Ahlan wasahlan ke taman mawar berduri ^_^ puteri penyejuk_mata umi & baba tercinta..^_*

~ruangan taman mawar berduri yang dipagari dengan iman dan taqwa~

"ruangan taman untuk sang puteri berkongsi madah,pengalaman,cerita,ilmu dan lain-lain lagi"

Saturday, November 21, 2009



PENTINGNYA MENGHORMATI AZAN




Diriwayatkan Siti Zubaidah adalah seorang wanita
bangsawan yang kaya,hobinya suka mendengar muzik.Dia
memiliki pentasnya sendiri serta beberapa orang
penyanyi yang menjadi penghiburnya.Apa yang menjadi
kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan Azan
dia akan segera memerintahkan penyanyi dan permuziknya itu
berhenti untuk seketika bagi menghormati azan.Setelah
selesai dan menjawap azan barulah disambung
semula,hanya itulah amalan yang sentiasa
dijaganya.

Setelah dia meninggal ramai dari kalangan
orang-orang yang soleh telah bermimpi bertemu
dengannya, Tanya mereka, "Ibadah apakah yang
menyebabkan Allah mengampunkan dosamu, adakah kerana
kamu telah menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?"

Jawab Zubaidah, Allah mengampunkan dosaku
dengan banyak mengucapkan syukur.Sebenarnya aku tidak
banyak beribadah kecuali satu semasa hayatku dulu
iaitu apabila terdengar saja Azan sedangkan waktu itu
aku tengah berhibur dan mendengar nyanyian maka dengan
serta merta aku menyuruh mereka memberhentikannya bagi
menghormati seruan azan. Itulah ibadah yang aku
benar-benar menjaganya. Sebagai balasan , Allah
berfirman,"Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak
kerana iman yang ada di dalam dadanya masakan ia mahu
menyebutKu dalam Keadaan leka"
Apakah reaksi kita tatkala mendengar lagu Negaraku?
Ermm??berdiri tegak n menyanyi bukan?Haa..apakata,kita aplikasikan sikap kita itu kepada yg lebih bermanfaat n diredhai Allah.
Bagaimana ya?
Insya-allah,memang mudah meniti di bibir2 meranum kita iaitu hormati azan...
Ayuh,kita mengorak langkah mengubah diri kita mendekati Allah.memang susah untuk berubah bukan?Sejujurnya diri ini juga sering buat kesilapan.Namun,kita boleh bertaubat dan merangkak dahulu untuk berubah agar boleh menjadi perubah yang istiqomah dan bukannya berubah dgn drastik tapi hanya sekerat jaln(NAUZUBILLAHIMINZALIK)
Berbalik cerita tentang azan,apakata,mulai hari ini,tatkala dgr azn,kt diam n jwb azn?susah x?belum cuba,belum tahu.lgpn,kan kta perlu mghormati azan n menjwbnya.bknnya bayar pun..
Ayahanda saya pernah berkata kepada kami adik-beradik"anak-anakku yg dikasihi,jika kalian mendgr azan,maka degarlah,,jawablah n hormatilah ia.kerana,disaat kita di alam yg gelap gulita,kita akn tercari-cari laungan azan yg berkumandang...."
Ayuh semarakkan api keazaman untuk berubah diri kits sama-sama.wallahua'lam

No comments:

Post a Comment