Ahlan wasahlan ke taman mawar berduri ^_^ puteri penyejuk_mata umi & baba tercinta..^_*

~ruangan taman mawar berduri yang dipagari dengan iman dan taqwa~

"ruangan taman untuk sang puteri berkongsi madah,pengalaman,cerita,ilmu dan lain-lain lagi"

Saturday, November 21, 2009

KENANGANKU TATKALA SEM 1 DLM SUBJEK MPW 1113(BAHASA KEBANGSAAN)
Subjek mpw adalah subjek yang saya minati tatkala di ufuk dinihari sem 1.Saya sangat suka dan tidak sabar2 jika ada kelas tersebut.Pensyarahnya juga sangat saya kagumi dan hormati.Beliau sangat menitikberatkan tentang penggunaan Bahasa Melayu standard(baku).Hal ini menyemarakan lagi api obor dalam diri saya dalam memperjuangkan bahasa Melayu Standard.Hal ini adalah kerana,ermm??saya adalah anak jati kelahiran Sabah.Mengimbau sejarah semasa saya masih dibangku sekolah,darjah 6,saya dan keluarga saya telah berpindah ke Selangor rentetan ayah saya menyambung pelajarannya iaitu Master di UKM.Saya yang ketika itu,sangat pekat sabahan saya(tapi,setahu saya,saya cakap baku semasa majlis formal sahaja=dalam kelas)saya sering diejek baku...baku...bakul dek kawan-kawan muslimin.geram juga dibuatnya.Tapi,Allah itu maha adil,bila masa bm(my favourite subject)kawan yang selalu ejek saya tidak reti baca dengan baku...pengajarannya,Allah jadikan umatnya berbilang suku kaum,budaya dan agama untuk kita saling berkenalan dan menghormati dan bukannya saling bertengkar dan berbangga dengan sesuatu kaum.boleh jadi kaum yang kita hina itu adalah kaum yang lebih baik dari kita...sekadar rmuhasabah..baiklah,kita tutup lembaran sejarah saya yang tiada penghujungnya ya.Semasa saya sem 1,kami diwajibkan menghadiri Hari Komunikasi Khalayak (HKK)pelajar yang akan membuat persembahan adalah pelajar yang terbaik dalam tutorial.Alhamdulillah,saya adalah antara pelajar yang terbaik dan satu-satunya yang terpilih dari kos saya(dip,Al-Quran n As-sunnah)mulanya saya ragu2 juga,Namun,umi,baba serta semua keluarga sya sering memberi sokongan nan jitu walaupun dipisahkan dek Lautan China Selatan.Maka,saya pun meniatkan dengan mendeklamasikan sajak itu,saya mahu menyebarkan dakwah(that is my ambition-PENDAKWAH BAJAU-dsamping ingin menjadi doktor falsafah-.
TAJUK SAJAK SAYA: BIOGRAFIMU DIABADIKAN
MANUSIA,
BUATLAH APA YANG KAMU MAHU DI DUNIA INI,
KEJARLAH KENIKMATAN DUNI FANA YANG MENGASYIKKAN DIRI,
TETAPI INGAT,
KEHIDUPANMU AKAN DICATAT,
BIOGRAFIMU AKAN DIABADIKAN OLEH AHLI SEJARAH,
TANPA SEKOLAH,TANPA IJAZAH,
HANYA KITA KENAL NAMANYA ROKIB DAN A`TID.
MANUSIA,
BUATLAH APA SAHAJA YANG KAMU IDAMKAN,
PUNYAILAH RUMAH BESAR DAN KERETA BESAR,
TETAPI INGAT,
KAMU AKAN KE SINGGAHSANAMU DENGAN RODANYA,
ADALAH DARI JENISMU SENDIRI,
ITUPUN,BUKAN MILIKMU MUTLAK.
MANUSIA,
BERGEMBIRALAH SEPUAS HATIMU,
PENUHILAH PIALA NAFSU DAN KEINGINANMU,
TETAPI INGAT,
KAMU AKAN KESEORANGAN DIRI,
DI DALAM TEMPAT GELAP YANG GELITA,
TEMPAT ITU KUBUR NAMANYA.
MANUSIA,
KETAWALAH SEPUAS HATIMU,
TEAPI INGAT,KAMU AKAN MENANGIS SEORANG DIRI,
TANPA TEMAN,
TANPA SAUDARA,
DI DALAM KUBUR YANG GELAP GELITA.
MANUSIA,
PETIKLAH BINTANG SETINGGI GUNUNG,
SEMATKANLAH DI DADAMU,
ENTAH APA-APA NAMANYA,
TETAPI INGAT,
DI NEGARA ABADI ITU HANYA KAMU YANG AKAN MEMILIH,
BINTANG SOLEH ATAU TOLEH,
SEMUA ITU ADALAH DITANGANMU SENDIRI.
MANUSIA,
JANGANLAH SOMBONG DAN BANGGA DIRI,NUN DI HUJUNG SANA,
MENANTI SERIBU SATU GODAAN DAN PENIPUAN,
APAKAH ENGKAU DAPAT MEMPERTAHANKAN HARGA DIRIMU?
ATAU HILANG MARUAHMU BEGITU SAHAJA.
HASIL NUKILAN:QURRATU AIN BT RAPIHI(hasil ilham bersama umiku dan babaku(JINANG BT HJ HUSSEIN,dan RAPIHI BIN DERIM)yang tercinta..
Alhamdulillah hasil doa dan kasih sayangmu,anakmu ini menjadi "ORANG" yg bercita2 untuk menjadi ank yg solehah,pljr muslimah yg berjaya di dunia dan di akhirat, dan berazan ingin mati dalm keadaan yang beriman amin..hadiahku 4 FLAT buat kalian dan pelajar cemerlang....tidak lupa juga buat kakanda-kakandaku yang sering memberi motivasi buatku(kak Rabiatul Adawiyah dan kak Farhanah serta adinda-adindaku Najwa,Farhan dan Najahatus Solehah).....diriku ini sangat merindui kalian semua..

No comments:

Post a Comment