Ahlan wasahlan ke taman mawar berduri ^_^ puteri penyejuk_mata umi & baba tercinta..^_*

~ruangan taman mawar berduri yang dipagari dengan iman dan taqwa~

"ruangan taman untuk sang puteri berkongsi madah,pengalaman,cerita,ilmu dan lain-lain lagi"

Wednesday, May 9, 2012

~ semoga hatiku dapatku niqobkan daripada melakukan maksiat sebelum aku betul3x bersedia meniqobkan wajahku..insyaALLAH..^_^

NIQABLAH DIRIMU..perhiasilah dirimu luar dan dalam. عَنْ عَبْدِالله بْنِ عَنْرٍ وَقَالَ قَلَ رَسُولُ الله صلعم الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرأَةُ الصَّالِحَةُ Dari Abdullah b Amru katanya : Bersabda Rasulullah s.a.w. : Dunia ini barang yang berguna (menyenangkan) dan barang berguna yang paling baik ialah wanita yang solehah -Hadis sahih riwayat Muslim Jika kamu mahu berniqab..... Berniqab bukanlah kerana trend terkini.. Berniqab bukan untuk menunjuk diri alim.. Berniqab bukan untuk merendah-rendahkan yg lain.. Berniqab bukan utk perlekehkan sesama Muslimin Muslimat.. Jadi sebelum kamu mulakan niqab di wajahmu, Niqabkan hatimu dulu, Niqabkan jiwamu dulu, Niqabkan lidahmu dulu, Niqabkan langkahmu dulu... Kerana yg terselindung belum tentu terus berlindung. Yang terbuka belum tentu terus terbuka .. Berilmu lah sebelum kau beramal wahai ukhti fillah... Kan silih berganti dugaan dan ujian dari Rabb mu... Menguji sekuat mana cinta niqab didalam dirimu.... Usahlah melatah jika difitnah, kerana diri mu terlindung dari segala fitnah... Maka fitnah itu pasti berlegar diluar lingkungan niqab mu.... Pabila ada kesempatan, yang lemah pasti fitnah itu menerjah kedalam diri mu.. Usahlah kamu mendongak wajah ke langit.... Perhatikanlah diri mu agar menjadi Niqabi terpuji ... Kerana itu ku katakan, niqabkan dirimu, sebelum kamu niqabkan wajahmu.. Istiqamah bukan hanya sekadar kata-kata.. Istiqamah ini bukan hanya ayat cantik untuk diwarta di facebook,twitter,myspace,ym dan skype.. Tetapi ia perlulah datang dari jiwa yang tulus demi Allah swt.. Maka kau niqabkan setiap kata-katamu.. Jangan perlekehkan nilai niqab, kerana dibalik tirai suara-suara itu.. berhimpun manusia menunggu jelek kan kamu... Yang berniqab bercinta, tapi tiada tuju hala - ku berani katakan BERSEPAH DI ALAM MAYA! Yang berniqab mulutnya ibarat tempayan - ku berani katakan KATA JIHAD TAPI MENGUMPAT! Yang berniqab akalnya disimpan - kuberani nyatakan STATUS HARIAN JADI SARANG KEBENCIAN! Yang membuka aurat, sudah ternyata tidak mahu mendengar-Nya.... Jangan lah yang memberati aurat ini mencemar niqab mu sendiri.... Jari jemari di papan kekunci katakan CINTAKAN ALLAH,CINTAKAN RASUL.... Yakinkah kamu? Jangan berkata tetapi hakikatkanlah tubuh mu... Terlalu sarat dengan kata nista.... Kamu berdusta!!! Jadi gadis berniqab, jagalah namamu,jagalah namaku,jagalah namanya dan jagalah nama mereka dan nama ummul mu'minen mu.... Niqab bukan fesyen terbaru! Niqab bukan sekadar pelindung tabarruj! Niqab bukan barang pemangkin ikhtilat! Niqab bukan untuk dipersendakan... Berilmulah sebelum beramal.... Kerana yang akan menderita adalah diri mu.... BERNIQABLAH KERANA KESEDIA MU, BUKAN UNTUK MEMPAMERKAN KEHEBATAN DIRI MU. KERANA ITU BELUM MENJADIKAN KAMU BERSEDIA UNTUKNYA, BAHKAN SEBENARNYA MASIH TIMBUL RASA CINTAKAN DUNIA, CINTAKAN PUJIAN MANUSIA...

Tuesday, May 8, 2012

~ BETULKA SUDAH BERTUNANG??~SURAT BUAT PEMILIK TULANG RUSUKKU..HOHO

MasyaALLAH... Memang ujian jika kita ramai peminat kan ( perasan ja lebih..huhu) Maafkan daku wahai para mujahid agama.. Diriku bukan sempurna. Diriku bukan yang terbaik. Diriku banyak kekurangan dan kelemahan. Diriku tidak secantik mana. Tidak sekali pun daku terdetik berniat untuk mengecewakan kalian. Namun, aku takut dengan ALLAH. Aku juga ingin sekali menjadi seperti sebahagian sahabat-sahabatku. Punyai teman yang sentiasa menemani, berkongsi dan diambil berat. Namun, aku takut dengan ALLAH dan perasaan rasa bersalah selalu wujud dalam diriku. Pernah suatu ketika tatkala aku zaman kanak-kanak, aku punyai ramai kawan baik lelaki. Namun, mereka menyimpan perasaan suka padaku. Namun aku tolak kerana aku takut pada ALLAH. Mereka kata aku sombong dan jahat.. Namun, aku lagi takut aku sombong pada ALLAH dan jahat terhadap ALLAH dengan melakukan maksiat. Aku kerap kali diuji dengan hati, sehingga aku merasakan akulah yang paling hina dan lemah. Aku cemburu dengan orang yang terpelihara tidak diuji dengan hati. Namun aku tahu ada hikmah disebaliknya.. Allah bagi aku ujian untuk dihadapi dan menyelesaikannya. Alhamdulillah hingga kini cintaku masih suci dari bercouple(alhamdulillah) Aku sentiasa berdoa agar cintaku hanya akan kuberikan kepada SUAMI yang kunikahi sahaja( redho ja dengan jodoh yang ditetapkan ALLAH) YA AKU SUDAH BERTUNANG..(BERTUNANG DENGAN PERJUANGAN).ITULAH JAWAPAN YANG KUBERIKAN..MAAFKAN DAKU, BUKAN DIRIKU BERNIAT UNTUK MELUKAIMU, NAMUN ISTIKHAROKU BUKAN MILIKMU. Aku mengimpikan pemimpin yang boleh mengimamkan aku dan anak-anakku kelak. Aku mengimpikan pemimpin yang boleh memimpinku ke jalan kebenaran Aku mengimpikan pemimpin yang boleh berbakti pada agama, bangsa dan masyarakat. Aku mengimpikan seorang imam yang baik terhadap ALLAH, Rasulullah s.a.w, pada keluarnya, keluargaku dan aku. Aku mengimpikan seorang mujahid yang sayangkan diriku dengan tidak menjebakkan diriku dalam maksiat( sms, benda lagho, mendekati zina dan sebagainya) Aku mengimpikan seorang yang penyabar, bersemangat juang yang tinggi dan memounyai fikrah yang jelas.. Maafkan diriku wahai mujahid impianku, Daku sangat inginkan yang agama dan terbaik buat diriku, Sedangkan diriku bukanlah yang terbaik buat dirimu, Doakanlah daku wahai pemilik tulang rusukku yang aku sendiri tidak ketahui agar menjadi wanita yang solehah, berusaha menjadi yang terbaik walaupun sukar agar dapat menjadi sayap kiri perjuangnmu kelak dan sebagai mama kepada anak-anakmu.. Kupanjatkan doa agar dikau sentiasa dalam jagaan ALLAH, dipelihara iman, dipertingkatkan iman dan dimudahkan dalam menyuntingku kelak..amin ya ALLAH.. Semoga kita disatukan suatu hari nanti..amin ya ALLAH..ayuh sama-sama mengislahkan diri untuk menjadi yang terbaik dan ibu bapa yang hebat suatu hari nanti ^_^ Ayuh pertingkatkan amalan-amalan sunat disamping amalam WAJIB tidak ditinggalkan.insyaALLAH, biiznillah...^_*

~Result sem 6~^_^ alhamdulillah

ALHAMDULILLAH..bersyukur padaMU ya ALLAH.. ALHAMDULILLAH DAPAT KEKALKAN DEAN LIST SARI SEM 1~6...^_^ Diriku bukanlah pandai, semua keputusanku itu, semuanya daripada Mu ya ALLAH..^_^

~tarbiyyah ALLAH melalui proses menyiapkan TESIS...n alhamdulillah berbaloi (A=4 flat)^_^

ALHAMDULILLAH... itulah perkataan kesyukuran yang dipanjatkan kepadaMU ya ALLAH... HambaMu ini sering kali bersangka buruk dan mengeluh..( ampunilah dosa hambaMu yang hina ini ) Al kisah tersebut la semua hikayat mahasiswi Kolej Islam... Kehidupan yang sangat teruji dengan pelbagai dugaan.. Sehingga ada kalanya, mahasiswi ini merasakan sangat letih dan lemah.. Namun, pergantungan pada ALLAH menjadi penawar lukanya.. Jarak yang jauh memisahkannya dengan ibu bapa di perantauan ( dengan niat yang kental semata2 jihad menuntut ilmu di jalanNYA)Harapan keluarga, harapan guru-guru, rakan-rakan serta seluruh warga negerinya ( mendapat tajaan biasiswa dari Yayasan Negerinya~ seringkali mengingatkannya amanah yang dipikul apatah lagi sebagai khalifah dan hamba ALLAH.) Mahasiswi yang kecil molek ini terkenal dengan sangat aktif dan peramah. Seringkali diuji, namun ALLAH, ahli keluarga dan sahabat-sahabat disekeliling selalu membantunya. Sangat rajin menolong orang yang memerlukan bantuan.. Seperti mahasiswa/wi yang lain, dia juga perlu menyiapkan Tesis bagi membolehkannya bergraduasi. Kata orang, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Alhamdulillah, dia telah mendapat seorang ustazah yang sangat berdedikasi dan banyak membantunya dalam menyiapkan tesis tersebut. Penyelia tesis sering kali mengingatkan agar jangan sesekali suka menangguh dan perlu sentiasa rajin berusaha dalm menyiapkan tesis tersebut semata-mata kerana ALLAH. Semasa semester 5 sahaja, dia telah menyiapkan sehingga bab empat (4) iaitu penutup. Selama seminggu tinggal bersama penyelianya yang juga merupakan felo di asramanya. Rentetan ingin mengambil MUET, dia diajak tinggal bersama di samping menyiapkan tesis tersebut. Mahasiswi itu sangat bersyukur kerana dipermudahkan oleh ALLAH. Pada mulanya dia perna merungut ketika semester 5 sahaja, dia sangat ditekankan untuk menyiapkan tesis dengan cepat. Sedangkan, rakan-rakan yang lain selesa dan gembira tidak ditekankan untuk menyiapkan dengan cepat. Kadang kala wujud sifat cemburu melihat rakan-rakan yang lain. Namun, rasa syukur yang teramat sangat dia hargai kerana ALLAH sangat mengetahui. Allah takdirkan dia yang memang sangat aktif bergerak dan bekerja dengan persatuan dan sebagainya, ketika sem enam(6) iaitu sem terakhir, dia dapat membahagikan masa. Tanggungjawab yang banyak ketika sem 6 dapat dihadapi kerana hanya proses pembaikan dilakukan ketika sem 6. Namun, air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Proses pembaikan itu bukanlah mudah..Memerlukan penelitian dan sebagainya. Penyelianya telah memberi izin untuk menjilid kerana ramai yang sudah jilid dan mahu balik ke kampung halaman masing-masing. Walaubagaimanapun, tesis itu masih banyak kesalahan teknikal dan bahasa. Oleh yang demikian, dia sanggup untuk membaikinya walaupun terpaksa balik lambat. Perasaan sedih tidak dinafikan apabila sahabat-sahabat selalu bertanyakan kepadanya tentang tesisnya.( Memang sedia maklum dia seorang memang sudah siap hingga bab 4 dari sem 5 lagi) Namun senyuman sentiasa diberikan ^_^..( InsyaALLAH pasti ada hikmah disebaliknya) Sahabat-sahabat yang lain terpaksa mengambil short-sem bagi menyiapkan tesis mereka.Namun, disebabkan pemohon yang ingan melanjutkan pelajaran ke JORDAN tidak boleh mengambil short-sem, dia berusaha sedaya upaya menyiapkannya.. Alhamdulillah, tesis tersebut dapat disiapkan sebelum tamat tempoh. Jutaan kesyukuran dipanjatkan padaMU ya ALLAH kerana telah membantu mahasiswi tersebut, kepada ibu bapa, keluarga, guru-guru serta sahabat-sahabatnya... Keletihan dan kepayahan tersebut tersebut membuahkan hasil.. Ayuh kita ambik pengajaran, jika kita meletakkan pergantungan dengan ALLAH dan bersangka baik padaNya, insyaALLAH,,,^_^