Saya nampak awak macam ‘anak patung’. Comel sangat… Iskk.. Awak ni.. tak perasan ke?? Keduanya, sorry la pasal hal shopping tuh. Memang saja je saya tak mau bawa hanset time tuh… hihi.. Takut terkantoi. Ye la saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh… memang tension. Susah betul nak cari. Memang patut la mahal dan memang patut la awak bengang satu hari… hihi… Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak… hmm… Mesti awak bengang kan sebab saya takde respons… huhu… Sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata. Eh, saya makan dalam masa 5 minit je kot. Ikut jam dinding kat rumah kita. Iskk..awak ni.. tak perasan ke?? Keempatnya time keta awak rosak… hmm. Awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pergi kat awak??!! Lepas-lepas tu jenuh saya nak pujuk diorang balik. Tau tak saya langgar semua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak?? Iskk..awak ni.. tak perasan ke?? Tapi lepas saya tahu saya kena pergi outstation kt overseas. Saya lagi seronok. Happy gile sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja je tak call awak…hihi… Tapi saya ok je. Saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih… “Wow, look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “ Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^) Last but not least. Awak… awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak… p/s: Try tengok sama tak dengan baju awak yang rosak hari tu “bungkusan” ni… hihi Love, Suamimu....

SO, SAY NO TO COUPLE BEFORE MARRIED!!!!!!!!!!..

2 comments:

  1. assalamualaikum.. erm...mula2 tu panas la jg dgn suami dia ni.. ya la.. bla jd sesuatu blh2 dia ckp dgn slumber ja, langsung teda rsa brsalah...ish,,bikin geram ja.. tp yg surat tu la..sweet la jg..dia explain sbb di ats stiap tindakan & perbuatan dia. jd dptla hlangkn slh sgka. kdg2 lg bgs explain gna cr gtu mcm surat sbb kdg klu explain mlalui lisan.. mcm mau bangga2 ja bgtau apa sbb di sblik prkra yg kta buat kn wlupn itu niat kta yg sbnrnya. tkut si pndgr akn trfikir dia ni ikhlas ka @ cuma mau backing diri sndri... Btl x?? Hehe.. Just my opinion.. Lain org lain cr dia tafsir ssuatu bnda tu. =)

    Erm..lg..Ya, I do agree NO COUPLE IN ISLAM & b4 marriage.. sbb couple ni kn utk psgn yg sdh kawin ja. Buat apa mau couple2 sblm kawin sbb blum tntu kta kawin dgn org yg kta couple tu. Buat penat ja, buang masa lagi, buang duit lagi. Ya la selalu lelaki ni klu brcouple sggp kasi habis duit smata2 mau gmbrakn hati teman wanita dorg.. kdg tu gna duit mak bapak lg. ish3x. Perempuan pula kdg slalu jd mgsa llki.. llki ckp klu kau syg aku buktikan yg kau syg aku. Lepas tu jadilah bnda yg x ptut. Astaghfirullah. "Peringatan utk kaum llki ni, klu dia btul syg prmpuan tu dia kna la jg maruah prmpuan tu, jgn ska2 mau ambl ksmptn. Klu syg tu tnjk cr syg trus msuk meminang, mnta bgs2 dgn kluarga prmpuan tu".. "Peringatan utk kaum prmpuan pula. Klu llki yg jnis srh buktikn syg dorg dgn cr mau ambl ksmptn tu, x pyh prykn dorg. Nmpk sgt dorg sbnrnya bknnya syg tp ada udang di sebalik batu".. So, the conclusion is: Salurkanlah rasa cinta dengan cara yang betul iaitu SELEPAS PERKAHWINAN. Moga kebahagiaan dikecapi dan Redha Allah mengiringi. Amin.

    Next.. Para suami d cna sygilah istri anda kerana isteri itu adlh anugerah Allah yg dciptakn utk mendampingi para suami bknlah hamba sahaya utk dperlakukn sesuka hati. Cth mcm dlm crta ni suami dia sbnrnya mau istri dia ambil peduli tntg dirinya bkn mau myakitkn hati sang istri. Maklumlh tu cuma cr yg mgndungi mksd trsirat. Sweet kn suami dia tgglkn phone semata2 x mau kantoi blikn baju utk isteri dia. Hehe

    Khulasotul qoul= Things're easier said than done and Robbu Isyaroh Aqwa Min 'Ibaroh which means Action speaks louder than words. Maybe I'm just a person that only know to speak, but hope others can take the good side and leave tne bad side from my comments.Kebenaran tu dtgnya dr Allah & mana2 yg slh tu dtgnya dr klmhn sy sndri.

    ~Sorry klu ada dr komen sy yg aytnya tajam,mnyakitkn hati. Well, I'm just an ordinary person that still do mistakes. May Allah bless we all dan bantu kita semua utk mmperbaiki diri ke arah kebaikan agr kta mnjd lbih dekat dgn Allah & Rasul-Nya. Semoga Allah melindungi kta drpd prkra2 yg buruk & x diingini sbb mmbimbangkn jg klu ckp byk ni tkut Allah uji. Astaghfirullah wa nauzubillah min zalik. Terima kasih kpd penulis blog di ats prkongsian ni.Jazakillah khairul jaza'..=)

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam..subhanallah, syukran jazilan atas perkongsian n pandgn dari adik kak ain sayng..^_^..kak ain pun setuju sangat ngn pandngan wa..erm, hope kita le ambik pengajaran dr artikel ni kan..n semoga kita berkesempatan tuk merasai nikmat erti kemanisan bercinta selepas kahwin..^_^

    ReplyDelete