DEFINISI ILMU TAJWID
Tajwīd (تجويد) dari segi bahasa bermaksud melakukan sesuatu dengan elok iaitu yang berasal dari perkataan Jawwada.
Pada istilah syarak, tajwid adalah ilmu yang boleh mengenalkan tempat bagi tiap-tiap huruf dengan memberi apa yang patut baginya dari segi sifat-sifat huruf itu seperti menyatakan dan menyembunyikan atau apa yang dimestikan bagi huruf-huruf itu dari sifat-sifat luar dari segi panjang, pendek, tebal, tipis dan sebagainya.
Hukum orang yang mempelajari Ilmu Tajwid adalah Fardhu Kifayah. Dan hukum mengamalkannya adalah Fardhu Ain. Dan umat Islam yang dapat membaca Al-Quran, wajib hukumnya belajar Tajwid, supaya terpelihara huruf, makhraj, ghunnah, dan Mad-nya
.
Dalil kewajiban membaca Al-Qur’an dengan tajwid adalah sebagai berikut:
1. Firman Allah SWT: “Dan
bacalah Al-Qur’an dengan tartil.’’ [QS.73:4]
Imam Ali bin Abi Thalib menjelaskan arti tartil dalam ayat ini, yaitu mentajwidkan huruf-hurufnya dan mengetahui tempat-tempat waqaf.
No comments:
Post a Comment